Assalamualaikum rakan blogger semua.. thanks sangat coz ada kawan-kawan yang sudi bagi respon yang sangat baik..Aisya terharu .. sob sob * lap airmata * bila korang kata cerita yang aisya buat nih best tetiba jadi semangat nak tulis lagi..idea pon tetiba melimpah-limpah. hehehe . thanks kawan-kawan
* DAK TEJA
“ ape semua nih abang? Ape maksud Iya tuh ?”
soal mama pada papa. Aku dengar diorang berbisik-bisik.mungkin cerita pasal
kejadian peang tadi. Biarlah .. aku malas lagi nak fikir soal siang tadi.baik
aku bersihkan diri solat dan tidur.. lagi okey kot ..
Keesokkan pagi, aku bangun agak awal dari
kebiasaan.mama macam biasalah tengah sediakan sarapan dan aku dan papa pulak
insan-insan yang akan menghabiskan semua masakan mama tuh . selalunya pagi-pagi
nih nasi goreng dan mee goreng jela..aku lebih sukan makan mee goreng.. tak
tahulah kenapa sejak sekolah rendah lagi aku selalu suruh mama buat untuk aku
.. tapi hari nih perut aku tak pula terasa lapar seperti selalunya..aku bercadang
nak pergi terus ke pejabat .. tapi faham-faham jela.. kuasa ibu kan walaupun
taknak bersaparan mama akan pujuk jugak supaya aku bersarapan. Sebenarnya aku
nih ada masalah kesihatan sikit.pernah jugak lah masa sekolah menengah dulu aku
pengsan dekat pustaka sekolah..kawan-kawan aku semua paniklah ,,, diorang pun
terus call mama aku . mama aku nih pula memang sejak azali lagi seorang sangat
sangat panik. Bukan panik dah sebenarnya tapi kalut.. semua benda tak jadi ..
tut tut aku bangun sendiri dan pergi hospital harapkan mama macam tuh jela..
habis semua orang dia nak call. Si Sofea pulak buat tak tahu jewp macam aku nih
bukan kakak dia.. bila mama tanya kenapa dia tak peduli pasal aku, macam-macam
alasan lah dia bagi . cakap aku nih tak pernah tegur dia dekat sekolah . bla
bla bla... malas aku nak ambil tahu pasal Sofea nih.. suka hatilah bukan budak
kecil pun .. nasiblah penyakit aku nih tak serius sangat .. darah rendah jewp
kot . tapi mama kata penyakit tuh bahaya... yeke erkk ? yela kot.. aku iyakan
jewp ape yang mama cakap . malas nak bersoal jawab dengan mama. hehe
“ duduk menungkan apa tuh Iya ? kang lambat
pulak nak pergi ke pejabat” tegur mama aku. tuh lah padahal tadi aku nak cerita
pasal penyakit aku tetiba keluar nama Sofea pulak . aisshh meluat nak sebut
pun..
“mana ada termenung mama, baru pukul 7:30 lah
mama...awal lagi nih. Lagipun papa tak siap lagi kan ?” tanya aku .. mama
pandang aku semacam jewp . kenapa eh ..
“ kamu nih demam ke ape Iya? Papa lambat ke
papa cepat ke . kamu bukannya pergi dengan papa,kamu pergi dengan kereta kamu
kan.” Adooiii kenapa lah macm tuh pula..aku garu kepala aku yang memang tak
gatal nih. Aku pun dah berjangkit penyakit blurr dengan mamat blur tuh . tak
kahwin lagi aku dah jadi blur macam nih ...
bila aku pandang ke arah tangga aku lihat papa
sedang menuruni anak tangga dengan pantas aku terus bergegas siap-siap nak pergi ke pejabat “
mama, Iya pergi kerja dulu lah .. banyak sangat kerja yang belum Iya siapkan
lagi”.. kalau boleh aku nak mengelak terus dari jumpa papa. nak tahu kenapa.?
Sebab kes semalam tuh lah . aku malu
sebenarnya. Bila fikir balik tak patut jugak aku buat macam tuh sepatutnya aku
bincang elok-elok dengan diorang.rasanya papa pun takkan marah macam tuh
semalam..
“ kenapa dengan puteri awak tuh ? nampak jewp saya
turun terus nak pergi kerja..tengok tuh makanan dia pun belum terusik lagi ...”
