DIA JODOHKU ! PART 4

02:17 PM | THURSDAY |28 OGOS 2014
Assalamualaikum rakan blogger semua..Hari nih aisya ada masa yang terluang sikit.so aisya sambung jela cerita nih .. hope korang enjoy ya :)

HILYA ANESSA| RAIMI ISKANDAR | HILYA SOFEA | RAKIF HELMI

“ okeylah sayang.saya keluar dulu.saya pun banyak kerja jugak tapi disebabkan saya nih terlalu sayangkan awak, saya tetap datang luangkan masa bersama awak.”
 Uwekkk loya rasa tekak nih aku tak suruh pun kau datang sini kau tuh yang datang sendiri sayanglah rindu lah ingat aku nih bini kau ke ape..
“ sayang tak baik buat dosa pagi- pagi nih, dengan bakal suami pulak tuh.” Aku menjeling ke arah Raimi..dia apa lagi terus kenyit mata padaku..eeeee berdiri bulu roma aku dah macam cerita seram pun ada nih..
“ bila saya buat dosa?saya tak ada buat apa-apa pon” dia tenung muka aku,,lama jugak dalam 3 minit.
“sayang, tak baik bohong tau.saya tahu mulut awak terkumat kamit tadi awak mengata saya kan ? awak tak cakap pun saya dah tahu .” macam mana dia boleh teka apa yang aku buat ..cehh nak tunjuk dia hebat sangatlah..muka pun macam cenkodok ada hati nak kahwin dengan orang.. rasa macam nak tolak-tolak saje mamat nih.biar dia keluar dari ofis aku . elok-elok ofis aku nih wangi habis bau busuk.errrr geram geram..
“ baguslah kalau awak dah tahu saya mengata awak . maknanya saya bukan kata belakang awaklah.saya kata depan-depan jadi tak berdosalah.awak pun tahu ..betul tak ?” tanyaku.
“suka hati awaklah sayang,asalkan awak gembira cukuplah..okeylah saya keluar dulu.”
Belum sempat aku jawab apa-apa dia terlebih dulu beredar dari ofis ku....eerrr datang aku tak ajak balik pulak sebelum aku suruh kau balik,kau dah pon balik erkk.cantik muka kau..buat ofis aku nih macam ofis kau sendiri...ahhhhh dahlah salam pun tak bagi.macam nih ke suami yang mama dan papa kata baik beriman sangat tuh...
“awak mengata dekat saya lagi ya sayang ?lupa saya nak cakap..assalamualaikum.jangan rindu-rindukan saya tau sayang.” Aku yang tengah pot pet pot pet terkejut monkey tetiba mamat blur nih ada depan pintu ofis aku.ingat tadi dah pergi dari ofis aku rupa-rupanya datang balik untuk bagi salam jewp..salam wajib untuk dijawabkan.. waalaikumussalam. Fuhh aman sentosa hidup ku.tak ada lah stres nak fikir pasal perkahwinan nih lagi..cukup dekat rumah jela..sekarang nih ofis tempat untuk aku tenangkan jiwa aku yang tengah kusut nih..
Tanpa aku sedari aku terlelap untuk ketika . dek terdengar jeritan telefon kesayangan aku.aku terus terjaga..adoii sempat lagi nih tidur dekat ofis.nasib baiklah aku nih anak CEO kalau tidak dah lama aku kena buang kerja sebab buat ofis nih macam ofis bapak aku sendiri tapi ofis nih memang kepunyaan papa aku pun .. blurr kejap...
Aku yang memang tengah mamai nih terus touch skrin telefon untuk jawab panggilan.
“hello assalamualaikum..” senyap seketika..
“hello,,,hello” mataku yang mamai tadi terus terbuka luas.saya teliti skrin telefonku..nombor telefon tersebut bukan dalam contact list aku.agak-agak siapalah nih ya..call aku tapi senyap bisu tanpa kata..
“hello,,,ada orang tak nih?jangan main-mainlah..kang ada jugak yang makan kasut saiz 10 nih.”marahku.
“ hello.” Hah ada pun suara.yang senyap tak cakap apa-apa tuh kenapa..siapalah agaknya nih..suara dia mcam aku kenal.tapi takkan lah kot.suara macam Rakif.tapi seingat aku Rakif tak pernah ada nombor telefon macam nih.
“ ya..siapa nih?” tanyaku...
“ Iya ke nih ?” tanya insan yang aku tak kenali tuh..
