Assalamualaikum ,, :) nih dia sambungan e-novel aisya ..sebenarnya aisya buat semalam lagi benda nih taip tak sempat nak letak dalam entry blog.. jemput baca ya ...
HILYA ANESSA| RAIMI ISKANDAR | HILYA SOFEA | RAKIF HELMI
Masa berlalu dengan pantas tanpa aku sedar jam sudah
bergerak ke angka empat,adoi malas pula rasanya nak pergi ke bilik papa kang
macam-macam pulak soalannya, kalau tak pergi Intan pulak yang susahnya.Sekarang
nih perasaan aku dalam dua sama ada mahu pergi sendiri atau suruh saja si Intan
yang bagi.Setelah berfikir panjang aku terus bangun dan membuat keputusan untuk
menghantarnya sendiri nanti pandai-pandai lah aku kelentong kalau papa tanya
pape kan ..
Dari jauh aku sudah nampak kelibat setiausaha papa yang
memang setia sangat nih,semua yang berlaku dalam pejabat nih dia report dekat papa.
“ hai Kak Su” aku lemparkan senyuman yang paling manis..
“hai Cik Anessa. Nak jumpa Dato ?” soalnya kepadaku. Aku
mengiakan saja..pantas betul tangannya menekan butang di telefon,Kedengaran suara
papaku menyuruh aku tunggu di luar.nak masuk bilik papa sendiri pun susah
punyalah ketat kawalan. Aku mengeluh sendirian ..
“ Cik Anessa duduklah dulu nanti bila Dato dah siap
meeting saya akan suruh Cik masuk ya.” Jelas Kak Su...
Situasi yang sangat pelik tanpa berfikir panjang aku
terus melangkah ke pintu bilik papa tapi belum sempat aku memulas tombol pintu
Kak Su terus memegang tangan ku.
“ Cik Anessa kejap .. Cik nak minum air apa ? saya boleh
buatkan lagipun Dato ada discussion dengan client dia mungkin Cik boleh tunggu
sambil minum.” Cadang Kak Su padaku . pelik pulak kalau difikirkan balik macam
tak logik saja. Aku mengerling jam di tangan sudah pun pukul 4.20 petang takkan
lah masih ada client datang jumpa dengan papa,selalunya papa takkan buat
discussion petang-petang macam ni .
“minum? Apa pelik sangat Kak Su nih?selalunya papa mana
ada meeting petang-petang macam nih Kak Su.papa,dia tak suka buat meeting waktu
petang selalunya belah pagi saja.boleh beritahu dekat saya siapa nama client
tuh?” tanya ku, ada benda yang tak kena nih.bila aku tenung wajah Kak Su, aku
nampak dia keresahan.kenapa sebenarnya nih ada yang tak kena ke.
“Kak Su kenapa nampak gelisah saja,ada yang tak kena ke?
Siapa client yang meeting dengan papa saya? Saya kenal ke orang tuh?” soal ku
lagi, tak boleh jadi nih aku kena jugak siasat.paksa pun paksalah yang penting
Kak Su beritahu padaku.
“ Cik Anessa tak kenal client Dato.urmm apa kata Cik
tinggal saja fail-fail yang cik sudah semak itu nanti bila Dato sudah siap
meeting saya beri pada Dato.macam mana cik ?” saat tuh aku rasa tak sedap hati
macam ada benda yang papa sembunyikan dari aku,nih mesti berpakat dengan PA dia
sekali.nih tak boleh jadi aku kena jugak serang bilik papa kalau aku nak tahu
apa yang berlaku sekarang nih..
“ kalau saya nih tak kenal client papa kenapa Kak Su tak
bagi saya nak masuk bilik papa? Bukannya saya nih orang lain Kak Su, saya nih
anak CEO, pemilik syarikat nih.saya tak kira saya nak masuk jugak.Kak Su jangan
ingat saya nih bodoh ya,saya tahu Kak Su dan papa sembunyikan sesuatu dari
saya.” Marahku... Belum sempat Kak Su memegang bahuku,aku sudah pun menolak
daun pintu. Saat daun pintu terbuka aku tergaman melihat kelibat insan yang
cukup aku kenali.
