Cinta Robot part 2

09:59 PM | 13 AUGUST 2013
" Umaira kenapa kamu kata macam tu dekat Fariz ? mesti dia terasa hati dengan kata-kata kamu tadi.Mami nak esok kamu pergi rumah mak ngah dan minta maaf dengan Fariz. boleh kan ? " Puan Suhaila yang tak tahan dengan perangai keanak-anakan Umaira menyuruh Umaira memohon maaf. apa tidaknya Umaira makin lama makin tak tahu nak hormatkan perasaan orang lain. 
tanpa sahutan Umaira terus naik keatas dan masuk ke kamar tidurnya.Puan Suhaila yang melihat gelagat anak perempuan tunggalnya itu hanya mampu gelengkan kepala. ' bilalah agaknya Mai ni nak berubah.sejak si Aiman tu tinggalkan dia macam ni lah perangainya tak nak berubah-ubah ' desis hati kecil Puan Suhaila.
" Jantan tak guna,aku benci kau, kenapa kau datang rumah aku.kau sengaja nak racunkan fikiran mami aku kan . dasar jantan gila " Umaira jerit sekuat mungkin sampaikan suaranya hampir hilang.Puan Suhaila ketika itu sedang mengemas dapur bergegas naik ke tingkat atas dan mengetuk pintu bilik puteri tunggalnya. dia takut perkara yang berlaku lima tahun lalu berulang kembali.
" Mai? kenapa menjerit ni sayang? ape yang berlaku ni? buka pintu ni sayang, cerita dekat mami sapa yang buat Mai jadi macam tu. Umaira sayang buka pintu ni " Puan Suhaila masih lagi memujuk.Umaira ketika itu sudah seperti orang hilang akal. menangis teresak-esak sambil menyebut dia benci lelaki.dia benci hidupnya sekarang.Disaat itu Puan Suhaila berfikir sejenak mungkin belum tiba masanya lagi dia memaksa Umaira buat apa yang Umaira tidak gemar. biarlah Umaira dengan hidupnya yang tidak tentu arah itu . dia lebih rela biarkan Umaira senyap tanpa kata daripada melihat Umaira menjadi seperti ini.
" sayang buka pintu ni .. " Puan Suhaila terus-terusan mendesak supaya anaknya itu membuka pintu.dia risau anaknya akan bertindak tanpa berfikir dengan waras.lima tahun lepas Umaira hampir saja ingin membunuh diri.alhamdulillah Puan Suhaila sempat bertindak sebelum dia berjaya berbuat demikian.
setelah Umaira terdengar ketukan bertalu-talu dari luar pintu Umaira segera membuka pintu kamarnya.
" mami. Mai nak peluk mami " setelah Umaira memulas tombol pintunya Umaira terus memeluk Puan Suhaila dan melepaskan semua kekusutan dan kesedihan yang dia alami saat ini.
" dah dah sayang. jangan menangis lagi. beritahu mami kenapa sayang menangis macam ni sekali ? sapa yang lukakan hati sayang?" tanya Puan Suhaila.
" Mami, Mai tak suka mami suruh Mai berbaik-baik dengan si Fariz tu . Mai tak suka dia , Mai tak suka bila mami selalu sebelahkan dia dan bagi muka sangat dekat dia. kenapa dia selalu datang rumah kita mami? Mai tak suka tengok muka dia mami.Mai benci dia.benci sangat " Umaira meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Fariz sambil menangis teresak-esak.
" sebab itu saja ke sayang? tak ada sebab lain? " tanya Puan Suhaila. Umaira mengangguk-angguk tanda mengiakannya.
" sayang. kalau mami tahu kamu stres sebab itu mami takkan teragak-agak untuk beritahu Fariz supaya jangan datang ke sini lagi. tapi kamu pon tahu kan Fariz dengan keluarga kita macam mana? dia sepupu kamu sayang. mami tak boleh nak halang dia sama ada dia nak datang atau dia tak nak datang. nantilah mami try cakap dengan dia. tapi seelok-eloknya kamu cubalah berbaik dengan dia.mami tengok budak Fariz tuh baik saja dengan kamu.dulu masa kecil-kecil kamu rapat dengan dia selalu main pondok-pondok. kenapa bila dah dewasa kamu jadi benci dia sayang? mami tak nak anak mami ni jadi lemah . kan Mai dah janji dengan mami dan papa tak nak jadi lemah lagi . " Puan Suhaila berhati-hati menyusun kata-kata.dia takut anaknya itu akan melenting dan panas barannya itu akan bertambah-tambah.
" mami, Mai tak boleh tengok muka dia mami. ya mungkin dulu kami rapat selalu main sama-sama, tapi sekarang dah lain mami.dulu kami kecil sekarang kami dah dewasa mami. Mai tak boleh nak jadi macam dulu lagi . Mai yang sekarang tak sama lagi dengan Mai yang dulu. kalau boleh Mai tak nak jadi Mai yang dulu yang lemah . bila Aiman tinggalkan Mai, Mai hanya boleh memandangnya dari jauh. Mai tak boleh buat apa-apa termasuk halang pernikahan diorang. Mai tak suka si Fariz tu . dia selalu berlagak yang dia tu sempurna.kononnya nak nasihat Mai. Mai tak suka mami."
Puan Suhaila mengeluh panjang.dia tidak tahu  bagaimana lagi cara untuk membuat Umaira ubah pendiriannya. sudah agak lama Puan Suhaila memerhati gelagat Umaira sampai sekarang dia tidak mampu cari jalan penyelesaian.
" Kalau macam tu baik lah nanti mami beritahu Fariz jangan datang sini lagi. Ada orang tak suka dengannya." ketika itu Umaira sedar bahawa perbuatannya menyebabkan Puan Suhaila sudah hilang sabar dan putus asa.
Puan Suhaila meleraikan pelukan itu dan menuruni anak tangga. katanya dia ingin mengkhabarkan kepada Fariz supaya tidak perlu lagi singgah ke rumahnya.Ketika itu Umaira hanya memandang kepergian Maminya dengan pandangan yang kosong.
Walaupun berat Puan Suhaila tetap perlu lakukan supaya anaknya tidak mengamuk dan menangis lagi.