Iya? Jangan kata yang call aku nih sebenarnya..sebenarnya... Ya Allah Rakif...memang suara Rakif.lelaki yang aku rindu..hampir seminggu dia menghilang.call dan mesej langsung tak reply.aku rindu sangat dekat dia..
“ Kif ?? you ke tuh?” tanya ku. jantung aku berdebar sangat..aku memang berharap dia adalah Rakif.
“ ya .. nih Kif..Iya ...”
“ ya..ada apa nih Kif.? kenapa Kif menghilang tanpa khabar berita. kenapa Kif layan Iya dingin macam ni.macam Iya nih orang asing dalam hidup Kif...kenapa sebenarnya nih..? jawablah Kif” tanya ku...aku ingin tahu perkara sebenar,kenapa Rakif menghilang selama seminggu dan kenapa sekarang nih baru dia nak muncul.saat aku butuh dia sangat-sangat dia menghilang..Kif, Iya rindu Kif sangat-sangat.kalaulah Kif boleh baca hati Iya sekarang nih kan best..hidup Iya hanya untuk Kif jewp...
“ Iya,sebelum Kif teruskan bicara,Kif betul-betul nak minta maaf dekat Iya,selama nih Kif tak pedulikan Iya.Seminggu Kif hilangkan diri tanpa khabar berita.Kif minta maaf dengan Iya.Kif bingung.dengan cara tuh jewp Kif boleh tenangkan diri Kif”
Saat itu airmata ku mengalir.Ya Allah kenapa tak ada seorang pun insan yang memahami aku.dan menerima insan sebaik Rakif Helmi.aku menangis tanpa kata...
“ Mungkin apa yang Kif nak cakap nih akan lukakan hati Iya.mungkin jugak akan buat Iya bencikan Kif.tapi tak apa ..apa yang Kif buat ni semuanya untuk kebaikan Iya dan kebaikan keluarga Iya.”
Aku rasa tertanya-tanya apa sebenarnya yang Rakif nak beritahu padaku..bunyinya serius tak ada langsung nada gurau.
“ cakaplah.apa yang Kif nak beritahu dekat Iya..Iya dengar nih..” jawabku. Ketika itu aku dengar Rakif menarik nafas yang panjang...dan mengeluh jugak.mungkin hal ini terlalu serius sampaikan dia macam tu.
“ Iya,pertama sekali Kif nak beritahu dekat Iya yang Kif cinta Iya sangat-sangat.selama 4 tahun kita couple Kif tak pernah pandang perempuan lain. hanya Iya seorang saja dalam hati Kif dan hidup Kif.walaupun selepas ini kita berpisah.Kif tetap cintakan Iya seorang saja.tak ada sape pun yang boleh gantikan tempat Iya dalam hati dan hidup Kif.”
Saat aku dengar saja kata-kata dari Rakif, jantungku seolah-olah di carit-carit,jiwaku seakan-akan berada di alam lain.apa maksud Rakif.? Apa yang dia cuba nak sampaikan padaku.Ya Allah aku tak sanggup nak dengar lagi.aku tahu apa yang ingin dia beritahu padaku...hanya orang yang mengalami hal sepertiku sahaja yang akan memahami perasaanku ketika ini.aku tak mampu menahan pedihnya hatiku...biarlah airmata saja yang selesaikan semua nih.
“ Kif tahu semua nih akan buat Iya terluka.tapi luka nih akan sembuh dengan cepat.Iya tahu kan hidup Kif macam mana.? Kif kena jaga mak dan adik-adik Kif.sanggup ke Iya nak hidup susah bersama Kif. Mungkin Iya akan cakap sanggup.Kif kenal Iya macam mana tapi yang tak sanggup tanggung semua nih adalah Kif.Kif tak nak tengok orang yang Kif sayang dan orang yang Kif cinta hidup susah bersama dengan Kif.. Kif tak nak macam tuh Iya..Kif nak Iya hidup dengan gembira walaupun bukan dengan Kif.betol kata papa Iya.Kif nih tak layak untuk Iya.Kif nih menumpang kesenangan Iya saja..biarlah kali nih Kif buat pengorbanan yang besar dalam hidup Kif dan Iya. Jalan terbaiknya kita putus.”
Aku mengangis semahu-mahunya..aku rasa macam nak menjerit saja..rasa nak lepaskan semuanya.aku tahu betapa sakitnya hati Rakif untuk luahkan semua nih.. kami saling mencintai mustahil Rakif tak rasa apa-apa.
“ Kif, kita jumpa kejap..sekejap pun jadilah..Iya nak jumpa Kif.Iya tak nak kita bincang macam nih.kita jumpa dan kita selesai baik-baik.bolehkan Kif?” tanyaku..kalau hubungan nih masih lagi boleh diselamatkan aku akan cuba sedayaku untuk pertahankan semuanya.
