DIA JODOHKU ! PART 5

10:38 PM | SATURDAY | 30 OGOS 2014
Asslamualaikum...maaf sangat-sangat sebab tak sempat nak update cerita nih.. bz sangat hari nih tak sempat nak sentuh laptop pun..kesian dekat dila dan dayah tertunggu-tunggu sambungan cerita nih.. meh baca..aisya dah buat sambungan dah.hehehe :")

HILYA ANESSA| RAIMI ISKANDAR | HILYA SOFEA | RAKIF HELMI
Lebih kurang 20 minit aku memandu sampailah aku di sana, dari jauh lagi aku sudah nampak Rakif termenung sambil memandang ke arah tasik.agaknya dia memikirkan apa ya khusyuk sungguh sampaikan aku yang berdiri disebelahnya pun dia tak sedar.
“assalamualaikum Kif” aku buntu samaada mahu mula bicara atau biarkan keadaan sepi macam tu. Dia memandang ke arah ku..pandangannya penuh dengan duka.saat tuh kami masing-masing mendiamkan diri.aku tak tahu nak luahkan macam mana dekat dia.. mungkin dia pun sama.
“waalaikumussalam.duduklah Iya” setelah agak lama kami menyepi barulah kedengaran suara Rakif menyuruh ku duduk.Masa tu aku dalam dua nak duduk ke nak berdiri.kalau aku duduk aku takut aku tak mampu nak melangkah pergi dan kalau aku berdiri aku takut aku tak mampu nak menahan apa yang akan dikatakan oleh Rakif..
“ duduklah. Kif nak cakap sikit dengan Iya.sekarang nih kita cakap macam orang dewasa bukan sebagai pasangan kekasih "
Aku duduk disebelahnya menanti apa yang ingin dikatakan olehnya.
“Kif dah fikir masak-masak Kif memang tak boleh nak teruskan semua nih.jujur Kif beritahu dekat Iya yang Kif sayang Iya tapi family Kif adalah segalanya. Kalau sebab Iya, Kif terpaksa buang family Kif.Kif tak boleh nak teruskan. Minggu lepas papa Iya ada jumpa dengan Kif.kitorang bincang pasal perkahwinan Iya dengan pilihannya Raimi Iskandar.papa Iya cakap perkahwinan tuh memang tak boleh nak dibatalkan lagi sebab semua persiapan dah dibuat.kalau batalkan jugak family Iya dan family bakal suami Iya akan menanggung malu.Kif tak nak jadi orang ketiga.cukuplah family Iya benci Kif tolong jangan buat orang lain jugak benci Kif.Kif pun ada maruah Iya,Kif tak nak hanya sebabkan seorang perempuan Kif nak susahkan family Kif.Kif sedar Kif miskin nak dibandingkan dengan family Iya memang tak bolehlah.tolonglah tinggalkan Kif.pergilah bersama dengan bakal suami Iya.dia lebih layak untuk Iya berbanding dengan Kif nih.”
Lidahku kelu aku tak tahu nak luahkan apa atau jawab apa yang dia katakan.mungkin aku mampu menjadi pendengar sahaja.aku tak sanggup nak duduk lama-lama disitu.kalau itu yang dimahukan oleh Rakif.baiklah aku ikutkan saja.kalau betul aku nih menyusahkan dia.baiklah aku pergi .. aku pergi....
“ Iya nih menyusahkan Kif ke?”
Hanya soalan itu yang terdetik dalam fikiran ku.dia menggeleng bermakna aku tak pernah menyusahkannya.
“habis kenapa Kif tak boleh nak pertahankan hubungan kita?” tanyaku.
“ Iya masih lagi tak faham ke apa yang Kif cuba nak sampaikan nih? Kita berdua tak boleh bersama.Kif ni tak layak untuk Iya.”
“sayang..tolonglah sayang Iya perlukan Kif dalam hidup Iya.selama nih Kif banyak ajar Iya macam mana untuk menempuhi liku-liku kehidupan.Kif selalu beritahu dekat Iya yang kita boleh bersama sekiranya kita mampu menahan apa jewp yang orang buat dekat kita.kenapa sekarang nih Kif jadi lemah?” sekali lagi dia memandangku.agak lama jugak aku tunggu respon darinya tapi tiada apa-apa jawapan.untuk apa lagi aku terus berada disitu.tiada apa-apa yang kami boleh selsaikan.
Tanpa berlengah aku terus bangun dari kerusi yang ku duduk.tak betah lagi aku duduk di sana. Biarlah semua nih bergerak seiring dengan waktu yang berdetik.kami itu jodoh kami,kami akan bersam jugak juga..aku malas lagi nak fikir semua nih.aku meninggalkan Rakif tanpa sepatah kata perpisahan.tak pernah sekali pun terlintas dibenak ku untuk berpisah dengannya.kalau perkahwinan yang diingin nya,akan aku turuti.
Setibanya aku ditempat parking kereta aku menangis semahunya.aku bukanlah insan yang lemah tapi kali nih aku betul-betul tak mampu nak tahan lagi.kalaulah ada orang yang sudi temankan aku time aku ada masalah nih kan best.nak ajak mamat blur nantikan dia fikir bukan-bukan pulak.kang dia kata aku nih syok dekat dia parahlah. Tapi kan aku mana ada kawan,selain Rakif aku mana ada kawan lagi.aku nih langsung tak sama dengan Sofea.Sofea memang ramai kawan yang aku nih pulak lebih suka duduk sorang-sorang melayan blog,twitter dan facebook.hari-hari tuh jela kerja aku.