* bagi yang belum baca lagi part 1 : baca sini ( http://aisyaieyka.blogspot.com/2013/08/cinta-robot-rekaan-semata-mata.html ) enjoy ! :'D

" Sweet ! Apabila Aisya Ieyka Menaip Entry =)) "

Cinta Robot part 1 ( Rekaan Semata-mata )

04:45 PM | 11 AUGUST 2013
     
Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di petang hari , begitu sakit kisah cinta yang dialami oleh Umaira Aleesya. Baginya apa yang terjadi adalah sesuatu yang tidak di sangka.Insan yang pernah bertahta di hatinya tinggalkan dirinya begitu sahaja. mungkin dia tidak sempurna seperti insan lain tapi dia adalah dia . Aiman Iskandar memang tidak asing lagi di dalam hidupnya. Umaira terpaksa melalui liku-liku kehidupan tanpa insan yang dia sayang. Demi untuk memenuhi permintaan keluarga tersayang, Aiman Iskandar telah membuat keputusan untuk memutuskan hubungan mereka yang sekian lama terjalin dek desakan daripada keluarga Aiman untuk mengahwini Aiman dengan wanita pilihan keluarganya sendiri. Baginya keluarga adalah keutamaan tanpa keluarga siapalah dia. Setabah dan sekuat mana pun Umaira hatinya tetap terluka seperti di hiris sembilu .
" You betul-betul nak tinggalkan i ke sayang ? tapi kenapa ? i dah beritahu dekat you , i tak kisah hidup bermadu asalkan you sentiasa di samping i. " ujar Umaira sambil menangis teresak-esak.
" You dengar sini , i takkan sesekali menduakan you. i tak nak you hidup sengsara. untuk pengetahuan you mama i dah aturkan semuanya dan lusa adalah tarikh i akan di ijabkabulkan dengan dia. i terpaksa terima . i tak nak jadi anak derhaka. you anggap jela kita berdua ni tak ada jodoh . i tahu you seorang wanita yang tabah " Aiman mengusap bahu Umaira supaya bertenang .
" Senang you cakap . yang alami nya i bukannya you . kan kita dah janji akan bersama selama-lamanya . takkan you dah lupa sayang ? " balas Umaira dengan airmata yang masih lagi bersisa di pipinya.
" Listen okey sayang, you cantik, ramai lagi lelaki yang akan cintakan you. i memang sayangkan you cintakan you . tapi i mesti dahulukan family i . diorang yang besarkan i yang jaga i sampai i jadi insan yang berguna. sayang please .... " pujuk Aiman.
ketika itu nafas Umaira sudah turun naik, Umaira tak tahu sama ada keputusan yang dia buat ini betul ataupun tidak . yang pasti Umaira terluka dengan keputusan itu. kenapa insan yang dia sayang mesti menjadi milik orang lain. selama ini dia selalu berbuat baik. tidak pernah sekali pun Umaira menghasut ataupun membuat Aiman untuk berselisih faham dengan keluarga Aiman sendiri walaupun dia menerima pelbagai makian dan cacian Umaira tetap redha dan dia bersedia terima apa sahaja maki hamun sumpah seranah yang di kenakan pada dirinya . Tanpa berfikir panjang Umaira terus memecut laju keretanya tanpa menoleh  ke belakang . ' sayang ! selamat tinggal . hiduplah bahagia bersama dia ' airmatanya tidak mampu lagi di tahan . akhirnya Umaira menangis sekuat hati sambil menghentak stereng kereta . Bagi Umaira hidupnya sudah berakhir, tanpa kasih sayang seorang insan yang dia cintai bagaimana dia ingin meneruskan hidup pada masa yang akan datang .
5 tahun
Lima tahun berlalu tetapi hidup Umaira masih lagi kucar-kacir dan tidak terurus sama seperti lima tahun lalu. sekarang hidupnya sudah tidak seceria dulu. Dengan dirinya seperti robot, tidak bercakap dan tidak langsung keluar berjalan-jalan yang dia tahu hanya terperuk di dalam rumah ataupun di halaman rumah saja, untuk mendengar suaranya pun susah sepatah di tanya sepatah yang dia jawab . Puan Suhaila iaitu Mami kepada Umaira telah menggunakan pelbagai cara untuk membuatkan anaknya itu bercakap dan bergaul dengan orang lain tetapi satu pun tidak berhasil. hati Umaira terlalu keras untuk dilembutkan.
