PRAY FOR " PANTAI TIMUR " :)

10:55 AM | RABU | 24 DISEMBER 2014

Assalamualaikum semua . . . 
"Wahai Bumi Telanlah Air. Dan Wahai Langit Berhentilah Dari Curahan Hujanmu"
Bilalah agaknya hujan nih nak berhenti ya , dah lama sangat rasanya. :(
Makin lama makin bertambah pulak air banjir nih , kesiannya dekat penduduk GUA MUSANG DAN RANTAU PANJANG  dekat TANAH MERAH pon banjir tapi tak adalah seteruk dua tempat tuh .
Dengar cerita ada tanah runtuh ye, Tanah runtuh laluan Jeli / Gerik, 1 kilometer selepas R&R Banjaran Titiwangsa menghala ke Gerik. katanya kereta Wira dan sebuah lori ayam jatuh ke dalam gaung tapi kedua-dua mangsa selamat.Alhamdulillah..
MasyaAllah macam manalah dengan rakyat kelantan sekarang nih, gerun plak rasa, pelajar-pelajar U rasanya kena stay dekat U lah , kalau nak balik jugak kena guna kapal terbanglah, dah memang tak ada laluan dah nak balik ke Kelantan.
Kejap tadi Aisya adalah baca yang PDRM dah sahkan kalau hujan berlarutan kemungkinan akan di umumkan darurat. Sekarang nih Kelantan dan 100% terputus hubungan dengan negeri luar, yang tinggal jalan THAILAND jewp lepas tuh kapal terbang. Hujan-hujan macam nih nak naik kapal terbang pun rasa takut. 
Pagi tadi time Aisya nak hantar anak saudara Aisya ke kelas tambahan, kawasan tuh penuh dengan kereta jewp,depan sekolah orang ramai "pakat" berkumpul, rupa-rupanya sekolah dia dijadikan tempat pemindahan bagi mangsa-mangsa banjir.Punyalah susah nak U-TURN.semua jalan dah penuh dengan air, terpaksa lah jugak masuk ke kawasan sekolah, Anak saudara Aisya tuh terpaksa hantar semula balik rumah , nasib baik bukan Aisya yang drive tapi abang, hehehe kalau tidak memang sah-sah tak lepas dah. Bermalam dekat sekolah jugaklah nampaknya. hehehe
Ada jugak yang Aisya baca pasal dok mengutuk NEGERI KELANTAN, kenapa lah diorang nih tak ada kerja sangat ye, kalau tak mampu nak doakan keselamatan kami tak payah kot nak kutuk pape. Buat tak tahu jela .
Mungkin diorang tak kena apa yang kami kena so diorang boleh lah cakap sesedap mulut diorang jewp.



GAMBAR LAMA , tapi yang jalan runtuh tuh paling barulah , YA ALLAH YA TUHANKU SELAMATKAN KAMI RAKYAT PANTAI TIMUR. semoga dipermudahkan segalanya . amin :)

" Sweet ! Apabila Aisya Ieyka Menaip Entry =)) "

I'LL BE OKAY . IS THAT WHAT YOU WANT ME TO SAY ? :'(

03:49 PM | KHAMIS | 18 DISEMBER 2014

Assalamualaikum....
Hari nih hari keempat hujan tak henti-henti turun, urmm yang tak badmood jadi badmood. Bukan sebab hujan tapi sebab seseorang. Tak tahulah kenapa hari nih terasa moody sangat .
Padahal perkara nih tak perlu lagi nak terasa ke apa, tapi bila ada yang ungkit rasa sedih plak.
Aisya tahu Aisya bukannya pandai tapi bila ada yang sindir terasa lah jugak hati nih..

PERBUALAN 
A: Aik keje dekat sini lagi ke? kenapa tak sambung belajar? 
dengan nada ketawa dia tanya soalan macam tuh.. Aisya tak jawab lagi, dalam hati nih marah jugak . perlu ke tanya soalan macam tuh sedangkan dah tahu yang Aisya memang tak dapat U (pembetulan.. dapat U tapi tak pergi.

A: yang SPA hari tuh tak dapat ke? kenapa? saya nak pergi temuduga U nih.
dengan bangganya dia cakap, tak kisahlah dia dapat U ke apa, tak payahlah nak sindir orang lain. 

