Assalamualaikum rakan bloggers, facebookers, twitters. Korang semua mesti dah tahu pasal GAZA kan ? masyaallah susah tuk Aisya coretkan di sini . Lihatlah wajah diorang ,sape yang nak berperang. Lihat wajah kanak-kanak di sana . Masyaallah rasa sayu sangat bila tengok diorang bersungguh-sungguh pertahankan negara mereka. Di GAZA kanak-kanak umur 4 tahun keatas semuanya sudah pandai memegang senapang tapi dinegara kita senapang pon kanak-kanak tak tahu . YA ALLAH selamatkan mereka. Berikan mereka kekuatan untuk menempuh dugaanMu YA ALLAH . Amin ..
Rakan-rakan semua berdoalah supaya mereka tabah dan cekal menghadapi dugaan ini .
Semua sedia maklum bahawa kehilangan pesawat MH370 masih lagi tiada khabar berita dan sekarang nih muncul pula satu lagi berita yang melanda Malaysia iaitu pesawat MH17 . Seramai 298 penumpang meninggal dunia disebabkan oleh pesawat MH17 terhempas di Ukraine berdekatan sempadan Rusia. . banyak betol dugaan tuk Malaysia tahun nih ... semoga keluarga mangsa kuat menempuh dugaan ini .. kita mungkin tak mampu menghulurkan bantuan lain tapi kita mampu mendoakan mereka . sama-samalah kita doakan ... AL-FATIHAH ! SALAM TAKZIAH dari aisya ...
2 ulasan:
al fatihah
:) sama-sama kita doakan ...
Catat Ulasan