DIA JODOHKU! PART 8

11: 35 AM | SABTU | 11 OKTOBER 2014
Assalamualaikum , hoho lamanya tak update status,, entry blog pon dah berhabuk . lama ke tunggu sambungan E-Novel aisya ? allo kesiannya,sorrylah sekarang nih aisya selalu busy dengan aktiviti lain maklumlah tak lama nak temuduga SPA. hoho doakan aisya dapat buat yang terbaik ya , thanks korang . love YOU..
jemputlah baca sambungan nih. kesian dekat korang kena tnggu lama macam nih :) ENJOY *.*

HILYA ANESSA| RAIMI ISKANDAR | HILYA SOFEA | RAKIF HELMI
Siang berganti malam papa dan mama kegelisahan menunggu kelibat ku yang masih lagi belum muncul di perkarangan rumah.Hujan renyai-tenyai membasahi perkarangan rumah ku.
“ mana Iya nih abang? Kenapa dia tak balik-balik lagi,tengoklah hari pun dah malam selalunya sebelum pukul 6 dia dah terpacak depan pintu rumah nih paling-paling lewat pun pukul 10.sekarang nih pukul 12 malam dah abang..risaunya saya.” Luah mama kepada papa.Bukan saja mama yang risau sebenarnya papa juga turut sama risau, tambah pula papa tahu penyebab kenapa aku masih lagi belum pulang ke rumah ..
“ sabarlah Mah , bukannya Mah sorang saja yang risau abang pun risau juga nih.cuba bawa bertenang.” Sambung papa.
Aku mengerling ke arah telefon ku, sudah masuk 40 kali telefon ku berdering tapi satu pon tidak dijawab,aku tahu siapa gerangan yang menelefon ku berkali-kali itu tak lain dan tak bukan mesti papa. Buat masa sekarang aku taknak fikir soal kerja atau soal kahwin,terlalu banyak fikir pun bukannya boleh menenangkan aku menyerabutkan lagi kepala aku nih adalah.Niat di hati nih nak saja tukar nombor telefon lain tapi bila fikirkan balik nombor telefon yang aku guna ini hadiah dari Rakif tak sampai hati pulak aku nak buang,guna jela..kalau dah malas sangat nak angkat aku buat tak tahu saja.
Setelah 3 jam aku memandu akhirnya aku sampai juga ke destinasi yang ingin aku tuju.’TANAH TINGGI CAMERON HIGHLANDS’besar betul labelnya,aku terus keluar dari kereta untuk mencari tempat yang sesuai untuk aku menyewa tetiba aku rasa sejuk pulak, aku balik semula ke kereta ku dan terus mencapai jaket dan menyarungnya ke tubuhku. Segarnya udara disini rasa tenang saja.Sebenarnya dah lama aku teringin nak datang ke sini tapi disebabkan urusan kerja pelajaran semua sekalilah aku terpaksa batalkan niat aku tuh sekarang nih bila dah ada peluang keemasan lebih baik aku buat ..Amannya dekat sini dengan suhu sejuk lagi,pernah lah dulu aku cerita dekat kawan-kawan sekolah yang aku teringin nak tinggal dekat cameron highlands,diorang tanya kenapa.aku jawab sebab tempat tuh sejuk,aku nih suka sangat tempat yang sejuk.bila saja kawan-kawan aku dengar penjelasan dari aku diorang terus ketawa terbahak-bahak,diorang kata aku nih memang gila tak pernah-pernah ada orang yang suka dengan cuaca sejuk tetiba aku nih suka.kenapa bukannya pelik pun,semua orang ada tempat yang mereka ingin tuju.bagi aku pulak korea lah tempat yang paling aku suka,aku harap suatu hari nanti aku akan pergi ke sana dengan bakal imam aku . hehe
Pejam celik pejam celik sudah seminggu aku berada di Tanah Tinggi ini,suasana nya yang nyaman membuatkan aku tak sedar masa berlalu dengan pantas.Ditambah pula dengan orangnya yang ramah..First time aku sampai dekat sini aku tak tahu sangat selok belok jalan disini..aku ikut jela signboard yang ada di tepi-tepi jalan nih, fuhh penat gila bila salah jalan dan terpaksa u-turn balik.Apa yang ada dekat sini semuanya aku berpuas hati Cuma adalah satu benda yang memang aku yang tak puas hati sangat , makanannya..Sudah seminggu aku berada dekat sini tak ada satu kedai pun yang jual makanan ala-ala kampung ke apa yang ada buffe dan nasi arab.. aku memang tak makanlah makanan macam tuh.bila dah jadi macam nih nak taknak aku kenalah jugak masak,bila fikir balik menyesal pulak aku tak tinggal dekat hotel,kalau tinggal di hotel kos pembayarannya pulak mahal kalau homestay macam nih murahlah sikit tambah-tambah pulak aku tinggal lama macam nih bolehlah minta diskaun.Tak apalah asalkan aku happy cukuplah..