SAYA: tak dapat, tak ada rezeki lah tuh, lagipun dia nak orang yang berumur , taknak yang muda.
muka Aisya time tuh memang masam tak senyum langsunglah. Rasa hot jewp muka nih,, berkali-kali cakap dekat hati bawa bersabar jangan marah. pelanggan tuh,, buat tak tahu jewp layan jela.

A: yeke? kesiannya.
dia terus ketawa . hina sangat ke kerja Aisya nih.? rasanya tak pun . halal lagi.. tapi bila dia dah ketawa macam tuh tetiba hati Aisya nih jadi kecewa.rasa nak sorok jewp muka nih bawah meja. urmm terluka sangat . perlu ke kata camtu sedangkan dah tahu Aisya memang tak dapat nak sambung belajar. bukannya dia tak tahu Aisya memang kerja dekat sini . perlu ke sindir kerja Aisya..?

Tuhan jewp tahu perasaan Aisya time tuh, ase nak pukul pun ada muka dia, lepas jewp dia keluar tak sampai 15 minit dia datang balik, nak fotostat yang lain pulak. kalau ikutkan perasaan nih Aisya buat tak tahu jewp , nak fotostat kau buat sendiri . geram betul , tapi fikir dia pelanggan kenalah layan dia elok-elok.
Aisya memang tengah tak okey sekarang nih , gthu dekat Mr.BR, mengamuk sakanlah dia coz mengata kesayangan dia nih macam-macam,, urmm geramnya .. Tuhan jewp tahu betapa geramnya hati nih...
Kalau korang lah dekat tempat Aisya time tuh apa perasaan korang ? marah ke atau senyum buat tak tahu ? 
Aisya dah cuba nak buat tak tahu tapi reaksi muka nih tetap nak berubah mungkin dia perasaan muka Aisya berubah bila dia cakap macam tuh.
Serius Aisya cakap Aisya bukannya pandai macam orang lain tapi bila ada orang mengata macam tuh sape yang tak terasa, lagipun dia baru dapat temuduga bukannya U , kalau nak berlagak ke apa biarlah dia U dulu. Tak adalah Aisya marah sangat .
Dari dulu sampai sekarang dia macam tak puas hati dengan Aisya, tak faham jugak apa salah Aisya dekat dia, mungkin tanpa Aisya sedar Aisya ada sakitkan hati dia . urmmm :( terima jela .. 

" Sweet ! Apabila Aisya Ieyka Menaip Entry =)) "

