Cinta Robot Part 3

09:13 PM | 1 SEPTEMBER 2013
Puan Suhaila segera mendail nombor telefon Fariz.. Ring.Ring. kedengaran telefon bimbit Fariz berbunyi . ketika itu Fariz sedang menumpukan perhatiannya kerana dia sedang memandu. " Assalamualaikum " Puan Suhaila memulakan bicara. 
" waalaikumussalam " jawab Fariz . " Riz sayang, ni mami.. mami call Riz bersebab.mami nak beritahu sesuatu dekat Riz. mami harap sangat Riz takkan tersinggung atau salahkan mami ya. " terang Puan Suhaila.
" sebenarnya ada apa ni mami, bunyi macam penting saja. okeylah Riz takkan rasa apa-apa." tiba-tiba keadaan menjadi sunyi sepi , Puan Suhaila tiba-tiba menyepikan diri. 
" mami? sebenarnya ada apa ni ? ada kaitan dengan kak Mai ke ? " duga Fariz ..
" urmmm, macam mana ya mami nak terangkan pada Riz. Riz tahu kan mami dah anggap Riz ni macam anak mami sendiri tak pernah kurang sikit pun kasih sayang yang mami curahkan pada Riz sama saja macam mami curahkan pada kak Mai kamu. tapi mami nak Riz tahu mami tak boleh nak kecewakan anak mami tu, " ketika itu Puan Suhaila rasa keliru dan rasa bersalah , ditelan mati mak, diluah mati bapa. Fariz sudah dapat mengagak apa yang hendak diberitahu oleh Puan Suhaila kepadanya.
" mami, rasanya Riz dan dapat mengagak apa tujuan mami call Riz ni, tapi tak pastilah betul ke tidak.rasa-rasanya ia ada kaitan dengan kak Mai kan ? mami cuba beritahu Riz ni , Riz janji Riz akan dengar dan takkan melenting." pujuk Fariz ketika itu, dia tahu makcik nya itu sedang hadapi waktu yang sukar.dia juga tahu makcik nya itu amat menyayangi dirinya, mana mungkin makcik nya itu akan melukakan hatinya.
" betul ke Riz nak mami beritahu Riz ni ? Riz takkan menyesal dan benci mami kan ? " sambung Puan Suhaila lagi.
" Insyaallah Riz boleh terima mami." dengan yakin Fariz menjawabnya.apabila Puan Suhaila mendengar suara Fariz yang yakin itu dia membuat keputusan untuk memberitahu Fariz. Padahal dalam hati Fariz hanya Tuhan saja yang tahu, Fariz sangat gementar dan kemungkinan dia tidak dapat menerima perkhabaran yang hendak disampaikan oleh makciknya ini.
" sebenarnya macam ni, kak Mai kamu tu dia mengamuk hari ni.semua barang nak dicampaknya. mami tengah kemas dapur kebetulan mami terdengar dia menjerit-jerit, mami pun bergegas naik ke tingkat atas dan mami terus ketuk pintu biliknya. dia menangis teresak-esak lepas itu dia beritahu sesuatu dekat mami.katanya dia tak suka kamu nasihat-nasihat dia dan dia juga tak suka kamu datang rumah ni. jadi mami minta sangat dengan kamu Riz tolong jangan datang lagi rumah mami. Maafkan mami, mami yang tak pandai nak didik anak. kamu tolong jangan salah faham , bukan niat mami nak buat macam tu. mami tak pernah sekali pun bencikan kamu.mami tahu apa yang kamu nasihatkan tu , semuanya betul. mami harap sangat kamu faham keadaan Umaira, sekarang emosi dia masih lagi tak stabil. bila dah reda nanti tahulah mami nak pujuk dia. jadi buat sementara waktu ni kamu jangan datang dulu ya ? " ketika itu, Fariz diam tanpa kata. terasa kelu lidahnya untuk berbicara. rupanya hal itu yang mengganggu fikirannya makciknya ini. 
" tak apa mami, Riz langsung tak ambil hati.mungkin ada betulnya juga apa yang kak Mai beritahu. Riz orang luar tak patut nak nasihatkan dia.lagipun Riz lebih muda dari dia kan. mungkin tu yang buat dia tersingggung. mami kalau itu yang terbaik, Riz akan turutkan kehendak mami itu. tapi tolonglah mami, jangan sesekali mami rasa bersalah. mami anggap Riz anak mami kan ? jadi jangan rasa bersalah. Riz tak pernah salahkan mami atau salah sangka dengan mami , Riz tahu mami pun terpaksa.Riz dah anggap mami macam mama Riz sendiri. Riz sayang mami . jadi Riz akan buat apa saja asalkan perkara tu boleh buatkan mami Riz ni happy. senyum lah sikit mami, jangan susah hati lagi . " ketika itu Puan Suhaila rasa amat-amat bersyukur kerana dia dikurniakan seorang anak saudara yang amat memahami dirinya.dia tersenyum sendirian.
" sayang! kalaulah kamu ada depan mami sekarang ni dah lama dah mami peluk kamu " kedengaran gelak tawa dari Puan Suhaila.tenang hati Fariz apabila dengar Puan Suhaila sudah mampu ketawa bukan seperti setengah jam lepas yang kedengaran seperti risau dan rasa bersalah.
" okeylah mami, Riz tengah drive ni, nanti kita sambung borak lagi okey." Fariz cuba mengakhiri perbualan itu. 
" baiklah sayang, hati-hati drive, jangan bawa laju sangat okey. nanti jangan lupa kirim salam dekat mama ya.assalamualaikum." 
" insyaallah mami, terima kasih mami. waalaikumussalam."





" Sweet ! Apabila Aisya Ieyka Menaip Entry =)) "


Small Cute Purple Pointer