DIA JODOHKU ! PART 3

07 : 15 PM | WEDNESDAY | 27 OGOS 2014
Assalamualaikum rakan blogger semua.. thanks sangat coz ada kawan-kawan yang sudi bagi respon yang sangat baik..Aisya terharu .. sob sob * lap airmata * bila korang kata cerita yang aisya buat nih best tetiba jadi semangat nak tulis lagi..idea pon tetiba melimpah-limpah. hehehe . thanks kawan-kawan 
jemputlah baca ya... :") tak baca lagi part 1 dan 2 tekan sini --> PART 1 , , PART 2
“ ape semua nih abang? Ape maksud Iya tuh ?” soal mama pada papa. Aku dengar diorang berbisik-bisik.mungkin cerita pasal kejadian peang tadi. Biarlah .. aku malas lagi nak fikir soal siang tadi.baik aku bersihkan diri solat dan tidur.. lagi okey kot ..
Keesokkan pagi, aku bangun agak awal dari kebiasaan.mama macam biasalah tengah sediakan sarapan dan aku dan papa pulak insan-insan yang akan menghabiskan semua masakan mama tuh . selalunya pagi-pagi nih nasi goreng dan mee goreng jela..aku lebih sukan makan mee goreng.. tak tahulah kenapa sejak sekolah rendah lagi aku selalu suruh mama buat untuk aku .. tapi hari nih perut aku tak pula terasa lapar seperti selalunya..aku bercadang nak pergi terus ke pejabat .. tapi faham-faham jela.. kuasa ibu kan walaupun taknak bersaparan mama akan pujuk jugak supaya aku bersarapan. Sebenarnya aku nih ada masalah kesihatan sikit.pernah jugak lah masa sekolah menengah dulu aku pengsan dekat pustaka sekolah..kawan-kawan aku semua paniklah ,,, diorang pun terus call mama aku . mama aku nih pula memang sejak azali lagi seorang sangat sangat panik. Bukan panik dah sebenarnya tapi kalut.. semua benda tak jadi .. tut tut aku bangun sendiri dan pergi hospital harapkan mama macam tuh jela.. habis semua orang dia nak call. Si Sofea pulak buat tak tahu jewp macam aku nih bukan kakak dia.. bila mama tanya kenapa dia tak peduli pasal aku, macam-macam alasan lah dia bagi . cakap aku nih tak pernah tegur dia dekat sekolah . bla bla bla... malas aku nak ambil tahu pasal Sofea nih.. suka hatilah bukan budak kecil pun .. nasiblah penyakit aku nih tak serius sangat .. darah rendah jewp kot . tapi mama kata penyakit tuh bahaya... yeke erkk ? yela kot.. aku iyakan jewp ape yang mama cakap . malas nak bersoal jawab dengan mama. hehe
“ duduk menungkan apa tuh Iya ? kang lambat pulak nak pergi ke pejabat” tegur mama aku. tuh lah padahal tadi aku nak cerita pasal penyakit aku tetiba keluar nama Sofea pulak . aisshh meluat nak sebut pun..
“mana ada termenung mama, baru pukul 7:30 lah mama...awal lagi nih. Lagipun papa tak siap lagi kan ?” tanya aku .. mama pandang aku semacam jewp . kenapa eh ..
“ kamu nih demam ke ape Iya? Papa lambat ke papa cepat ke . kamu bukannya pergi dengan papa,kamu pergi dengan kereta kamu kan.” Adooiii kenapa lah macm tuh pula..aku garu kepala aku yang memang tak gatal nih. Aku pun dah berjangkit penyakit blurr dengan mamat blur tuh . tak kahwin lagi aku dah jadi blur macam nih ...
bila aku pandang ke arah tangga aku lihat papa sedang menuruni anak tangga dengan pantas aku terus bergegas siap-siap nak pergi ke pejabat “ mama, Iya pergi kerja dulu lah .. banyak sangat kerja yang belum Iya siapkan lagi”.. kalau boleh aku nak mengelak terus dari jumpa papa. nak tahu kenapa.? Sebab  kes semalam tuh lah . aku malu sebenarnya. Bila fikir balik tak patut jugak aku buat macam tuh sepatutnya aku bincang elok-elok dengan diorang.rasanya papa pun takkan marah macam tuh semalam..
“ kenapa dengan puteri awak tuh ? nampak jewp saya turun terus nak pergi kerja..tengok tuh makanan dia pun belum terusik lagi ...”
“takkan awak tak faham lagi abang oii . ke abang nih buat-buat tak faham. Kan semalam abang dengan Iya ada krisis besar,agaknya sebab tuh lah kot dia taknak makan ... dan lagi satu Iya tuh bukannya puteri saya sorang..puteri abang jugak tau” sempat lagi mama dan papa nih borak-borak erkk.yang aku nih plak bila lah nak sampai pejabat nih,jalan jem teruk padahal baru pukul 7 lebih kot.kemanalah semua manusia nih nak pergi erkk. Eh lupa pulak mesti diorang pun nak pergi kerja macam aku nih jugak.ohh mama kenapa aku jadi macam nih .. si Rakif nih pun satu dari semalam lagi tak reply mesej aku ,, aku call langsung tak angkat.sebenarnya ada apa nih . ke ada apa-apa jadi tanpa pengetahuan aku. Dalam kepala aku sekarang nih macam-macam yang perlu aku fikir,soal perasaan family aku, perasaan aku sendiri dan perasaan Rakif. Ya Allah bantulah hambaMu nih . tengah syok mengelamun tetiba bunyi hon kereta rupanya semua kereta dah gerak . tinggal kereta aku jewp yang keras macam patung cendana.kereta belakang apa lagi .. hon lah kuat-kuat.. kat KL nih mana nak sama dengan kat kampung ,, lambat sikit dah bising.bestnya kalau boleh balik rumah nenek dekat kelantan..
Tepat pukul 8.30 pagi aku sampai ke pejabat..semua staf pandang aku.nih kenapa pulak pandang tak berkelip nih.ada masalah ke ape. time tuh aku rasa tak sedap hati sangat...jelingan dan pandangan diorang tuh tak macam selalu..macam ada apa-apa jewp yang berlaku.nak kata sebab semalam tak mungkinlah sebab aku buat hal bukan dekat pejabat nih dekat pejabat uncle Ikmal..takkanlah berita tuh boleh sampai ke syarikat nih kot . pelik bin ajaib nih.. ke ada kes lain pulak nih.aku bergegas masuk ke bilik. Belum sempat aku nak pulas tombol pintu tetiba setiausaha aku datang .. “ good morning cik Anessa." tegur Intan