RAGAM TEMPAT KERJA xD

09:11 AM | RABU | 10 DECEMBER 2014
Assalamualaikum semua, rasa gatal plak jari nih sebab tuh hari nih update lagi. hehehe. Harap korang tak bosanlah baca apa yang Aisya tulis nih.
Korang pernah tak buat salah time korang baut kerja.? tak pernah ? bagusnya korang .
macam Aisya buat pertama kalinya dalam 5 bulan Aisya bekerja Aisya tersalah buat , hukhuk T_T nasib baik boss baik jadi Aisya tak kena marah. Aisya tak perasaan jugak buku yang Aisya fotostat tuh buku BAHASA ARAD , mestilah kena tape sebelah kanan kan . nak dijadikan cerita Aisya pergi tape sebelah kiri . pelanggan tuh datang balik dekat kedai suruh betul kan semula. gementar Aisya tau.
Mana tahu dia datang marah ke apa tapi Alhmdulillah dia tegur baik-baik . fuhh ! selamat :") boleh lah senyum semula..
Nih nak story mory sikit nih, korang pernah tak kena usha time korang bekerja.? PERNAH ? camne korang hadapi erkk benda nih. aishhh nih giliran Aisya pulak nak cerita dekat korang . dua tiga bulan lepas adalah dua orang lelaki nih datang nak fotostat katanya tapi tak banyak pun dalam dua tiga helai jewp. tapi korang nak tahu tak? diorang taknak balik.Puas Aisya suruh diorang balik, diorang kata diorang nak duduk rehat dulu.
Punyalah geram Aisya nih, sabar jela wahai hati. mata diorang tuh tengok tak berkelip dekat Aisya, takut ada nak marah pun ada. bukan setakat tengok jewp tersengeh-sengeh pun ya jugak , seram sejuk Aisya tau.
Kawasan yang Aisya kerja nih memang sunyi , tak banyak kedai buka walaupon tepi jalan jewp , maklumlah sekolah kan tutup kalau buka kedai pun bukannya orang datang sangat , lainlah time sekolah ..
Punyalah lama Aisya tugngu diorang gerak sejam lepas tuh baru diorang kemas nak balik. siap cakap macam nih lagi " nanti kitorang datang lagi ya " camtulah , eeee seram deng!!
tolonglah jangan datang lagi pergilah cari kedai lain kalau nak fotostat ..
Ada satu lagi kes nih macam nih, baru berlaku dua tiga hari lepas . Boss Aisya kan pergi indonesia bercuti jadi dia tak ada dekat rumah, yang ada Aisya dan pekerja baru kak Wani. nak dijadikan cerita , Aisya fotostat dan kak Wani pulak banner .time kitorang " ralek" tahu apa? tak kan .. maksudnya kusyuk buat kerja datanglah sorang laki nih , katanya nak fotostat, nak 3000 helai. Aisya cakaplah okey . boleh jewp.
lepas siap fotostat semua tuh ,, Aisya call dia cakap semua dah siap dah boleh ambil . dia pon datang,,siap bayar semua tuh tetiba minta no fon Aisya, tak bagi kang jadi bend lain pulak maklumlah pelanggan kan , bagi kang tak habis-habis nak mengacau.
Ceritanya pun bermula, dia cakap dia nak no Aisya sebab senang dia nak call kalau nak tambah bilangan fotostat, Aisya pun bagilah , mula-mula tuh nak bagi no boss . dia taknak. Aisya pun kira okeylah ..
Lepas dua hari tuh dia hantar msg dan dia call kata nak tempah fotostat , banner apa kebendanya. bla bla bla,,,
Aisya jawab okey camtu jela. Aisya pun panggil dia ENCIK , dia jewp yang panggil Aisya nih " Ieyka". Lepas tuh dia datang kedai , dia cerita pasal perempuan nama Ieyka,dia kata perempuan tuh muka tak malu mengorat anak kawan dia, gatal macam2 lagi lah. dia cakap perempuan nama Ieyka nih selalunya gatal.
Aisya buat muka seposen, apa maksud dia? dia nak cakap Aisya nih gatal ke apa. malas nak layan . lepas seminggu asyik berhubung sebab fotostat tiba-tiba dia hantar whatsapp dekat Aisya, dia cakap Aisya garang, takut dia . lepas tuh dia cakap kalau boleh dia nak buat Aisya nih jadi adik angkat dia. nak tahu apa yangAisya jawab ? HAHAHAHA
Aisya jawab macam nih maaflah,saya dah ramai abang dekat rumah.terima kasih." dia terus reply okey . hohoho . padahal dah tahu Aisya nih dah berpunya tapi tetap jugak nak usha..
pening betul dengan laki sekarang nih. layan cakap kita nih gatal. tak layan dia pulak yang ganggu kita.
Satu lagi cerita Aisya nak kongsi dengan korang , Aisya janji nih yang terakhir tak ada dah tambahan, macam nih Aisya pergilah kedai sebelah kedai Aisya nih , nak beli airlah konon-kononnya.adalah dua tiga orang nih panggil Aisya,Aisya pun pergilahorang tua kan takkan kita nak kurang ajar. diorang pon mulalah tanya Aisya kenapa kerja dekat situ ( CT ONE STOP CENTRE ) pekerja lama tuh pergi mana, kenapa boss kamu ambil pekerja muda,ada apa-apa ke nih ? macam tuh lah persoalan diorang. nak jawab kasar orang tua. tahan jela.. nak marah pun ada. dahlah cakap macam nih . " pekerja muda nih tak boleh percaya sangat.tengok-tengo menggatal dengan boss" . Aisya yang dengar nih dah capai tahap gunung berapi dah . boleh makcik-makcik nih cakap macam tuh, aishh kalau ikutkan hati dah lama dah Aisya bidas diorang, tapi sebab perasaan hormat nih masih ada Aisya tinggal diorang macam tuh saje...
tuhlah serba sedikit cerita yang Aisya nak kongsi dengan korang..
SAPE PERNAH ALAMI SEMUA PERKARA YANG AISYA CERITA ATAS TUH, MOHON ANGKAT TANGAN TINGGI-TINGGI. hehehe :) terima kasih semua sudi baca cerita Aisya nih . Assalamualaikum . smile :D
" Sweet ! Apabila Aisya Ieyka Menaip Entry =)) "

