Assalamualaikum , hoho lamanya tak update status,, entry blog pon dah berhabuk . lama ke tunggu sambungan E-Novel aisya ? allo kesiannya,sorrylah sekarang nih aisya selalu busy dengan aktiviti lain maklumlah tak lama nak temuduga SPA. hoho doakan aisya dapat buat yang terbaik ya , thanks korang . love YOU..
jemputlah baca sambungan nih. kesian dekat korang kena tnggu lama macam nih :) ENJOY *.*
HILYA ANESSA| RAIMI ISKANDAR | HILYA SOFEA | RAKIF HELMI
Siang berganti malam papa dan mama
kegelisahan menunggu kelibat ku yang masih lagi belum muncul di perkarangan rumah.Hujan
renyai-tenyai membasahi perkarangan rumah ku.
“ mana Iya nih abang? Kenapa dia tak
balik-balik lagi,tengoklah hari pun dah malam selalunya sebelum pukul 6 dia dah
terpacak depan pintu rumah nih paling-paling lewat pun pukul 10.sekarang nih
pukul 12 malam dah abang..risaunya saya.” Luah mama kepada papa.Bukan saja mama
yang risau sebenarnya papa juga turut sama risau, tambah pula papa tahu
penyebab kenapa aku masih lagi belum pulang ke rumah ..
“ sabarlah Mah , bukannya Mah sorang
saja yang risau abang pun risau juga nih.cuba bawa bertenang.” Sambung papa.
Aku mengerling ke arah telefon ku,
sudah masuk 40 kali telefon ku berdering tapi satu pon tidak dijawab,aku tahu
siapa gerangan yang menelefon ku berkali-kali itu tak lain dan tak bukan mesti
papa. Buat masa sekarang aku taknak fikir soal kerja atau soal kahwin,terlalu
banyak fikir pun bukannya boleh menenangkan aku menyerabutkan lagi kepala aku
nih adalah.Niat di hati nih nak saja tukar nombor telefon lain tapi bila
fikirkan balik nombor telefon yang aku guna ini hadiah dari Rakif tak sampai
hati pulak aku nak buang,guna jela..kalau dah malas sangat nak angkat aku buat
tak tahu saja.
Setelah 3 jam aku memandu akhirnya
aku sampai juga ke destinasi yang ingin aku tuju.’TANAH TINGGI CAMERON HIGHLANDS’besar
betul labelnya,aku terus keluar dari kereta untuk mencari tempat yang sesuai
untuk aku menyewa tetiba aku rasa sejuk pulak, aku balik semula ke kereta ku
dan terus mencapai jaket dan menyarungnya ke tubuhku. Segarnya udara disini
rasa tenang saja.Sebenarnya dah lama aku teringin nak datang ke sini tapi
disebabkan urusan kerja pelajaran semua sekalilah aku terpaksa batalkan niat
aku tuh sekarang nih bila dah ada peluang keemasan lebih baik aku buat ..Amannya
dekat sini dengan suhu sejuk lagi,pernah lah dulu aku cerita dekat kawan-kawan
sekolah yang aku teringin nak tinggal dekat cameron highlands,diorang tanya
kenapa.aku jawab sebab tempat tuh sejuk,aku nih suka sangat tempat yang
sejuk.bila saja kawan-kawan aku dengar penjelasan dari aku diorang terus ketawa
terbahak-bahak,diorang kata aku nih memang gila tak pernah-pernah ada orang
yang suka dengan cuaca sejuk tetiba aku nih suka.kenapa bukannya pelik
pun,semua orang ada tempat yang mereka ingin tuju.bagi aku pulak korea lah
tempat yang paling aku suka,aku harap suatu hari nanti aku akan pergi ke sana
dengan bakal imam aku . hehe
Pejam celik pejam celik sudah
seminggu aku berada di Tanah Tinggi ini,suasana nya yang nyaman membuatkan aku
tak sedar masa berlalu dengan pantas.Ditambah pula dengan orangnya yang
ramah..First time aku sampai dekat sini aku tak tahu sangat selok belok jalan
disini..aku ikut jela signboard yang ada di tepi-tepi jalan nih, fuhh penat
gila bila salah jalan dan terpaksa u-turn balik.Apa yang ada dekat sini
semuanya aku berpuas hati Cuma adalah satu benda yang memang aku yang tak puas
hati sangat , makanannya..Sudah seminggu aku berada dekat sini tak ada satu
kedai pun yang jual makanan ala-ala kampung ke apa yang ada buffe dan nasi
arab.. aku memang tak makanlah makanan macam tuh.bila dah jadi macam nih nak
taknak aku kenalah jugak masak,bila fikir balik menyesal pulak aku tak tinggal
dekat hotel,kalau tinggal di hotel kos pembayarannya pulak mahal kalau homestay
macam nih murahlah sikit tambah-tambah pulak aku tinggal lama macam nih
bolehlah minta diskaun.Tak apalah asalkan aku happy cukuplah..