“takkan awak tak faham lagi abang oii . ke
abang nih buat-buat tak faham. Kan semalam abang dengan Iya ada krisis
besar,agaknya sebab tuh lah kot dia taknak makan ... dan lagi satu Iya tuh
bukannya puteri saya sorang..puteri abang jugak tau” sempat lagi mama dan papa
nih borak-borak erkk.yang aku nih plak bila lah nak sampai pejabat nih,jalan
jem teruk padahal baru pukul 7 lebih kot.kemanalah semua manusia nih nak pergi
erkk. Eh lupa pulak mesti diorang pun nak pergi kerja macam aku nih jugak.ohh
mama kenapa aku jadi macam nih .. si Rakif nih pun satu dari semalam lagi tak
reply mesej aku ,, aku call langsung tak angkat.sebenarnya ada apa nih . ke ada
apa-apa jadi tanpa pengetahuan aku. Dalam kepala aku sekarang nih macam-macam
yang perlu aku fikir,soal perasaan family aku, perasaan aku sendiri dan
perasaan Rakif. Ya Allah bantulah hambaMu nih . tengah syok mengelamun tetiba
bunyi hon kereta rupanya semua kereta dah gerak . tinggal kereta aku jewp yang keras
macam patung cendana.kereta belakang apa lagi .. hon lah kuat-kuat.. kat KL nih
mana nak sama dengan kat kampung ,, lambat sikit dah bising.bestnya kalau boleh
balik rumah nenek dekat kelantan..
Tepat pukul 8.30 pagi aku sampai ke
pejabat..semua staf pandang aku.nih kenapa pulak pandang tak berkelip
nih.ada masalah ke ape. time tuh aku rasa tak sedap hati sangat...jelingan dan
pandangan diorang tuh tak macam selalu..macam ada apa-apa jewp yang berlaku.nak
kata sebab semalam tak mungkinlah sebab aku buat hal bukan dekat pejabat nih
dekat pejabat uncle Ikmal..takkanlah berita tuh boleh sampai ke syarikat nih
kot . pelik bin ajaib nih.. ke ada kes lain pulak nih.aku bergegas masuk ke
bilik. Belum sempat aku nak pulas tombol pintu tetiba setiausaha aku datang ..
“ good morning cik Anessa." tegur Intan
" Morning Intan.nih kenapa tiba-tiba tarik tangan saya,tak bagi saya masuk nih ? " tanya aku ..
" ermm sebenarnya ada tetamu yang nak jumpa cik Anessa
hari nih.saya dah cakap dah yang cik Anessa tak benarkan sesiapa masuk tanpa kebenaran
cik Anessa tapi dia berkeras jugak nak masuk cik.saya dah cuba halang tapi tak berjaya.maafkan
saya cik Anessa” alahai setiausaha aku nih... yang buat muka macam tuh
kenapa.macam aku nih bos yang kejam pulak..bukan aku marah pun ..
“ tak apa lah .. sapa yang datang nih.? dia
buat appointment tak ?” sapelah agaknya datang ke ofis aku pagi-pagi buta
nih.takkan client datang tanpa cakap dulu dekat aku .. tak mungkinlah ...
“ cik Anessa ?? cik Anessa.. “
“ ye.. macam mana ? .dia buat tak apa yang saya
tanya awak tadi .” tergagap-gagap
setiausaha aku nak menjawabnya..
“ sebenarnya.. ermm sebenarnya cik .. ermmm”
hah nih yang buat aku hilang sabar nih. bukan nak cakap terus .tergagap-gagap.adalah tuh masalah besar.kalau tidak tak adanya macam nih..
“ sebenarnya apa nih.. baik awak cakap
elok-elok sebelum saya sumbat telefon nih dalam mulut awak . cepat cakap ..”
aku terus mengangkat ganggang telefon di atas meja..seolah-olah aku nak masukkan telefon
tuh ke dalam mulut dia.. setiausaha aku ape lagi,, kagetlah .. kalut semacam.tergaru-garu jugak kepala dia yang tak gatal.dek ugutan aku.
Hahaha aku yang tengok nih rasa kelakar pun ada..
“ dia tak buat apa-apa temujanji pun cik
Anessa.dia cakap dia tak perlu buat macam tuh.sebab tak lama lagi cik dengan
dia nak kahwin.” Bila aku dengar jewp perkataan KAHWIN dari mulut setiausaha
aku , mata aku terbuka luas.aku terus melulu masuk ke dalam bilik. si Intan
setiausaha aku nih pulak terkejut..panik tak tahu nak buat apa.. ketika itu aku
masuk ke dalam bilik dan tutup pintu rapat-rapat ..siap kunci lagi...bukan apa
aku nak pastikan yang tak ada sape-sape pon yang akan ganggu aku dengan mamat
yang entah pape.aku dah agak dah sape lah yang sanggup datang pagi-pagi macam
nih kalau bukan si mamat blur tuh .
Aku merenung muka dia dengan pandangan yang
tajam.. dia tersenyum manis pada aku.eh tak kisahlah manis ke pahit ke tawar
ke. Yang paling penting apa motif mamat nih datang ke ofis aku .time tuh aku
rasa macam nak tumbuk saje muka dia.. tersengih-sengih macam tengah perli aku
pun ada.kang ada pula yang makan besi meja nih.
“apa tujuan awak datang sini ? dan kenapa awak
beritahu staf saya yang kita nih nak kahwin?”
Dia pandang jewp muka aku nih.nampak gaya
macam taknak jawab apa-apa.macam aku cakap sorang-sorang adalah.yang dia tahu
senyum senyum jewp.
“I ask you, why do you come here. answer my
question. Kenapa ?”