SAHABAT BLOGGER TAK KENAL TAPI KAMI BESTFRIENDS

03:51 PM | SELASA | 09 DECEMBER 2014

Assalamualaikum rakan-rakan yang disayangi semua, hehehe selamat petang.hari nih hari Selasa mesti ada rakan-rakan yang bz kerja kan.macam Aisya nih walaupun kerja tak ada lah bz sangat. :) alhamdulillah sempat lagi nak update entry baru.
Tiba-tiba pulak terfikir nak kongsi benda nih dengan korang, sebenarnya dah lama Aisya nak kongsi dengan korang, Almaklumlah sekarang nih bz sikit semua benda tak sempat nak buat. Contohnya korang tengok blog Aisya nih rasanya lama betul Aisya tak makeover bagi cantik , korang yang tengok pun dah rasa boring kan .. InsyaAllah kalau Aisya tak bz Aisya makeover cantik-cantik ..
Tujuan Aisya tulis entry nih bukannya nak bincang pasal blog cantik ke tidak tapi pasal kawan-kawan dalam blogger nih. Ada satu blogger nih Aisya kagum sangat dengan dia, serius kagum.
Dia selalu ada bila Aisya update entry baru,terharu sangat coz bila Aisya singgah saja di cbox dia, dia mesti datang jenguk blog Aisya. terharu sangat-sangat . sob sob T_T
Abang ZUMAL thanks sudi jenguk blog Aisya yang tak seberapa nih, berbanding dengan blog Abang,rasanya blog Abang lebih baik, dan terima kasih jugak sebab selalu baca e-novel yang Aisya tulis . tiba-tiba jadi semangat nak tulis lagi dan terus tulis bila Aisya dapat tahu yang abang Zumal baca e-novel Aisya.
Ada sape-sape dekat sini nak tengok tak blog abang Zumal ? serius simple tapi menarik.. :)
jemputlah singgah blog atas tuh, kalau korang rasa menarik tertarik deboomm jemputlah follow sekali. hehehe .
mungkin tuh jewp kot yang Aisya nak kongsi dengan korang , kalau ada yang lebih menarik Aisya kongsi lagi ya ..
untuk abang Zumal : jangan menangis baca entry nih, buat muka cool jewp tahu , Aisya tahu abang terharu . cehh !! tolong jangan muntah ya abang. hehehe
Assalamualaikum semua . jaga diri baik-baik musim tak menentu sekarang nih .. xD


" Sweet ! Apabila Aisya Ieyka Menaip Entry =)) "

DIA JODOHKU! PART 9

12:04 PM | AHAD | 07 DECEMBER 2014
Assalamualaikum,, lamanya tak update e-novel,agaknya ada lagi tak yang tertunggu-tunggu e-novel Aisya.hehehe... jemputlah baca .. sebenarnya Aisya dah lama tulis tapi tak sempat nak update dekat blog nih, maklumlah sekarang nih bz sikit.hehehe :")

