RAGAM TEMPAT KERJA xD

09:11 AM | RABU | 10 DECEMBER 2014
Assalamualaikum semua, rasa gatal plak jari nih sebab tuh hari nih update lagi. hehehe. Harap korang tak bosanlah baca apa yang Aisya tulis nih.
Korang pernah tak buat salah time korang baut kerja.? tak pernah ? bagusnya korang .
macam Aisya buat pertama kalinya dalam 5 bulan Aisya bekerja Aisya tersalah buat , hukhuk T_T nasib baik boss baik jadi Aisya tak kena marah. Aisya tak perasaan jugak buku yang Aisya fotostat tuh buku BAHASA ARAD , mestilah kena tape sebelah kanan kan . nak dijadikan cerita Aisya pergi tape sebelah kiri . pelanggan tuh datang balik dekat kedai suruh betul kan semula. gementar Aisya tau.
Mana tahu dia datang marah ke apa tapi Alhmdulillah dia tegur baik-baik . fuhh ! selamat :") boleh lah senyum semula..
Nih nak story mory sikit nih, korang pernah tak kena usha time korang bekerja.? PERNAH ? camne korang hadapi erkk benda nih. aishhh nih giliran Aisya pulak nak cerita dekat korang . dua tiga bulan lepas adalah dua orang lelaki nih datang nak fotostat katanya tapi tak banyak pun dalam dua tiga helai jewp. tapi korang nak tahu tak? diorang taknak balik.Puas Aisya suruh diorang balik, diorang kata diorang nak duduk rehat dulu.
Punyalah geram Aisya nih, sabar jela wahai hati. mata diorang tuh tengok tak berkelip dekat Aisya, takut ada nak marah pun ada. bukan setakat tengok jewp tersengeh-sengeh pun ya jugak , seram sejuk Aisya tau.
Kawasan yang Aisya kerja nih memang sunyi , tak banyak kedai buka walaupon tepi jalan jewp , maklumlah sekolah kan tutup kalau buka kedai pun bukannya orang datang sangat , lainlah time sekolah ..
Punyalah lama Aisya tugngu diorang gerak sejam lepas tuh baru diorang kemas nak balik. siap cakap macam nih lagi " nanti kitorang datang lagi ya " camtulah , eeee seram deng!!
tolonglah jangan datang lagi pergilah cari kedai lain kalau nak fotostat ..
Ada satu lagi kes nih macam nih, baru berlaku dua tiga hari lepas . Boss Aisya kan pergi indonesia bercuti jadi dia tak ada dekat rumah, yang ada Aisya dan pekerja baru kak Wani. nak dijadikan cerita , Aisya fotostat dan kak Wani pulak banner .time kitorang " ralek" tahu apa? tak kan .. maksudnya kusyuk buat kerja datanglah sorang laki nih , katanya nak fotostat, nak 3000 helai. Aisya cakaplah okey . boleh jewp.
lepas siap fotostat semua tuh ,, Aisya call dia cakap semua dah siap dah boleh ambil . dia pon datang,,siap bayar semua tuh tetiba minta no fon Aisya, tak bagi kang jadi bend lain pulak maklumlah pelanggan kan , bagi kang tak habis-habis nak mengacau.
Ceritanya pun bermula, dia cakap dia nak no Aisya sebab senang dia nak call kalau nak tambah bilangan fotostat, Aisya pun bagilah , mula-mula tuh nak bagi no boss . dia taknak. Aisya pun kira okeylah ..
Lepas dua hari tuh dia hantar msg dan dia call kata nak tempah fotostat , banner apa kebendanya. bla bla bla,,,
Aisya jawab okey camtu jela. Aisya pun panggil dia ENCIK , dia jewp yang panggil Aisya nih " Ieyka". Lepas tuh dia datang kedai , dia cerita pasal perempuan nama Ieyka,dia kata perempuan tuh muka tak malu mengorat anak kawan dia, gatal macam2 lagi lah. dia cakap perempuan nama Ieyka nih selalunya gatal.
Aisya buat muka seposen, apa maksud dia? dia nak cakap Aisya nih gatal ke apa. malas nak layan . lepas seminggu asyik berhubung sebab fotostat tiba-tiba dia hantar whatsapp dekat Aisya, dia cakap Aisya garang, takut dia . lepas tuh dia cakap kalau boleh dia nak buat Aisya nih jadi adik angkat dia. nak tahu apa yangAisya jawab ? HAHAHAHA
Aisya jawab macam nih maaflah,saya dah ramai abang dekat rumah.terima kasih." dia terus reply okey . hohoho . padahal dah tahu Aisya nih dah berpunya tapi tetap jugak nak usha..
pening betul dengan laki sekarang nih. layan cakap kita nih gatal. tak layan dia pulak yang ganggu kita.
Satu lagi cerita Aisya nak kongsi dengan korang , Aisya janji nih yang terakhir tak ada dah tambahan, macam nih Aisya pergilah kedai sebelah kedai Aisya nih , nak beli airlah konon-kononnya.adalah dua tiga orang nih panggil Aisya,Aisya pun pergilahorang tua kan takkan kita nak kurang ajar. diorang pon mulalah tanya Aisya kenapa kerja dekat situ ( CT ONE STOP CENTRE ) pekerja lama tuh pergi mana, kenapa boss kamu ambil pekerja muda,ada apa-apa ke nih ? macam tuh lah persoalan diorang. nak jawab kasar orang tua. tahan jela.. nak marah pun ada. dahlah cakap macam nih . " pekerja muda nih tak boleh percaya sangat.tengok-tengo menggatal dengan boss" . Aisya yang dengar nih dah capai tahap gunung berapi dah . boleh makcik-makcik nih cakap macam tuh, aishh kalau ikutkan hati dah lama dah Aisya bidas diorang, tapi sebab perasaan hormat nih masih ada Aisya tinggal diorang macam tuh saje...
tuhlah serba sedikit cerita yang Aisya nak kongsi dengan korang..
SAPE PERNAH ALAMI SEMUA PERKARA YANG AISYA CERITA ATAS TUH, MOHON ANGKAT TANGAN TINGGI-TINGGI. hehehe :) terima kasih semua sudi baca cerita Aisya nih . Assalamualaikum . smile :D
" Sweet ! Apabila Aisya Ieyka Menaip Entry =)) "

2 ulasan:

Julia Johari berkata...

Hi Aisya...ni kak julia ni *lambai2....sweet yer cerita adik ni, hehhehe pernah suatu ketika sebelum melanjutkan pelajaran di universiti sis bekerja sementara sebagai staf di cyber cafe...pernah buat kiraan salah utk pelanggan, duit short so bos pun marah depan2 customer...lg haru kan...plg best keje dulu sis pernah ajar org tua belajar komputer...rasa sgt seronok jd cikgu khas utk dia...aisya, biarlah apa orang nak kata pasal kita, janji bos faham cara kita kerja mcm mana...janji x curi tulang...aisya...all the best dik :) sis follow ye ur blog

Ahmad Zu Mal Md Rayi berkata...

Aisya nie banyak peminat rupanya... Apa pun teruskan semangat bekerja tu dan jangan lupa jaga diri ok ^-^

Small Cute Purple Pointer