Dah memang tak ada cara lain dah.aku kena jugak telefon mamat tuh,buat muka tak malu jela.lagipun ajak makan jewp nak tenangkan hati aku yang tengah kusut nih.aku terus mengdail nombor mamat blur,kenapa tak angkat-angkat lagi nih sekarang dah nak masuk waktu lunch takkan tak bawa telefon kot. Ketika aku ingin mematikan talian tetiba bunyi suara seseorang..rasa berdebar-debar pulak hati nih.nak cakap ke tak nak rasanya dia tak save nombor telefon aku nih.Ya Allah berdebarnya dup dap dup dap dah nih..
“hello,assalamualaikum.. sayang kenapa call nih?” tanya Raimi.aik aku ingat dia tak kenal aku rupanya kenal.buat suara cool sikit kang dia tahu aku nangis nahaslah pulak.
“ waalaikumussalam.buat apa tu?sekarang nih lunch kan?makan dekat mana?”
“wohh..wohh kenapa banyak sangat soalan nih sayang.satu-satu lah tak payah nak jadi kereta api express sangat.. slow-slow okey.kalau macam tuh saya jawab satu-satu ya.sekarang nih dah pukul 1 so mestilah lunch kan? Saya tak keluar makan mungkin makan dekat kafe saja dan saya baru saja habis meeting dengan klien dekat Cheras dan sekarang nih saya dah pun sampai ke pejabat .”
Merah padam muka aku dah macam pakai blusher pun ada nih.adoii macam mana aku boleh buat silap,nih gabra punya pasal lah abis berterabur aku cakap.Time serang dia tak ada pulak nak merah-merah nih bila cakap elok-elok macam nih, aku jadi pulak opera cina pulak..atotoiii.... malunya aku mama help me...sob sob ..
Disebabkan aku dah malu tahap gaban nih aku langsung tak balas apa yang dicakapkan oleh si mamat blur tuh dan aku memang tak beru perhatian langsung apa yang dikatakan olehnya.
“ sayang? Yuhuuu ada lagi tak nih?senyap pulak dia erkk.” Bukan senyaplah aku malu nak jawab.aku mana biasa cakap dengan si Raimi nih,selama nih kitorang mana cakap kalau tengok-tengok macam tuh adalah.dah dia nih boyfriend si Sofea takkan aku terhengeh-hengeh nak bercakap pulak,senyapkan lebih baik.
“ ada lagi nih... tak mati lagi. Urmm ingatkan nak ajak awak lunch tapi tak apalah.nampak macam awak sibuk sangat saya tak nak ganggulah.saya letak dulu.” Belum sempat aku nak letak dia dah panggil nama ku..
“ eh Nessa..janganlah letak lagi saya baru jewp nak dengar suara awak.susah tau nak dengar suara awak yang lembut macam nih,selalunya marah-marah jewp dekat saya.comel jugak erkk bila awak lembut macam nih..sopan santun.saya langsung tak busy tau,macam nih lah kita keluar lunch sama-sama.lagipun susah nak dapat peluang macam nih. Mungkin jugak kali nih jewp saya dapat so tak bolehlah lepaskan peluang..tak gitu?”
Suka hati kau lah mamat blur bukan aku peduli pun aku nak kau teman aku lepaskan geram jewp bukan nak buat apa pun.
“okeylah..kita nak jumpa dekat mana?saya tak kisah mana-mana pun.gerai mamak pun saya okey.” Kataku lagi..
“ okey kita jumpa dekat Ikea Mutiara Damaisara.amacam ? best jugak kalau kita makan meat ball.dah lama rasanya tak makan.okey tak? “ tanya Raimi.aku nih memang tak kisah bab-bab makan,makan jela apa yang ada yang penting kenyang cukuplah.
“okeylah kalau macam tuh . kita jumpa dekat sana.” Aku terus mematikan talian.cakap lama-lama dengan mamat blur tuh apa yang aku dapat..padahal aku dah pesan jangan panggil aku sayang tapi macam tuh jugaklah masuk telinga kanan keluar telinga kiri,mana nak dengar bila aku cakap tapi betul ke aku cakap lembut dengan dia tadi?seingat aku,aku cakap macam biasa jewp..dah tingtong jugak kepala aku nih..
Aku tiba disana 10 minit lebih awal dari waktu yang dijanjikan .menyesal pulak datang awal sekarang nih dah lebih 15 minit pun.Fuh penat jugak tunggu lelaki yang tak muncul-muncul nih.alahai mata aku nih pun bengkak lagi,nak buat macam manalah ya.takkan nak pakai cermin mata hitam kot nanti dia kata apa pulak.dalam restoran pakai cermin mata hitam.ehh lantaklah pakai jela dari dia tanya bukan-bukan jenuh aku nak menjawabnya.
