DIA JODOHKU ! PART 6

10:10 PM | SABTU | 20 SEPTEMBER 2014
Assalamualaikum rakan-rakan semua.maaf sangat-sangat coz dah lama sangat Aisya menyepi langsung tak update blog nih..Kesian korang terpaksaa tunggu lama untuk sambungan E-Novel Aisya..Aisya janji kalau ada masa yang terluang Aisya akan cuba update yang baru okey :) jemputlah baca sambungan part 6 ...

HILYA ANESSA| RAIMI ISKANDAR | HILYA SOFEA | RAKIF HELMI

“ suka hati awaklah malas saya nak layan.” Raimi tersengeh-sengeh memandang ke arahku.
Jam menunjukkan pukul 1.50 tengahari, bilalah agaknya mamat nih nak gerak erkk.aku nih solat pon tak lagi dahlah tadi aku keluar office awal kang masuk lewat aku jugak yang kena dengar leteran papa adoiii .. 
“ bila nak gerak nih?tak  siap lagi ke makan tuh?cepatlah sikit dari tadi saya tunggu awak.berapa lama lagi awak nak bertapa dekat restoran nih.?” tanya ku lagi .. 
bertubi-tubi aku menyerangnya. Bosan campur geram semua ada, bukannya nak makan cepat sikit nih duduk main kenyit-kenyit mata dengan perempuan tuh.apa yang dapatnya,geram betul aku ..
“ Raimi Iskandar.....” laung ku . boleh pulak dia buat tak tahu bila aku bercakap,manusia mana yang tak geram bila kita tengah bercakap dia main benda lain ..
“ye ye ye.. apa dia sayang? Kejaplah tinggal sikit je lagi nih kalau tak habiskan kata membazir pulak.” Aku menjeling 180 darjah kearah nya.macam-macam alasan erkk kau bagi dekat aku macamlah aku nih tak ada mata dari tadi aku nampak kau dok main mata dengan perempuan tuh..
“ Raimi.awak nak makan ke awak nak ayat perempuan tuh? Pilih salah satu.dari tadi lagi saya sabar dengan kerenah awak,apa masalah awak sebenarnya nih?yang keluar makan dengan awak tuh saya,bukannya dia kenapa awak tak pandang saya macam awak pandang perempuan tuh.” Tanya ku .. ketika itu Raimi tiba-tiba saja memusingkan badannya ke hadapan meja dan memandang ke arah ku dengan matanya sikit pun tak berkelip.
 “ ulang balik apa yang awak cakap dekat saya tadi sayang ? apa dia?” tanya Raimi padaku dengan suara yang agak kuat.. masa tuh aku memang kaget sangat-sangat,aku ada buat salah ke sampai Raimi pandang muka aku nih macam nak telan saja.
“mana ada apa-apa . teruskan lah kerja awak tuh.makan perlahan-lahan ya dan pandanglah perempuan tuh puas-puas saya tak halang lagi dah ..
“Nessa,,, sebenarnya Nessa nih ada perasaan dekat Raimi ke ?kalau tidak kenapa Nessa nak meradang macam nih,Raimi pandang jewp bukannya nak mengurat dia,yang depan mata Raimi nih pun tak terjaga nak mengurat perempuan lain pulak memang taklah jawabnya” apa punya soalan tuh buat aku terkejut saja.eleh poyo ayat padahal nak tukar topik macamlah aku nih tak tahu .
“ apa yang awak mengarut nih.?bila masa pulak saya sukakan awak,sikit pun tak ada dalam hati nih perasaan suka dekat awak okey, keadaan yang macam tadi tuh biasalah saya memang tak boleh kalau orang tak beri perhatian pada saya bila saya tengah bercakap bukannya ada maksud yang tersurat dan tersirat pun . tak apalah kalau macam tuh saya nak baliklah ke officelah,kalau nak tunggu awak pon rasanya lambat lagi,lagipun  saya nih belum menunaikan yang wajib lagi..” jelasku.
“ okey..okey .. dah nak siap nih,tunggu kejap saya pergi bayar dulu.tunggu tau jangan nak pergi kemana-mana” aku turutkan saja katanya.
Setelah selesai semuanya aku membuat keputusan untuk beredar terlebih dahulu,ingatkan nak singgah dekat masjid dulu untuk menunaikan solat zohor.kang lengah-lengah nanti terbabas pulak lebih baik aku tunaikan dulu apa yang wajid.aku singgah dekat masjid yang berdekatan dan terus solat ..
Lega rasanya bila dah selesai,aku terus beredar.Jam menunjukkan pukul 2.30 petang.. aku segera masuk ke pejabat ku,dari jauh lagi aku sudah nampak Intan kegelisahan,mata kami bertentangan Intan terus jalan kearahku dan menerkam ku.
“ Cik pergi mana?puas saya call langsung cik tak angkat,cik tahu tak saya risau tambah pulak dengan Dato asyik tanya pasal cik jenuh saya nak menjawabnya cik.” Tak sempat nak duduk lagi si Intan nih dah datang menyerangku. Kesian pulak aku tengok Intan nih.