“ Rakif....” panggil ku, nafas ku turun naik, kaki ku
lemah untuk berdiri.Rakif dan papa memandang wajah ku dengan reaksi yang amat
terkejut mungkin mereka tidak menyangka aku akan menyerbu masuk seperti ini .
“apa semua nih papa? Rakif?” tanya ku dengan suara
tenggelam timbul. Ya Allah apa yang berlaku nih.kenapa Rakif bersama dengan
papa. Airmataku mengalir aku tak faham dengan situasi yang berlaku di depan aku
saat ini realiti atau mimpi.
“ Iya.. sayang bawa bertenang.apa yang Iya nampak tak
sama dengan apa yang Iya tengah fikir papa dengan Rakif.. kami.. kami ..” belum
sempat papa habiskan bicara aku terlebih dahulu memotongnya dengan nada yang
amat marah dan kesal ..
“ kami apa papa? Kami apa? Jadi nihlah sebabnya Rakif nak
tinggalkan Iya.sebab papa yang suruh dia sebab papa yang selalu ganggu hidup
dia. Kenapa papa?apa yang dia buat dekat papa sampai papa buat macam nih?”
jerit ku dengan kuat..
Saat itu Rakif bersuara mungkin dia tak nak kami anak
beranak bergaduh ..
“ HILYA ANESSA jaga mulut you.you sedar tak yang you
tengah bercakap dan yang you jerit-jerit nih siapa hah ? nih papa you orang tua
you.you sedar tak nih? jangan kerana sebab i, you nak jadi kurang ajar macam
nih dengan parents you.” Rakif memandang mata ku dengan penuh kekesalan. Papa
mengeluh dan Kak Su pula menundukkan wajahnya..
“ sayang dengar penjelasan papa dulu lepas tuh kalau Iya
nak buat keputusan apa-apa pun Iya buatlah.
Papa suruh Rakif datang ke pejabat papa untuk bagi nih pada dia” papa
menunjukkan sekeping kertas kepadaku. Bila aku lihat dengan teliti aku pasti
itu adalah cek.
“ Cek? Untuk apa papa? Itu syarat untuk tinggalkan Iya
ke?” tanya ku dengar nada yang masih bengang dan marah .
“ Rakif .. itu cek kan?kenapa you perlu ambil cek tuh?
Kenapa you perlu datang ke office papa i? Kenapa? Apa maksudnya dengan cek itu
papa?” persoalanku satu pun tidak dijawab oleh mereka.mereka hanya diam tanpa
kata.
“ jawablah.kenapa semua orang diam? Cek itu untuk
apa.. PAPA.. RAKIF ..” laungku dengan
kuat..jeritan aku yang kuat memeranjatkan staf yang sedang bekerja.sekarang nih
aku langsung tak kisah apa pandangan staf padaku.aku betul-betul ingin tahu apa
tujuan papa beri cek itu pada Rakif.tangisanku semakin kuat ..
“ kenapa semua orang diam?papa, Iya nih betul-betul anak
kandung papa ke?kenapa papa buat macam nih sekali dekat Iya?jawablah papa.”
Tanya ku dengan tangisan yang sedu sedu.
Setelah agak lama mereka menyepi akhirnya papa bersuara..
“Iya..papa buat semua nih untuk kebaikan kamu,tolong jangan salah faham, papa ada sebab yang tersendiri kenapa papa tak boleh benarkan kamu kahwin dengan Rakif walaupun kamu mencintai dia dan papa jugak tahu Rakif pun mencintai kamu tapi dia bukanlah calon suami yang terbaik untuk kamu, Rakif sendiri pun tahu semua nih. kan Rakif ?...” tanya papa kepada Rakif. papa memandang wajah Rakif untuk meminta kepastian begitu juga aku tapi Rakif pula menunduk bisu tanpa berkata apa-apa pun. Sayu hatiku memandang wajah Rakif yang diam itu.