Aku bersiap-siap untuk keluar
jalan-jalan, hampir semua tempat aku sudah pergi, ladang tea yang aku tengok
dalam filem OMBAK RINDU pun aku dah pergi,,memang cantik tapi punyalah penat
bila nak naik balik ke atas, time turun tuh memang excitedlah.Sebenarnya ada
jalan mudah untuk aku sampai ke bawah tapi aku takut sebabnya jalan tuh licin
lebih baik aku ikut jalan jauh tapi selamat.Seronok pula bila aku tengok satu
keluarga ini,mesranya mereka. Time aku duduk termenung dekat air terjun di
bharat tea aku terdengar satu family nih buat kelakar.memang kelakar
habislah.Ada satu pasangan nih konon-kononnya romantiklah kot “ eh awak awak
tengok tuh ada kerengga lah awak.tengoklah awak ada kerengga dekat pokok tuh.”
Aku pun pelik apa lah yang excited
sangat dengan kerengga diorang nih tak pernah tengok ke kerengga..
“ a’ah ,,banyaknya kerengga .
hehehe” jawab pasangannya..tetiba aku pula yang terasa malu dengan pasangan
itu,romantik tak bertempat..
Family yang aku cerita tadi pun cuba
mengajuk mereka..si adik nih mencuit lengan si abang,aku yang berada disitu
tertanya-tanya apa yang diorang nak buat sebenarnya tuh.
“ eh abe,,abe tengoklah tuh.ado
kerenggo lah abe..ado KERENGGO.” Kata si adik tuh.. la orang kelantan
rupanya..bila aku dengar si adik tuh cakap macam tuh aku memang dah rasa
kelakar dah, tetiba si abang nih menjawab.. “ hola adik ,, ado kerenggo ...
kero lah goo” diorang terus ketawa pasangan tadi terus beredar dengan muka yang
sangat marah.aku yang blur nih masih tak faham kenapa diorang marah tapi bila
aku ulang dan ulang ayat kero lah goo tuh baru aku faham . hahaha memang
kelakar, patutlah pun pasangan tuh marah. Macam-macam diorang nih mesti diorang
pun tak tahan dengan pasangan kekasih tuh romantik sangat tadi. Terhibur betul
aku dengan lawak diorang tadi,memang kelakar.. ada ke patut cakap macam tuh nasib
baik aku duduk jauh dengan diorang kalau tidak dengan aku-aku sekali dia
mengajuk ..malulah aku hehe.
Tengah syok-syok layan feeling nih
tetiba ada suara memanggil namaku,takkanlah ada orang yang kenal aku dekat sini
..
“ Anessa ...” laung suara terkejut..
Alangkah terkejutnya aku apabila aku berpaling aku melihat kelibat insan yang
memang aku taknak jumpa sangat-sangat nih ..
“ hye Nessa ,, buat apa dekat sini?”
tanya pemilik suara itu,saat itu aku tergaman dan keras seperti patung cendana.
“ Nessa,, bila awak jumpa saja
dengan saya mesti awak akan buat reaksi muka yang macam tuh, muka macam nampak
hantu.. aishh kenapa nih” dia mencuit lengan ku.. aku tersedar dari lamunan.Ya
Allah kenapa mesti mamat nih yang aku jumpa..aku taknak jumpa dia..
“ awak,,,awak ..awak buat apa dekat
sini” tanya ku dengan suara yang tersekat-sekat ..
“ aiii sejak bila pula awak jadi
gagap macam ni nih Nessa,setahu saya awak bukannya macam nih.” sambungnya..
“ saya tanya awak baik-baik nih
Raimi Iskandar,awak buat apa dekat sini dan macam mana awak boleh ada depan
mata saya sekarang nih .” tanya ku dengan nada yang marah ..