" Morning Intan.nih kenapa tiba-tiba tarik tangan saya,tak bagi saya masuk nih ? " tanya aku ..
" ermm sebenarnya ada tetamu yang nak jumpa cik Anessa hari nih.saya dah cakap dah yang cik Anessa tak benarkan sesiapa masuk tanpa kebenaran cik Anessa tapi dia berkeras jugak nak masuk cik.saya dah cuba halang tapi tak berjaya.maafkan saya cik Anessa” alahai setiausaha aku nih... yang buat muka macam tuh kenapa.macam aku nih bos yang kejam pulak..bukan aku marah pun ..
“ tak apa lah .. sapa yang datang nih.? dia buat appointment tak ?” sapelah agaknya datang ke ofis aku pagi-pagi buta nih.takkan client datang tanpa cakap dulu dekat aku .. tak mungkinlah ...
“ cik Anessa ?? cik Anessa.. “
“ ye.. macam mana ? .dia buat tak apa yang saya tanya awak tadi .”  tergagap-gagap setiausaha aku nak menjawabnya..
“ sebenarnya.. ermm sebenarnya cik .. ermmm” hah nih yang buat aku hilang sabar nih. bukan nak cakap terus .tergagap-gagap.adalah tuh masalah besar.kalau tidak tak adanya macam nih..
“ sebenarnya apa nih.. baik awak cakap elok-elok sebelum saya sumbat telefon nih dalam mulut awak . cepat cakap ..” aku terus mengangkat ganggang telefon di atas meja..seolah-olah aku nak masukkan telefon tuh ke dalam mulut dia.. setiausaha aku ape lagi,, kagetlah .. kalut semacam.tergaru-garu jugak kepala dia yang tak gatal.dek ugutan aku. Hahaha aku yang tengok nih rasa kelakar pun ada..
“ dia tak buat apa-apa temujanji pun cik Anessa.dia cakap dia tak perlu buat macam tuh.sebab tak lama lagi cik dengan dia nak kahwin.” Bila aku dengar jewp perkataan KAHWIN dari mulut setiausaha aku , mata aku terbuka luas.aku terus melulu masuk ke dalam bilik. si Intan setiausaha aku nih pulak terkejut..panik tak tahu nak buat apa.. ketika itu aku masuk ke dalam bilik dan tutup pintu rapat-rapat ..siap kunci lagi...bukan apa aku nak pastikan yang tak ada sape-sape pon yang akan ganggu aku dengan mamat yang entah pape.aku dah agak dah sape lah yang sanggup datang pagi-pagi macam nih kalau bukan si mamat blur tuh .
Aku merenung muka dia dengan pandangan yang tajam.. dia tersenyum manis pada aku.eh tak kisahlah manis ke pahit ke tawar ke. Yang paling penting apa motif mamat nih datang ke ofis aku .time tuh aku rasa macam nak tumbuk saje muka dia.. tersengih-sengih macam tengah perli aku pun ada.kang ada pula yang makan besi meja nih.
“apa tujuan awak datang sini ? dan kenapa awak beritahu staf saya yang kita nih nak kahwin?”
Dia pandang jewp muka aku nih.nampak gaya macam taknak jawab apa-apa.macam aku cakap sorang-sorang adalah.yang dia tahu senyum senyum jewp.
“I ask you, why do you come here. answer my question. Kenapa ?”
Tiba-tiba saje Raimi bangun dari kerusi yang di dudukinya.dia terus datang ke arah aku dan duduk bertentangan dengan aku. “ awk tanya kenapa saya datang sini ? rasanya awak sendiri pun tahu jawapannya.ingat tak hari nih hari apa ?” time tuh aku memang blur dah macam ji hyo running man pun ada.. tak dapat nak fikir apa maksud mamat nih.. “ hari nih hari rabu ,27 haribulan 8 tahun 2014 .. puas hati ?” Raimi tersengeh sekali lagi.. ada apa sebenarnya nih.berkerut-kerut dahi aku memikirkan pasal tuh.eew geramnya aku ... mamat nih pun satu asyik senyum .. salah ke jawapan aku .?
“ kenapa senyum? Salah ke apa yang saya jawab tuh?” tanya aku..
“ saya tak kata salah pun sayang.Cuma kelakar adalah ...” boleh dia kata apa yang aku cakap tuh kelakar.apa yang kelakarnya.aku tak rasa kelakar pon.biasa jewp ...
“ okey-okey saya taknak peningkan kepala awak yang memang tengah pening tuh sayang. Okey hari nih kita kena pergi butik yang mama awak dan mami saya cadangkan tuh. Untuk fitting baju untuk wedding kita nanti.”
Bila aku dengar apa yang mamat blur nih cakap ,aku rasa macam nak pitam..realiti ke mimpi nih ? macam real tapi dream pun ada... apa semua nih...bila pulak mama dan mami dia buat semua nih. Ya Allah dugaan apa lagi nih.aku taknak .. tolonglah HambaMu ini Ya Allah..
“ hye sayang .... sayang” yang si mamat blur nih pun satu apasal ganggu aku tengah mengelamun nih ..dok lambai tangan dia yang putih melepak tuh depan mata aku.aku tahulah kau putih dari aku.tangan kau pun nampak lembut dari aku..tak payah nak tunjuk sangatlah tangan kau tuh..dahlah tak habis-habis dengan sayang sayang dia tuh..semak betullah.boleh jalanlah kau mamat blur...
“ yang awak beria-ia sayang sangat nih kenapa? Demam ke? Atau dah nak go terus?” geram betul aku dengan mamat nih ..
“ amboi sayang , mulut awak memang terlebih insuran ya.. terus bagi go dekat future husband awak yang handsome nih. kang tak pasal-pasal awak jugak yang nangis kalau saya betul-betul go.janganlah guna mulut awak yang comel tuh cakap benda-benda macam tuh sayang. Tak manis..nasib baik saya nih ada nak kahwin dengan awak.rasanya kalau Rakif tahu perangai awak yang sebenar.dia pun tak nak memperisterikan awak.” aku tak hairan sikit pun dengan lawak bodoh dia tuh . aku langsung tak kisahlah ..bukan aku cinta pun. Perasan jewp kau nih mamat blurr.. errr meluat tahu tak..dan aku memang pantang kalau orang tiba-tiba mention nama Rakif..perlu ke dia perli aku guna nama orang yang aku cinta dan perlu ke dia buat ayat macam tuh... pagi-pagi lagi dah buat aku naik hangin..macam mana nak kahwin..jawapannya hari-harilah cerai. Rasa macam nak cekik-cekik jewp leher mamat nih...

