TERKILAN + HAMPA + SEDIH = FAKE SMILE :)

08:37 PAGI | RABU | 03 DISEMBER 2014
Assalamualaikum rakan-rakan blogger, tak sangka kan pejam celik pejam celik dah masuk bulan disember pun kita , tak lama lagi nak masuk tahun baru pulak . Rasa kejap jewp tahun 2014 nih berlalu, perubahan pada diri Aisya ? tak ada perubahan lagi kot masih sama. tak dapat sambung belajar dan kerja biasa-biasa jewp tak apalah sekurang-kurangnya kerja kan ? :)
Tipulah kalau Aisya kata Aisya tak terkilan langsung ofcoz lah terkilan bila tengok kawan-kawan semuanya sambung belajar tinggal Aisya jewp yang kerja susah payah macam nih tapi bila fikirkan balik mungkin ada rezeki lain untuk Aisya.
Hari tuh Aisya ada cerita dekat korang kan pasal Aisya pergi temuduga SPA tuh, urmm hampa dan kecewa sangat Aisya tak dapat nak sambung belajar. Aisya sendiri tak tahu apa yang tak kena mungkin memang bukan rezeki Aisya kot.Punyalah dia tanya soalan yang senang-senang siap senyum lagi dekat Aisya nih. Bila tengok reaksi diorang macam tuh Aisya ingatkan adalah can nak sambung belajar . rupanya .... urmmmm hampa.. :( 
Kebanyakan semuanya tak dapat sepupu dan kawan Aisya pun tak dapat jugak . time Aisya pergi temuduga tuh penemuduga ( hentam sajelah ) tuh cakap macam nih .. " awak umur berapa ? " dia tanya Aisya , Aisya pun jawablah 20 tahun .. Lepas tuh dia cakap " ohh muda lagi , awak banyak masa lagi"
Apa maksud diorang cakap macam tuh ? bukan ke nak sambung belajar muda-muda lah elok , takkan umur 30 tahun baru nak sambung belajar ,, pelik pun ada.
Sekarang nih mana kira muda ke tua, dengan keadaan ekonomi yang tak menentu macam nih semua orang perlukan kerja.
Semalam Aisya pergi beli barang keperluan seharian ,, belinya sikit jah tapi harga hampir-hampir rm100. Semua benda mahal sekarang nih , nak nak pulak sekarang nih Aisya pakai kereta dengan minyaknya lagi dengan cuci kereta lagi , alahai .. memang tak cukuplah gaji Aisya..
Dari bulan lepas lagi dok tangguh nak beli baju nak beli selipar , rasanya bulan nih Aisya terpaksalah tangguh lagi ,, ansuran kereta Aisya dah bayar dah untuk bulan 11 dan 12 , rasa lega sikit .. bulan 1 tahun depan kenalah berjimat balik .. 
Bunyi macam Aisya nih tak tahu nak bersyukur kan ,asyik mengadu jewp . Aisya mintak maaf , bukannya nak mengadu dan bukan tak bersyukur . Aisya bersyukur sangat dapat kerja, kerja pulak bukannya susah mana kadang-kadang bila takde kerja Aisya baca novel dan online jewp .. boring jugak sebenarnya tapi takpelah sekurang-kurangnya bukan buat kerja berat pun ..
kecewa+hampa+sedih= semua campur sekali . tabahlah wahai hati mungkin akan ada peluang yang lebih baik .. :) smile ..



" Sweet ! Apabila Aisya Ieyka Menaip Entry =)) "

4 ulasan:

Papaglamz berkata...

SemogaSemoga aisyahaisyah sentiasa gembira. Kom terjah blog papaglamz. Follow sekali yer.. Hehee

www.papaglamz.com

Unknown berkata...

alahaiiii nape sedih sangat nih? tak moh laa ngeluh gitu ..:)) .. nak cari side income tak? meh join bisnes akak, nnt akak guide .. meh meh :) *senyummm

Cikla Shahril berkata...

Slm jgn sedih dik.. rezeki ada dimana2. Yg penting usaha.

Jemput singgah

http://ciklapunyabelog.blogspot.com

cik.einaaa berkata...

banyakkan berdoa dan mengadu padaNYA..mungkin ada hikmah di atas apa yang terjadi. Smileeee :):)


Small Cute Purple Pointer