“maaf..Kif betul-betul tak nak jumpa Iya.tolonglah jangan ganggu Kif lagi.mungkin nih kali yang terakhir Kif ganggu Iya.mungkin nanti Kif akan hilangkan diri buat selamanya.Iya hiduplah gembira dengan Raimi Iskandar.”
Aku kan cuba semampuku untuk pujuk Rakif supaya setuju untuk berjumpa...aku taknak dan tak ingin langsung hubungan yang kami bina selama 4 tahun hancur macam tuh saja.
“kalau Kif betul-betul sayangkan Iya..Kif mesti jumpa Iya.. Kif nak tengok Iya sihat kan ?” ugutku..dah memang tak ada jalan lain dah yang aku boleh guna..hanya ini saja cara yang boleh buat Rakif ubah fikirannya...
“ apa maksud Iya nih?
“ Kif kenalkan Iya macam mana.bila Iya cakap Iya akan tunaikan.kalau Kif tak nak apa-apa berlaku pada diri Iya nih.. kita jumpa dekat tempat biasa.. okey .. sekarang..” aku terus letak telefon supaya dia tertanya-tanya.mesti Rakif sekarang nih tengah risau pasalku..aku kenal sangat macam mana perangai Rakif.dia takkan benarkan apa-apa pun jadi pada diriku ..
Aku kemas apa yang patut dan aku terus mencapai kunci keretaku lalu keluar dari ofis.ketika aku melintasi meja staf ku.diorang memandang muka aku dengan hairan..macam mana tak hairan kalau mataku penuh dengan sisa airmata.hidungku merah menyala.mesti diorang tertanya-tanya...kebetulan pulak si mamat blur tuh datang ke ofis aku lagilah diorang semua fikir yang bukan-bukan. Biarlah.aku ada hal lagi penting yang aku perlu selesaikan..
“ cik cik cik .. cik nak pergi mana nih?” belum sempat aku melangkah masuk ke dalam lif , Intan setiausahaku pun memanggil.
“ saya ada kerja sikit nih.saya pergi dulu ya.” Belum sempat aku menekan butang close si Intan nih join sekali masuk ke dalam lif bersama aku.
“Cik Anessa.Cik mana boleh pergi macam tuh saja.kalau Dato’ tanya saya macam mana.saya nak jawab apa cik.?” Ahhh dahlah aku tengah pening kepala dengan masalah aku.si Intan nih pun satu nak tambahkan lagi kepala aku yang tengah berserabut nih.pandai-pandai lah jawab. Kata PA aku.
“ pandai-pandai lah awak kelentong.cakap saya jumpa client ke apa.takkan benda kecil macam tuh pun nak saya ajarkan jugak kot.kalau macam tuh buat apa saya upah awak baik saya nih tak payah ada PA.boleh tak sekali jewp .. sekali jewp awak jangan menyusahkan saya nak fikir semua benda tuh.awak ada kepala?ada otak kan ? hah fikirlah .” aku melulu keluar dari lif.si Intan pulak telopong mulutnya bila aku lepaskan amarah.hah kan dah kena...aku dah pesan banyak kali dah bila aku tengah bengang jangan sesekali datang tanya aku apa-apa.aku tak suka dan memang pantang..ada faham.
BERSAMBUNG.....

" Sweet ! Apabila Aisya Ieyka Menaip Entry =)) "

8 ulasan:

Naomie .Licouz berkata...

Asya! cerita yanag best. ada bakat nak jadi penulis.. wah! tak sangka,.. keep it up girl!

AisYa IeyKa berkata...

@Naomie .Licouz thanks kak naomie.hehehe <3

Ummi Zarra berkata...

wahhh best lah... ada bakat blh serlahkan lg..

dilakhir berkata...

waaaa cepat sambung taw.. dila tunggu hehhe ^_^

adk dayah berkata...

huhu knapa lya mcm tu..huhu smbung cpt2 yer dear..huhu

Teja Evalea berkata...

Alaaa bersambung! baru nak feeling haha..


Nak komen boleh? ada typo sikit, pastu titik2 slain utk dialog tu jgn byk sgt (acacah pengkritik bahasa) kakaka.. but keep it up beb! ^^V

Ahmad Zu Mal Md Rayi berkata...

Sedih pula baca episod nie. Hari tu tak sempat singgah ^_^

mama'snia berkata...

♡♡♡
Keep it up
Aaaaterasa2 nak gali balik khazanah zaman study2 dulu..
Dulu2 a4 paper jer jadi mediumnye...:D

Small Cute Purple Pointer