“ hai.dah lama tunggu ?” terkejut aku bukannya nak bagi salam ke apa terus hai hai dekat aku.kalau aku nih ada penyakit lemah jantung dalam lama dah aku go.
“awak nih memang tak boleh bagi salam elok-elok ke.hai hai .cara mat saleh jugak yang awak nak tiru ya.” Marah ku..
“okey-okey maaf ya cikgu.assalamualaikum.dah lama tunggu cikgu sayang? nih kenapa pakai cermin mata pulak nih" Eee germanya.aku rasa macam nak picit-picit jewp mulut mamat nih.. orang beritahu elok-elok dia perli pulak.nak jawab apa nih eh dia dah tanyalah..
“suka hati saya lah nak pakai apa pun bukannya minta dengan awak kan?.saya baru saja sampai hah yang awak lewat sangat nih kenapa?janji pukul berapa sekarang pukul berapa.macam nihlah janji orang melayu selalu terbabas.”
“sorry sorry..tadi ada kerja yang perlu saya selesaikan bila dah siap saya terus drive ke sini . maaf ya..okey dah pesan makanan ke?”
Sebelum dia sampai aku memang dah pesan makanan.tunggu dia punyalah lama baiklah aku makan dulu.
“dah order dah yang awak punya pun dah tapi saya tak tahulah awak suka minum apa makan apa.saya main pesan ikut selera saya jewp. Okey ke ?” dia senyum padaku dan menganggukkan kepala.bagus jugak mamat nih erkk tak kisah aku pilih apa pun.selalunya lelaki kaya nih cerewet sikit bab-bab makanan..
“saya tak kisah apa yang awak pilih mestilah yang terbaik untuk saya kan” senyuman dia tuh Masyaallah  memang cairlah gadis-gadis yang tengok,dahlah putih melepak macam hero korea lagaknya.yang aku nih macam heroin tamil pun ada.haha tapi tak adalah sampai macam tu.mungkin sawo matang kot.okeylah tuh cute apa.putih sangat pun tak cantik nampak macam mayat hidup.aku dah bersyukur dengan apa yang Allah bagi padaku dah lebih dari cantik dah nih.kalau tidak takkan mamat blur nih suka dekat aku.kan kan ...
“ heh mengelamun pulak ya..saya tengah cakap dengan awak.awak pulak mengelamun benda lain.ishh ishh penat saya cakap tau” aku tersenyum jela dah memang sah-sah salah aku kan.
Ketika kitorang sedang syok makan ada lah seorang cik kak nih pandang jewp dekat Raimi macam nak telan hidup-hidup geram betul aku takkan dia tak nampak aku dekat depan si Raimi nih.
“awak..awak cuba pandang sebelah kanan tuh.kenapa perempuan tuh asyik pandang awak saja?” tanyaku. Mungkin Raimi nih tak perasaan kot cik kak tuh asyik pandang dia..
“biar jela..dia pandang jewp pun bukan buat apa sikit pun tak luak.biarlah.” aku terus menjeling ke arah Raimi.boleh dia kata macam tuh aku yang tengah makan nih tak selesa tau.asyik pandang sini jewp macam mana aku nak makan tak boleh jadi ni..nih yang buat aku panas sangat nih..
“Raimi..tengoklah tuh dia pandang awak lagi.” Sekali lagi aku beritahu dekat Raimi.
“biarlah sayang..dia ada mata dia nak tengok ke apa yang penting kita habiskan makanan nih dan balik ke ofis.” Senyumnya. Masalah sekarang nih aku yang tak selesa.tak kisahlah kau selesa ke apa aku nih yang tak selesanya.
“saya tak selesa.nak buka mulut pun saya tak boleh.dia asyik pandang awak.kenapa?awak kenal dia erkk?ke dia tuh salah satu koleksi awak?” dah sampai tahap geram dah tuh.aku beritahu elok-elok bukannya dia nak dengar asyik suruh aku makan.macam mana nak makan kalau ada orang asyik pandang macam tuh nak buka mulut pun aku rasa tak selesa. Mamat nih pulak boleh pandang perempuan tuh dan senyum.perempuan tuh apa lagi  balas baliklah senyumannya.Ya Allah panasnya hati aku nih.boleh pulak korang bermadu asmara depan mata aku nih lebih baik aku keluar makan sorang-sorang kalau aku tahu nak jadi macam nih.
“ eh yang awak senyum dekat dia kenapa? Kalau awak rasa nak menggatal dengan dia baik awak pergi duduk dengan dia dekat sana.” Dia senyum memandang ke arah ku.
“sayang marah? Cemburu?” ehh tolong sikit kenapa aku nak cemburu.tak ada maknanya tapi marah tuh memang aku marahlah.tak selesa bila ada orang ganggu aku makan.terbantut selera aku tau.ish ish perempuan nih pandang-pandang aku jolok jugak biji mata tuh baru tahu .. si mamat blur nih pun layan.aku dah cakap jangan layan dia layan jugak..sabarlah wahai hati, kau jangan pedulikan diorang habiskan jewp makanan kau cukuplah...
BERSAMBUNG ...................