HILYA ANESSA| RAIMI ISKANDAR | HILYA SOFEA | RAKIF HELMI
Setelah 10 minit kami mendaki bukit di bharat tea akhirnya sampai jugak aku dekat puncaknya,dalam hati aku sekarang nih aku nak jalan cepat-cepat ke kereta ku dan balik tidur.Semakin lama aku tengok muka mamat nih semakin sakit pula hati aku nih.
“ Nessa nak pergi mana tuh? Nessa ..” Raimi mengejar ku dari belakang, aku berjalan dengan laju tanpa menoleh langsung ke belakang yang aku dengar hanyalah suara Raimi memanggil ku .
“ Hilya Anessa..tunggu dulu.” Panggilnya lagi. Belum sempat aku ingin membuka pintu kereta ku,tiba-tiba saja lengan ku ditarik oleh seseorang dari arah belakang dan menolak tubuh ku kearah sisi kereta..
“ Hilya Anessa,awak nih kenapa? Kenapa buat tak tahu bila saya panggil awak tadi,awak tahu tak saya nih dah macam orang gila duk terkejar-kejarkan awak dekat belakang.semua orang tengok tahu tak” marahnya..Ketika itu aku tak mampu nak bergerak ,cengkaman di lenganku begitu kuat..Ya Allah sakitnya..
“ lepaslah Raimi,sakit tahu tak.” Marah ku.aku cuba untuk melepaskan diri, semakin aku cuba semakin kuat dia mencengkam lengan ku.aku mengerang kesakitan .
“ sakitlah Raimi,lepaskan lengan saya nih,sakit tahu tak..lepaslah...lepas..” aku meronta-ronta minta untuk dilepaskan,tapi semakin kuat pula dia mencengkam lengan ku .
“ saya takan lepaskan kalau awak meronta-ronta macam nih.” jawab Raimi ..
aku memandangnya dengan pandangan yang penuh kebencian, mata ku sudah mula berkaca.Aku menangis teresak-esak.. Raimi yang lihat aku menangis sampai macam tuh sekali mulalah kesiankan aku,dia melepaskan pegangannya yang kuat itu dan menyentuh pipi ku..
“ sayang,saya minta maaf saya tak ada niat pun nak sakitkan awak,tadi banyak kali saya panggil awak,awak langsung tak jawab.geramlah jugak saya nih.saya minta maaf ya sayang..shuuuushh..dah berhenti menangis sekarang,selalunya orang perempuan cantik bila menangis tapi saya tengok muka awak jadi buruk bila awak nangis,senyumlah sikit” pujuk Raimi.
Aku menepis tangannya, aku benci lelaki yang cuba nak mengambil kesempatan ke atas diriku,aku terus masuk kedalam kereta lalu menghidupkan enjin dan aku  menekan pedal minyak untuk cepat-cepat beredar dari situ.
Raimi terkedu dan tidak mampu untuk menahan perbuatan ku itu.. aku meninggalkannya dengan perasaan yang amat marah.. sakit di lengan ku ini tidak sesakit seperti hatiku,sakit sangat hati aku ini dengan perbuatan Raimi tadi ..
‘ aku buat salah ke tadi’ ngomel Raimi sendirian.
Waktu bertukar dengan begitu pantas dari pagi sekarang sudah pun malam,malasnya aku nak masak nak keluar apatah lagi.kalaulah ada superman sanggup hantar makanan dekat aku malam-malam nih best jugak.hehe tersengeh-sengeh aku seorang diri.Aku baring diatas tilam dengan beralaskan lengan ku,auchh sakitnya lengan aku nih,terlupa pulak disebabkan kejadian siang tadi habis lengan aku yang gebu nih lebam,ee geram betul aku dekat si mamat blur campur sewel nih.Nasib baiklah iman di dada aku nih kuat lagi kalau tidak dah lama dah aku terajang aku tendang mamat tuh.
Tengah-tengah syok aku bercakap sendirian terdengar pula bunyi loceng. Dengan malas aku bangun untuk membukakan pintu,agaknya siapalah yang datang malam-lama rumah aku nih.Sebaik sahaja pintu terkuak muncul lah Raimi didepan mataku sekarang nih. Dia memandangku dengan wajah yang penuh berseri dan tersengeh-sengeh, aku sekeh jugakkan kepala mamat nih.
“ nak apa datang sini?” tanya ku dengan nada yang kasar tak ada langsung nada mesra..
“amboii,,kasarnya tanya, macam nak tak nak saje cakap dengan saya?” tanya Raimi.
‘Memang aku benci , meluat dan seangkatan dengannya,tengok muka kau pun aku rasa macam nak pijak-pijak je.malam-malam pun sibuk nak datang rumah orang macam tak ada tempat tinggal plak.24 jam asyik ganggu aku saje.’ Huh desis hatiku..
“ oittt mengelamun pulak ya,kot ya pun bagilah peluang saya nak bagi salam nih dulu.” jawab Raimi.
“urmm” balas ku ringkas.malas nak layan..
“Assalaimualaikum tuan rumah,saya datang nih nak ajak tuan rumah makan bersama-sama dengan saya,kiranya macam candlelight dinner lah. Nak tak?” tanya Raimi dengan muka seposennya.
“ Waalaikumusalam.saya tak ada masa nak candle candle dengan awak nih,macam mana awak boleh tahu saya tinggal dekat sini hah? Tadi awak follow saya ya?” teka ku.