“ relax lah sikit janganlah asyik
nak marah saja sayang, okey macam nih i ada urusan dekat sini lebih kurang
macam outstation lah. You pulak buat apa dekat sini bukan ke sekarang nih kerja
atau you ponteng kerja nih?” gurau Raimi siap dengan ketawa pecah perut dia
lagi,aku yang tengok nih rasa macam nak sepak saja lelaki nih jauh-jauh.
“ tak payah nak loyar buruk
sangatlah Raimi mana ada orang outstation dekat tempat yang macam nih,bising
dengan ramai orang macam nih,awak tak payah nak kelentong saya,sekarang nih
cakap betul-betul dengan saya macam mana awak boleh sampai ke sini? Cakaplah.”
Desak ku.
“ kan saya dah cakap tadi saya ada
kerja dekat sini dan kebetulan pulak saya nampak awak jalan-jalan dekat sini
saya tegurlah,saya pun terkejut jugak tau tengok awak tadi..” jawabnya..
Aku memang tak puas hati betul
dengan jawapan yang diberikan oleh Raimi tadi,mana mungkin kami boleh berjumpa
secara kebetulan.takkanlah semua benda kebetulan..
“ tapi kan awak tak rasa ke sayang
yang kita ni memang dijodohkan bersama,mana taknya kita asyik terserempak saja”
sambung Raimi lagi.aku yang dengar nih memang panas telingalah .macam tak ada
kerja lain pulak asyik jodoh saja yang dia tahu.. tak ada jodoh dia tak fikir
pulak semua benda dia nak berjodoh.
“awak nih kan tak habis-habis dengan
jodoh awak tuh kan.dah awak yang ikut saya kemari jodoh apa bendanya tuh,tuh
bukan jodoh tapi awak yang buat macam kita nih ada jodoh,faham tak ?” terangku.
Raimi ketawa terkekeh-kekeh. Apa yang kelakar tuh aku pun tak tahu,apa punya
mamat blurlah benda tak kelakar pun ketawa sampai macam tuh sekali dah macam
jihan rajalawak pulak aku nih bila tengok dia ketawa macam tuh.
“ serius sayang, i tak buat semua
nih.eh i pun ada class jugak tau bukannya terhengeh-hengeh dekat perempuan
sangat dah kebetulan jumpa tegurlah.kang tak tegur you cakap dekat papa you
yang i nih sombong pulak ..” terang Raimi kepadaku, yang nak ber i you bagai nih
kenapa pula mamat nih. ke tambah jadi sewel pulak , hari tuh blur sekarang nih
sewel pulak . hah sesuai lah sangat tuh dengan kau mamat blur dan sewel.
Tanpa menghiraukan Raimi aku terus
berjalan mendaki bukit,adoi penatnya kenapalah aku turun tadi , kalau aku tak
turun mesti aku tak jumpa mamat nih.mulut ku yang terkumat kamit ditegur oleh
Raimi.
“ mulut tuh kenapa? Ke Nessa
mengumpat pasal Raimi nih?” duganya ,saat itu aku menjadi nervous tak tahu nak
buat apa.Ketika kaki ku ingin melangkah ke depan tetiba saja aku tak dapat nak
mengimbangi badan ku,nasib baik Raimi sempat memegang tangan aku kalau tidak
memang sah-sahlah aku tergolek macam bola bowling kat bawah bukit tuh.
“ eh cuba jalan betul-betul sikit.”
Jerkah Raimi kepadaku,aku terkejut selama nih mana pernah Raimi jerkah ku
seperti itu selalunya akulah yang suka tinggikan suara dengan dia,aku terdiam
tanpa kata.tiba-tiba saja airmata ku ini mengalir laju tanpa aku menyedarinya.
Raimi memandang wajah ku dengan muka yang bengis seperti harimau dah lagaknya.
“ takkan saya tegur sikit awak dah
nangis Nessa dah sah-sah awak buat salah dan benda nih bukannya sikit,bayangkan
tadi kalau saya tak sempat nak capai tangan awak,awak dah tergolek jatuh kat
bawah tuh tau.selalunya awak tak manja macam nih.takkan saya tegur sikit macam tuh
pun airmata awak dah keluar.” kuat jugaknya mamat nih membebel,aku ingatkan aku
saja yang perangai macam tuh.aku Cuma mampu menangis dan tak mampu nak jawab
apa-apa.aku biarkan saja dia marah sorang-sorang.
2 ulasan:
Lagiiii
baru nak filing2 dah abih
ngeeee
:D
setia menanti
Kisah nie buat zumal ternanti-nanti apakah endingnya ^_^
Catat Ulasan