“ sabar-sabar Intan, cuba awak bawa bertenang dulu.” Tegurku ..
“macam mana saya nak bertenang cik,cik tiba-tiba saja hilangkan diri.fail-fail banyak yang perlu disemak cik,pukul 4 petang Dato nak fail tuh cik.” Terang Intan, setakat semak fail tuh sebenarnya bukan masalah besar pun tapi Intan nih gabra lebih adalah tuh yang tak kenanya.
“ okey-okey,saya minta maaf sangat sebab keluar tergesa-gesa tadi,awak jangan risau masalah fail ke Dato ke saya akan selesaikan sendiri,pandai-pandailah nanti saya jawab okey.awak dah makan ke” tanyaku...
“belum cik,saya tak makan lagi.macam mana nak makan kalau saya asyik fikir pasal cik saja.” Jelas Intan dengan muka sedikit monyok. Kesiannya dekat Intan dapat bos pentingkan diri macam aku nih.
“macam nih,awak keluar makan dulu nanti pandai-pandailah saya uruskan yang lain tuh.Awak tak payah nak peningkan kepala awak nak fikirkan pasal nih,saya akan uruskan semuanya.tugas awak sekarang nih pergi makan..okey?”
“ macam mana saya nak pergi makan cik?sekarang nih waktu kerja bukannya makan dah..”dengan muka yang sedih Intan terus beredar ke kerusinya.adoiii tiba-tiba perasaan bersalah menyelubungi hati aku nih.aku berjalan ke arah meja Intan dan memujuknya untuk makan, mungkin nih first time dalam sejarah kot bos pujuk pekerja..hahaha ada aku kisah ? tak kisahlah dah aku yang buat salah takkan aku nak diamkan diri saja tak tenteram jugak hati aku nih..
“ Intan pergilah makan,saya benarkan awak keluar. Tak bestlah kalau setiausaha saya yang cantik nih sakit nanti saya nak gaduh dengan sapa?nak kawan dengan sapa? Dengan awak je tau saya boleh buat perangai macam tuh.” Sengaja aku cutekan wajahku yang sememangnya tak cute nih untuk hiburkan hati pekerja aku yang sememangnya sensitif nih...
“ betul ke saya boleh keluar nih cik?” tanya Intan, Aku segera mengangguk kepala mengiakan pertanyaan itu..Intan melangkah dengan penuh kegembiraan..happy betul setiausaha aku nih tadi kemain masamnya muka..macam-macam ragamlah budak office aku nih..
Aku segera menyiapkan kerja-kerja ku yang tertangguh itu . Sebenarnya aku bercadang untuk pulang awal ke rumah badan nih penat sangat rasa macam tak mampu nak buat kerja tapi nak buat macam mana bila fikir balik keresahan si Intan tadi aku gagahkan jugak untuk siapkan semuanya...
Fikiran aku masih lagi kusut fikirkan hubungan ku dengan Rakif yang tak ada kesudahan nih tambah pulak dengan si Raimi yang memang tak putus asa tuh. pening sangat kepala nih,bestnya kalau ada adik-beradik ramai nih bolehlah kongsi masalah nih dengan diorang.Ada seorang adik pun tak guna selalu saja bagi masalah pada aku sekali pun tak pernah buat aku gembira.Semua yang jadi dalam hidup aku sekarang nih berpunca dari dia.mama dan papa pulak bela sangat si Sofea tuh,apa aje dia buat betul aku nih jewp yang salah di mata diorang.Penat jugak jadi anak sulung nih tanggungjawab besar..Sofea pulak senang hati saja lepas tangan macam tuh sedangkan puncanya datang dari dia..nak marah pun tak ada gunanya bukan Sofea ada depan mata,kalau dia ada depan mata aku sekarang nih tak lama aku cincang lumat-mulat..geram betul ...

" Sweet ! Apabila Aisya Ieyka Menaip Entry =)) "

6 ulasan:

mama iman berkata...

:D nak lagi

Dunia Zumal berkata...

Zumal pun cam Nessa tu adik beradik tak ramai. Bila ada masalah kena pendam je la. Nak tunggu episod seterusnya la ^_^

Unknown berkata...

alaaahhh kene tunggu sambungan ni
done follow sini sis
http://hidayuayumie.blogspot.com/

Unknown berkata...

Boleh jadi penulis satu hari nanti..

Unknown berkata...

post menarik. :D we want more. :D
if you dont mind, our green warriors really need your support. Do click the link below and support us.

http://ridoma.blogspot.com/2014/09/todays-youth-is-tomorrows-future.html

adkdayah berkata...

dayah baru baca part 6..sekarang nak baca part 7..huhu..busy study..btw x pernah miss lagi cerita ni yer..hoho


Small Cute Purple Pointer