BERSAMBUNG............... 

" Sweet ! Apabila Aisya Ieyka Menaip Entry =)) "

9 ulasan:

adkdayah berkata...

tetiba rasa jtuh hati dgn raimi..best la..^_^

Aisya Ieyka berkata...

@adk dayah hahaha . camtu plak erkkk .. nanti ada masa aisya sambung lagi tau . doakan aisya berjaya..coz aisya ada antar cerita nih dekat penulisan2u tapi diorg xbagi respon lagi :) :D

impian berkata...

dalam sehari rasanye aisya kena buat banyak part-part ni sebab dila akan suruh aisya sambung dan sambung.. serious nak tahu apa seterusnye.. hihihi.. (i support u dear) ^_^

kasi kejutan-kejutan sikit taw.. sebenarnye dila ni hantu novel hihi.. so dila memang suka baca hihi..

terus menulis lagi ye dear.. nti tag dila taw.. takot dila terlepas pandang :D

Dunia Zumal berkata...

Wah, makin berdebar nak tahu ape yang akan berlaku. Dengan mamat blur ke Rakif ?

Aisya Ieyka berkata...

@dilakhir hehehe .. okey okey dear ... aisya aka tag kamu . jangan isau okey :)

Aisya Ieyka berkata...

@Ahmad Zu Mal Md Rayi zumal rasa dengan sapa.nanti jangan terkejut plak tau kalau akhirnya memang tak dijangka.hehehe

Unknown berkata...

Garang nya Cik Aneesa tuu macam ika ann, hahahahaa..gurau jerr ..btw best citer nih, nanti buat suspen sikit baru best !!!yeeaahhh :D

Aisya Ieyka berkata...

@Princes Yuyue HEHEHE..akak nih .. ika garang macam tuh ke ? mana ada akak.. hehehe okey .. nti ika bt suspen punya . hehe :D thanks kak :)

mama iman berkata...

Ralit baca aihh
♡♡♡


Small Cute Purple Pointer