Aku bersiap-siap untuk keluar jalan-jalan, hampir semua tempat aku sudah pergi, ladang tea yang aku tengok dalam filem OMBAK RINDU pun aku dah pergi,,memang cantik tapi punyalah penat bila nak naik balik ke atas, time turun tuh memang excitedlah.Sebenarnya ada jalan mudah untuk aku sampai ke bawah tapi aku takut sebabnya jalan tuh licin lebih baik aku ikut jalan jauh tapi selamat.Seronok pula bila aku tengok satu keluarga ini,mesranya mereka. Time aku duduk termenung dekat air terjun di bharat tea aku terdengar satu family nih buat kelakar.memang kelakar habislah.Ada satu pasangan nih konon-kononnya romantiklah kot “ eh awak awak tengok tuh ada kerengga lah awak.tengoklah awak ada kerengga dekat pokok tuh.”
Aku pun pelik apa lah yang excited sangat dengan kerengga diorang nih tak pernah tengok ke kerengga..
“ a’ah ,,banyaknya kerengga . hehehe” jawab pasangannya..tetiba aku pula yang terasa malu dengan pasangan itu,romantik tak bertempat..
Family yang aku cerita tadi pun cuba mengajuk mereka..si adik nih mencuit lengan si abang,aku yang berada disitu tertanya-tanya apa yang diorang nak buat sebenarnya tuh.
“ eh abe,,abe tengoklah tuh.ado kerenggo lah abe..ado KERENGGO.” Kata si adik tuh.. la orang kelantan rupanya..bila aku dengar si adik tuh cakap macam tuh aku memang dah rasa kelakar dah, tetiba si abang nih menjawab.. “ hola adik ,, ado kerenggo ... kero lah goo” diorang terus ketawa pasangan tadi terus beredar dengan muka yang sangat marah.aku yang blur nih masih tak faham kenapa diorang marah tapi bila aku ulang dan ulang ayat kero lah goo tuh baru aku faham . hahaha memang kelakar, patutlah pun pasangan tuh marah. Macam-macam diorang nih mesti diorang pun tak tahan dengan pasangan kekasih tuh romantik sangat tadi. Terhibur betul aku dengan lawak diorang tadi,memang kelakar.. ada ke patut cakap macam tuh nasib baik aku duduk jauh dengan diorang kalau tidak dengan aku-aku sekali dia mengajuk ..malulah aku hehe.
Tengah syok-syok layan feeling nih tetiba ada suara memanggil namaku,takkanlah ada orang yang kenal aku dekat sini ..
“ Anessa ...” laung suara terkejut.. Alangkah terkejutnya aku apabila aku berpaling aku melihat kelibat insan yang memang aku taknak jumpa sangat-sangat nih ..
“ hye Nessa ,, buat apa dekat sini?” tanya pemilik suara itu,saat itu aku tergaman dan  keras seperti patung cendana.
“ Nessa,, bila awak jumpa saja dengan saya mesti awak akan buat reaksi muka yang macam tuh, muka macam nampak hantu.. aishh kenapa nih” dia mencuit lengan ku.. aku tersedar dari lamunan.Ya Allah kenapa mesti mamat nih yang aku jumpa..aku taknak jumpa dia..
“ awak,,,awak ..awak buat apa dekat sini” tanya ku dengan suara yang tersekat-sekat ..
“ aiii sejak bila pula awak jadi gagap macam ni nih Nessa,setahu saya awak bukannya macam nih.” sambungnya..
“ saya tanya awak baik-baik nih Raimi Iskandar,awak buat apa dekat sini dan macam mana awak boleh ada depan mata saya sekarang nih .” tanya ku dengan nada yang marah ..
