PRAY FOR " PANTAI TIMUR " :)

10:55 AM | RABU | 24 DISEMBER 2014

Assalamualaikum semua . . . 
"Wahai Bumi Telanlah Air. Dan Wahai Langit Berhentilah Dari Curahan Hujanmu"
Bilalah agaknya hujan nih nak berhenti ya , dah lama sangat rasanya. :(
Makin lama makin bertambah pulak air banjir nih , kesiannya dekat penduduk GUA MUSANG DAN RANTAU PANJANG  dekat TANAH MERAH pon banjir tapi tak adalah seteruk dua tempat tuh .
Dengar cerita ada tanah runtuh ye, Tanah runtuh laluan Jeli / Gerik, 1 kilometer selepas R&R Banjaran Titiwangsa menghala ke Gerik. katanya kereta Wira dan sebuah lori ayam jatuh ke dalam gaung tapi kedua-dua mangsa selamat.Alhamdulillah..
MasyaAllah macam manalah dengan rakyat kelantan sekarang nih, gerun plak rasa, pelajar-pelajar U rasanya kena stay dekat U lah , kalau nak balik jugak kena guna kapal terbanglah, dah memang tak ada laluan dah nak balik ke Kelantan.
Kejap tadi Aisya adalah baca yang PDRM dah sahkan kalau hujan berlarutan kemungkinan akan di umumkan darurat. Sekarang nih Kelantan dan 100% terputus hubungan dengan negeri luar, yang tinggal jalan THAILAND jewp lepas tuh kapal terbang. Hujan-hujan macam nih nak naik kapal terbang pun rasa takut. 
Pagi tadi time Aisya nak hantar anak saudara Aisya ke kelas tambahan, kawasan tuh penuh dengan kereta jewp,depan sekolah orang ramai "pakat" berkumpul, rupa-rupanya sekolah dia dijadikan tempat pemindahan bagi mangsa-mangsa banjir.Punyalah susah nak U-TURN.semua jalan dah penuh dengan air, terpaksa lah jugak masuk ke kawasan sekolah, Anak saudara Aisya tuh terpaksa hantar semula balik rumah , nasib baik bukan Aisya yang drive tapi abang, hehehe kalau tidak memang sah-sah tak lepas dah. Bermalam dekat sekolah jugaklah nampaknya. hehehe
Ada jugak yang Aisya baca pasal dok mengutuk NEGERI KELANTAN, kenapa lah diorang nih tak ada kerja sangat ye, kalau tak mampu nak doakan keselamatan kami tak payah kot nak kutuk pape. Buat tak tahu jela .
Mungkin diorang tak kena apa yang kami kena so diorang boleh lah cakap sesedap mulut diorang jewp.



GAMBAR LAMA , tapi yang jalan runtuh tuh paling barulah , YA ALLAH YA TUHANKU SELAMATKAN KAMI RAKYAT PANTAI TIMUR. semoga dipermudahkan segalanya . amin :)

" Sweet ! Apabila Aisya Ieyka Menaip Entry =)) "

3 ulasan:

kak T berkata...

teruk sungguh banjir kali ni kan?

Cik_Shiqah berkata...

Moga Allah permudahkan segala urusan. Amin. Terus berdoa padaNya. In shaa Allah bantuan akn tiba daripadaNya. Yg pntg jangan putus asa n terus berdoa.

zinziemeewah berkata...

sedih kan tengok.. kesan lepas banjir tu lg la sedih. ada yg memg hlang smua bnda, tgal sehelai sepinggang..huhuhu

zinziemeewah


Small Cute Purple Pointer