" Sweet ! Apabila Aisya Ieyka Menaip Entry =)) "

10 ulasan:

Nur Inani berkata...

bestnyaa :) nak lagi :)

Ahmad Zu Mal Md Rayi berkata...

Suatu keadaan yang pernah zumal alami beberapa kali. Sedihnya. Kesian Aneesa tu...

dilakhir berkata...

yeaaaa dah ada part 5.. hehehe.. hope esk ada sambungan lagi :)

yaya_flanella berkata...

Hee nice blog. Good luck! :D

hidayu ayumie berkata...

waaahhh seronoknye bace.. saje jalan2... jemput lah singga http://hidayuayumie.blogspot.com/

adk dayah berkata...

finally..hehe..best2 dah cemburu tu..xkn syg da kot nessa..relax la..hhehe

irrayyan berkata...

Salam singgah. irrayyan.com

dhiera berkata...

wow... ada bakat dalam menulis! daebak!

CRAFTY VIDEOS TIPS berkata...

your gallery is just very nice .graphics are very nice . your website it just super. best of luck . do come visit me some time. that goes to everybody who see this. WE.HOBBIESANDCRAFTS.NET. and please sign my guestbook at the bottom of my webpage to let me know you came to see me do send your very good friends ( thank you ) it good to meet new friends. love a beautiful thing.

mama'snia berkata...

♡♡♡

Small Cute Purple Pointer