“ relax lah sikit janganlah asyik nak marah saja sayang, okey macam nih i ada urusan dekat sini lebih kurang macam outstation lah. You pulak buat apa dekat sini bukan ke sekarang nih kerja atau you ponteng kerja nih?” gurau Raimi siap dengan ketawa pecah perut dia lagi,aku yang tengok nih rasa macam nak sepak saja lelaki nih jauh-jauh.
“ tak payah nak loyar buruk sangatlah Raimi mana ada orang outstation dekat tempat yang macam nih,bising dengan ramai orang macam nih,awak tak payah nak kelentong saya,sekarang nih cakap betul-betul dengan saya macam mana awak boleh sampai ke sini? Cakaplah.” Desak ku.
“ kan saya dah cakap tadi saya ada kerja dekat sini dan kebetulan pulak saya nampak awak jalan-jalan dekat sini saya tegurlah,saya pun terkejut jugak tau tengok awak tadi..” jawabnya..
Aku memang tak puas hati betul dengan jawapan yang diberikan oleh Raimi tadi,mana mungkin kami boleh berjumpa secara kebetulan.takkanlah semua benda kebetulan..
“ tapi kan awak tak rasa ke sayang yang kita ni memang dijodohkan bersama,mana taknya kita asyik terserempak saja” sambung Raimi lagi.aku yang dengar nih memang panas telingalah .macam tak ada kerja lain pulak asyik jodoh saja yang dia tahu.. tak ada jodoh dia tak fikir pulak semua benda dia nak berjodoh.
“awak nih kan tak habis-habis dengan jodoh awak tuh kan.dah awak yang ikut saya kemari jodoh apa bendanya tuh,tuh bukan jodoh tapi awak yang buat macam kita nih ada jodoh,faham tak ?” terangku. Raimi ketawa terkekeh-kekeh. Apa yang kelakar tuh aku pun tak tahu,apa punya mamat blurlah benda tak kelakar pun ketawa sampai macam tuh sekali dah macam jihan rajalawak pulak aku nih bila tengok dia ketawa macam tuh.
“ serius sayang, i tak buat semua nih.eh i pun ada class jugak tau bukannya terhengeh-hengeh dekat perempuan sangat dah kebetulan jumpa tegurlah.kang tak tegur you cakap dekat papa you yang i nih sombong pulak ..” terang Raimi kepadaku, yang nak ber i you bagai nih kenapa pula mamat nih. ke tambah jadi sewel pulak , hari tuh blur sekarang nih sewel pulak . hah sesuai lah sangat tuh dengan kau mamat blur dan sewel.
Tanpa menghiraukan Raimi aku terus berjalan mendaki bukit,adoi penatnya kenapalah aku turun tadi , kalau aku tak turun mesti aku tak jumpa mamat nih.mulut ku yang terkumat kamit ditegur oleh Raimi.
“ mulut tuh kenapa? Ke Nessa mengumpat pasal Raimi nih?” duganya ,saat itu aku menjadi nervous tak tahu nak buat apa.Ketika kaki ku ingin melangkah ke depan tetiba saja aku tak dapat nak mengimbangi badan ku,nasib baik Raimi sempat memegang tangan aku kalau tidak memang sah-sahlah aku tergolek macam bola bowling kat bawah bukit tuh.
“ eh cuba jalan betul-betul sikit.” Jerkah Raimi kepadaku,aku terkejut selama nih mana pernah Raimi jerkah ku seperti itu selalunya akulah yang suka tinggikan suara dengan dia,aku terdiam tanpa kata.tiba-tiba saja airmata ku ini mengalir laju tanpa aku menyedarinya. Raimi memandang wajah ku dengan muka yang bengis seperti harimau dah lagaknya.
“ takkan saya tegur sikit awak dah nangis Nessa dah sah-sah awak buat salah dan benda nih bukannya sikit,bayangkan tadi kalau saya tak sempat nak capai tangan awak,awak dah tergolek jatuh kat bawah tuh tau.selalunya awak tak manja macam nih.takkan saya tegur sikit macam tuh pun airmata awak dah keluar.” kuat jugaknya mamat nih membebel,aku ingatkan aku saja yang perangai macam tuh.aku Cuma mampu menangis dan tak mampu nak jawab apa-apa.aku biarkan saja dia marah sorang-sorang.

" Sweet ! Apabila Aisya Ieyka Menaip Entry =)) "


Small Cute Purple Pointer