“ eh mana ada macam tuh,macamlah saya nih tak ada kerja nak follow menfollow awak nih.saya tahulah awak dekat mana bukannya susah pun nak cari awak.lagipun Cameron nih tak adalah besar mana setakat nak cari awak tuh senang saja.” Dengan muka yang bangga Raimi memberitahu kepadaku, naik meluat pulak aku tengok muka mamat nih kecil besar kecil besar saja.
“ i’m so tired of you so talk to my hand” aku terus mengangkat telapak tangan ku.
“ angkat telapak tangan nih nak suruh saya kiss ke apa?” Raimi tersengeh-sengeh mukanya sebijik macam perogol bersiri,berdiri tegak bulu roma ku..eeee gatal betul mamat nih nampak muka macam baik saja..tak boleh jadi nih aku kena balas biar padan muka dia.
“ apa awak kata?awak ni memang tak ada adab kan,dahlah malam-malam buta nih datang ke rumah saya.awak sedar tak awak tu lelaki dan saya nih perempuan,kalau orang tengok apa pandangan diorang dekat saya nanti.cubalah fikir sikit.” Marah ku..
“ woo woo relax lah sayang,tak payahlah nak marah sampai macam tuh sekali.saya bukannya nak buat apa-apa dekat awak just nak ajak makan saja.salah ke kalau saya ajak makan? Lagipun dekat sini saya hanya kenal awak seorang saja.”
‘Hah banyaklah kau punya sorang,habis yang kau kata kau datang sini sebab kerja tuh kenapa,habis pekerja kau tuh apa.takkan tak kenal aku sepak jugak kang mamat nih.loyar buruk tak habis-habis.’ Bebel ku di dalam hati.
“ okeylah nak makan dekat mana? Saya bagi masa 30 minit saja lepas tuh hantar saya balik,saya nak rehat penat sangat nih.” cadangku.
“ okey.. tak ada masalah.jom keluar” ajak Raimi. Aku memandang baju yang tersarung dibadanku,takkan aku nak keluar dengan pakaian tidur macam nih,dah gila ke apa mamat ni.
“ eh kejap,takkan awak nak suruh saya keluar pakai baju tidur macam nih?” tanya ku dengan nada yang hairan.
“ keluar jela,ada masalah ke? Bukannya awak bogel awak pakai baju kan .” Raimi terus ketawa,aku rasa macam nak menjerit saja.geram betul dengan mamat nih.kalau tak menyakitkan hati orang tak boleh ke asyik nak cari pasal saja,takkan tak boleh cakap baik-baik sikit.benci betul.
“ tunggulah kejap saya nak tukar baju, gila ke apa saya nak keluar macam nih  nanti orang cakap saya tak siuman pulak.” Aku terus beredar.
“ cantik jugak rumah yang awak sewa nih Nessa,kalau tahu saya tinggal dekat sini saja taklah membazir duit saya nih.”
Terkejut beruk aku dibuatnya,alamak aku lupa nak kunci pintu.memang tak ada adab lah mamat nih sesuka hati dia saja masuk rumah orang agaknya dia ingat bapak dia yang bayar semua nih.
“ eh kenapa awak masuk sini? Kenapa tak tunggu saja dekat luar? Kan saya dah cakap saya nak bersiap dulu,awak sepatutnya tunggu saja dekat luar tuh” aku menunjukkan jari telunjuk ku kearah pintu supaya Raimi keluar tapi bila aku pandang wajahnya dia buat muka selamba saja.
“ ala saya bukannya orang lain dengan awak,saya tunang awak,salah ke kalau saya nak masuk sini.tak salah kan?” tanya Raimi.
Cakap banyak pulak kau nih sekali aku lempang berterabur gigi tuh baru tahu,tersengeh-sengeh aku dibuatnya. Raimi memandang dengan hairan, mungkin dia pelik apa yang melucukan sampai aku tersengeh tuh.Untuk cover tak nak bagi malu aku terus menukar topik..
 “awak belajar dekat tuk guru mana yang cakap bila dah bertunang boleh masuk bilik tunang sesuka hati awak? Sapa yang ajar awak hah? Kita nih masih ajnabi lagi tau, selagi kita tak akad nikah selagi tuh awak dan saya tak boleh duduk dalam keadaan yang mencurigakan macam nih.” marah ku ...
“ pandai awak nak nasihat saya Nessa,saya nih tak gila lagi nak buntingkan anak dara orang,takkan saya nak berdiri saja dekat luar lagipun pintu tuh terbuka kan salah ke kalau saya masuk, dan satu lagi.layak ke awak nak nasihat saya,nasihat diri awak tuh dulu.awak pun belum menunaikan apa yang wajib sepenuhnya, kenapa tak pakai tudung? Belum bersedia? Islam tak pernah ajar kalau tak bersedia tak perlu pakai , kan?” panjang lebar si Raimi nih berceloteh,panas betul telinga aku nih.
“ awak nak cari gaduh dengan saya ke sekarang nih sampai macam tuh sekali awak nak melalut tak tentu pasal.keluar .... keluar sekarang” laung ku dengan kuat.sakitnya hati aku dengan mamat nih,elok-elok aku dah nak keluar kau buat aku marah pula.
“ baiklah saya keluar,buang masa saya saja datang sini.perempuan ego macam awak nih hiduplah sorang-sorang.jangan ingat saya nih terhengeh-hengeh sangat dekat awak.” Raimi terus beredar dari rumah ku.benci ku kepadanya semakin meluak-luak.
Mungkin sudah tiba masanya aku balik ke rumah,dah terlalu lama aku dekat sini dan mungkin jugak kerja ku dekat office dah banyak yang tertangguh. Aku cepat-cepat kemas barang untuk pulang kerumah. 