Tiba-tiba saje Raimi bangun dari kerusi yang
di dudukinya.dia terus datang ke arah aku dan duduk bertentangan dengan aku. “
awk tanya kenapa saya datang sini ? rasanya awak sendiri pun tahu
jawapannya.ingat tak hari nih hari apa ?” time tuh aku memang blur dah macam ji
hyo running man pun ada.. tak dapat nak fikir apa maksud mamat nih.. “ hari nih hari rabu ,27 haribulan 8 tahun 2014 .. puas hati ?” Raimi tersengeh sekali lagi..
ada apa sebenarnya nih.berkerut-kerut dahi aku memikirkan pasal tuh.eew geramnya aku ... mamat nih pun satu asyik senyum .. salah ke jawapan aku .?
“ kenapa senyum? Salah ke apa yang saya jawab
tuh?” tanya aku..
“ saya tak kata salah pun sayang.Cuma kelakar
adalah ...” boleh dia kata apa yang aku cakap tuh kelakar.apa yang
kelakarnya.aku tak rasa kelakar pon.biasa jewp ...
“ okey-okey saya taknak peningkan kepala awak
yang memang tengah pening tuh sayang. Okey hari nih kita kena pergi butik yang
mama awak dan mami saya cadangkan tuh. Untuk fitting baju untuk wedding kita
nanti.”
Bila aku dengar apa yang mamat blur nih cakap
,aku rasa macam nak pitam..realiti ke mimpi nih ? macam real tapi dream pun
ada... apa semua nih...bila pulak mama dan mami dia buat semua nih. Ya Allah
dugaan apa lagi nih.aku taknak .. tolonglah HambaMu ini Ya Allah..
“ hye sayang .... sayang” yang si mamat blur
nih pun satu apasal ganggu aku tengah mengelamun nih ..dok lambai tangan dia yang putih melepak tuh depan mata aku.aku tahulah kau putih dari aku.tangan kau pun nampak lembut dari aku..tak payah nak tunjuk sangatlah tangan kau tuh..dahlah tak habis-habis dengan sayang sayang dia tuh..semak betullah.boleh
jalanlah kau mamat blur...
“ yang awak beria-ia sayang sangat nih kenapa?
Demam ke? Atau dah nak go terus?” geram betul aku dengan mamat nih ..
“ amboi sayang , mulut awak memang terlebih insuran ya.. terus bagi go dekat future husband awak yang handsome nih. kang tak pasal-pasal awak jugak yang nangis kalau saya betul-betul go.janganlah guna mulut awak yang comel tuh cakap benda-benda macam tuh sayang. Tak manis..nasib baik saya nih ada nak kahwin dengan awak.rasanya kalau Rakif tahu perangai awak yang sebenar.dia pun tak nak memperisterikan awak.” aku tak hairan sikit pun dengan lawak bodoh dia tuh . aku langsung tak kisahlah ..bukan aku cinta pun. Perasan jewp kau nih mamat blurr.. errr meluat tahu tak..dan aku memang pantang kalau orang tiba-tiba mention nama Rakif..perlu ke dia perli aku guna nama orang yang aku cinta dan perlu ke dia buat ayat macam tuh... pagi-pagi lagi dah buat aku naik hangin..macam mana nak kahwin..jawapannya hari-harilah cerai. Rasa macam nak cekik-cekik jewp leher mamat nih...
BERSAMBUNG...............
9 ulasan:
tetiba rasa jtuh hati dgn raimi..best la..^_^
@adk dayah hahaha . camtu plak erkkk .. nanti ada masa aisya sambung lagi tau . doakan aisya berjaya..coz aisya ada antar cerita nih dekat penulisan2u tapi diorg xbagi respon lagi :) :D
dalam sehari rasanye aisya kena buat banyak part-part ni sebab dila akan suruh aisya sambung dan sambung.. serious nak tahu apa seterusnye.. hihihi.. (i support u dear) ^_^
kasi kejutan-kejutan sikit taw.. sebenarnye dila ni hantu novel hihi.. so dila memang suka baca hihi..
terus menulis lagi ye dear.. nti tag dila taw.. takot dila terlepas pandang :D
Wah, makin berdebar nak tahu ape yang akan berlaku. Dengan mamat blur ke Rakif ?
@dilakhir hehehe .. okey okey dear ... aisya aka tag kamu . jangan isau okey :)
@Ahmad Zu Mal Md Rayi zumal rasa dengan sapa.nanti jangan terkejut plak tau kalau akhirnya memang tak dijangka.hehehe
Garang nya Cik Aneesa tuu macam ika ann, hahahahaa..gurau jerr ..btw best citer nih, nanti buat suspen sikit baru best !!!yeeaahhh :D
@Princes Yuyue HEHEHE..akak nih .. ika garang macam tuh ke ? mana ada akak.. hehehe okey .. nti ika bt suspen punya . hehe :D thanks kak :)
Ralit baca aihh
♡♡♡
Catat Ulasan