Sampailah satu saat , ketika Umaira sedang membaca buku di laman rumah nya . dia terdengar suara orang memberi salam. Umaira macam biasalah tidak sedikit pun berganjak untuk membuka pintu pagar . Dia hanya membuat muka selamba badak saja.
" kejap-kejap. sayang kenapa tak bukakan pagar tu? kesian dekat si Fariz tu tau. susah payah dia datang sini " kedengaran suara Puan Suhaila berteriak .
" Mami kan ada , Mami jela yang bukakan . Mai malaslah nak bangun.lagipun buat apalah lelaki tu datang rumah kita. Mai tak sukalah " Umaira menunjukkan muka protesnya . dia tak suka maminya berteriak begitu padanya dan satu lagi dia tak suka bercakap perkara yang tidak mendatangkan faedah padanya. Puan Suhaila tergesa-gesa membuka pintu pagar sampai terlupa untuk menanggalkan dulu apron yang digunakannya untuk memasak.
" hah Fariz jemput masuk . jangan malu-malu. kamu jangan ambil hati ya. kak Mai kamu tu biasalah angin satu badan semua benda nak mengamuk. Mami suruh buat kerja sikit dah nak mengamuk. " jelas Puan Suhaila kepada jejaka yang bernama Fariz itu.
" tak apa lah Mami .Riz dah biasa dah .selalunya kalau Riz datang sini gitu lah lagaknya. Riz tak ambil hati pun . macam ni lah Mami, Riz pergi sana lah nak sembang sikit dengan kak Mai. " Fariz minta izin Puan Suhaila untuk bertegur sapa dengan kakak sepupunya itu .
Fariz Uwaiz nama yang tidak asing lagi dalam benak fikiran Umaira dalam lima tahun ini dan nama itu juga sentiasa meniti di bibirnya.Bagi Umaira sepupunya itu sangat busybody .semua benda nak ambil tahu dan Fariz juga sentiasa menasihatinya supaya melangkah kehadapan bukan kebelakang. Setiap baris ayat yang di keluarkan oleh Fariz sentiasa mengundang kemarahan Umaira. Bagi Umaira Fariz selalu berpura-pura baik depan Maminya dan sengaja memerlinya secara senyap-senyap.
" Hai kak Mai . baca apa tu ? boleh Riz duduk tak ? " tegur Fariz dengan nada yang mesra.
" kau apahal datang sini ? kau memang tak ada rumah atau kau ni memang suka jaga tepi kain orang hah ? dan satu lagi buat apa kau minta dengan aku .suka hati kau lah nak duduk ke tidak . lagipun dekat kerusi ni tak tertulis pun nama aku . apahal minta kebenaran dengan aku hah ?"
tanpa sempat Fariz menghulurkan tangan untuk bersalaman Umaira terlebih dahulu bangun dan meninggalkan tempat itu serta merta. Perangai panas baran Umaira Sudah di ketahui oleh Fariz sejak dahulu lagi tapi tidak lah seteruk sekarang, sekarang ini makin menjadi-jadi pantang nampak wajahnya Umaira pasti berteriak . itu lah yang ajaibnya . Kata Puan Suhaila, Umaira tidak gemar bercakap dan sentiasa bersendiri tetapi bila nampak sahaja muka Fariz secara automatik Umaira akan berteriak . syukurlah walaupun Umaira hanya berteriak sekurang-kurangnya masih lagi terdengar suaranya .
" Kenapa pula tu ? masuk saja dalam rumah hentak-hentak kaki ? " Puan Suhaila kehairanan lalu bertanya Fariz ..
" Macam biasalah Mami . kak Mai kan tak suka dekat Riz. dia mengamuk tadi bila Riz tegur dia. Macam Mami tak tahu kak Mai kan memang dari dulu lagi tak suka Riz " Puan Suhaila rasa sangat-sangat bersalah apabila dengar suara Fariz yang sayu . ' mungkin dia terasa hati kot ' bisik Puan Suhaila.
" Riz minta diri dulu lah Mami kalau Riz free Riz datang lagi ya . asssalamualaikum " sebelum pergi Fariz sempat menyalami kedua-dua tangan Puan Suhaila. tanpa senyuman di bibir Fariz terus pulang. saat itu Puan Suhaila rasa amat bersalah dengan sikap anaknya yang dikira tidak rasional itu.


" Sweet ! Apabila Aisya Ieyka Menaip Entry =)) "


Small Cute Purple Pointer