Otak ku mejadi bingung dan lidah ku menjadi kelu untuk berkata-kata, rasanya
tidak ada guna lagi aku berdiri di situ,aku terus meninggalkan Rakif dan papa
tanpa menoleh sikit pun.
“ Maafkan saya terpaksa menyakitkan hati awak sampai macam itu sekali tapi apa yang saya cakapkan tadi saya maksudkan nya.” Papa terus menghulurkan cek tersebut kepada Rakif, Rakif memandang cek ditangan papa tanpa berkelip.
" saya tak perlukan cek itu Dato, kalau Dato rasa dengan cek itu saya akan lupakan Hilya saya betul-betul minta maaf,saya tak dapat lakukannya.saya dah cuba sedaya upaya saya untuk pujuk Hilya tapi kalau dia masih lagi berdegil itu bukan urusan saya lagi.tolong jangan ganggu family saya tolonglah.walaupun saya nih miskin saya tetap ada maruah Dato." Rakif menepis tangan papa yang sedang menghulurkan cek kepadanya dan dia pun terus berlalu pergi ..
papa memandang langkah Rakif dengan penuh kemarahan..
Saat itu aku yang sudah pun sampai ke bilikku terus mengemas apa yang patut, airmata yang mengalir ku sapu tapi semakin aku sapu semakin kuat ia mengalir.hati ku terasa sakit yang amat.Intan yang kebetulannya masuk kebilik ku terkejut melihat aku menangis tersedu-sedu dibawah meja..
" saya tak perlukan cek itu Dato, kalau Dato rasa dengan cek itu saya akan lupakan Hilya saya betul-betul minta maaf,saya tak dapat lakukannya.saya dah cuba sedaya upaya saya untuk pujuk Hilya tapi kalau dia masih lagi berdegil itu bukan urusan saya lagi.tolong jangan ganggu family saya tolonglah.walaupun saya nih miskin saya tetap ada maruah Dato." Rakif menepis tangan papa yang sedang menghulurkan cek kepadanya dan dia pun terus berlalu pergi ..
papa memandang langkah Rakif dengan penuh kemarahan..
Saat itu aku yang sudah pun sampai ke bilikku terus mengemas apa yang patut, airmata yang mengalir ku sapu tapi semakin aku sapu semakin kuat ia mengalir.hati ku terasa sakit yang amat.Intan yang kebetulannya masuk kebilik ku terkejut melihat aku menangis tersedu-sedu dibawah meja..
“ Ya Allah cik.. kenapa menangis nih cik? Apa yang
berlaku nih?” Intan menggosok bahu ku supaya aku bertenang tapi apakan daya aku
tak mampu nak menahan lagi.aku terus menangis dan menangis.Agak lama jugak aku menangis akhirnya aku mampu menenangkan hati aku yang terguris ini. Dengan suara serak dan airmata yang masih lagi terisa aku meneruskan jugak kata-kata ku ..
“ Intan.. dengar sini saya nak pergi jauh dari sini tapi awak janji satu benda dengan saya, awak
jangan pandai-pandai beritahu sesiapa pun saya nak pergi kemana walaupun papa dengan mama saya yang tanya awak.rahsiakan hal ini.hanya awak dan saya saja
yang tahu, faham tak nih,?” Intan
dengan rasa serba salah terus berjanji dengan ku .Aku terus
mengelap airmataku dan berdiri untuk beredar,manakala Intan pula terpinga-pinga
dengan perbuatanku ..Tanpa pamit aku terus beredar ketempat rahsia yang ingin
ku tuju. Tempat rahsia itu hanya aku yang tahu .
5 ulasan:
Aaaa lagiiii..nak lagiii
:D
Lama dah tak tengelam dalam novel2 ni
Ke mana pula Aneesa nak lari tu? Tak sabar nak tau apa kesudahan cinta mereka ^_^
wahhh..why?? sanggup rakir..xpe..raimi ado..hoho
ala, smbg cpt.. bez plak bce..
:D
Done follow
Fllow saya : http://adindasygkekanda91.blogspot.com/
Thanks <3
Catat Ulasan