" Sweet ! Apabila Aisya Ieyka Menaip Entry =)) "

TERKILAN + HAMPA + SEDIH = FAKE SMILE :)

08:37 PAGI | RABU | 03 DISEMBER 2014
Assalamualaikum rakan-rakan blogger, tak sangka kan pejam celik pejam celik dah masuk bulan disember pun kita , tak lama lagi nak masuk tahun baru pulak . Rasa kejap jewp tahun 2014 nih berlalu, perubahan pada diri Aisya ? tak ada perubahan lagi kot masih sama. tak dapat sambung belajar dan kerja biasa-biasa jewp tak apalah sekurang-kurangnya kerja kan ? :)
Tipulah kalau Aisya kata Aisya tak terkilan langsung ofcoz lah terkilan bila tengok kawan-kawan semuanya sambung belajar tinggal Aisya jewp yang kerja susah payah macam nih tapi bila fikirkan balik mungkin ada rezeki lain untuk Aisya.
Hari tuh Aisya ada cerita dekat korang kan pasal Aisya pergi temuduga SPA tuh, urmm hampa dan kecewa sangat Aisya tak dapat nak sambung belajar. Aisya sendiri tak tahu apa yang tak kena mungkin memang bukan rezeki Aisya kot.Punyalah dia tanya soalan yang senang-senang siap senyum lagi dekat Aisya nih. Bila tengok reaksi diorang macam tuh Aisya ingatkan adalah can nak sambung belajar . rupanya .... urmmmm hampa.. :( 
Kebanyakan semuanya tak dapat sepupu dan kawan Aisya pun tak dapat jugak . time Aisya pergi temuduga tuh penemuduga ( hentam sajelah ) tuh cakap macam nih .. " awak umur berapa ? " dia tanya Aisya , Aisya pun jawablah 20 tahun .. Lepas tuh dia cakap " ohh muda lagi , awak banyak masa lagi"
Apa maksud diorang cakap macam tuh ? bukan ke nak sambung belajar muda-muda lah elok , takkan umur 30 tahun baru nak sambung belajar ,, pelik pun ada.
Sekarang nih mana kira muda ke tua, dengan keadaan ekonomi yang tak menentu macam nih semua orang perlukan kerja.
Semalam Aisya pergi beli barang keperluan seharian ,, belinya sikit jah tapi harga hampir-hampir rm100. Semua benda mahal sekarang nih , nak nak pulak sekarang nih Aisya pakai kereta dengan minyaknya lagi dengan cuci kereta lagi , alahai .. memang tak cukuplah gaji Aisya..
Dari bulan lepas lagi dok tangguh nak beli baju nak beli selipar , rasanya bulan nih Aisya terpaksalah tangguh lagi ,, ansuran kereta Aisya dah bayar dah untuk bulan 11 dan 12 , rasa lega sikit .. bulan 1 tahun depan kenalah berjimat balik .. 
Bunyi macam Aisya nih tak tahu nak bersyukur kan ,asyik mengadu jewp . Aisya mintak maaf , bukannya nak mengadu dan bukan tak bersyukur . Aisya bersyukur sangat dapat kerja, kerja pulak bukannya susah mana kadang-kadang bila takde kerja Aisya baca novel dan online jewp .. boring jugak sebenarnya tapi takpelah sekurang-kurangnya bukan buat kerja berat pun ..
kecewa+hampa+sedih= semua campur sekali . tabahlah wahai hati mungkin akan ada peluang yang lebih baik .. :) smile ..



" Sweet ! Apabila Aisya Ieyka Menaip Entry =)) "


Small Cute Purple Pointer