Setelah 10 minit kami mendaki bukit
di bharat tea akhirnya sampai jugak aku dekat puncaknya,dalam hati aku sekarang
nih aku nak jalan cepat-cepat ke kereta ku dan balik tidur.Semakin lama aku
tengok muka mamat nih semakin sakit pula hati aku nih.
“ Nessa nak pergi mana tuh? Nessa
..” Raimi mengejar ku dari belakang, aku berjalan dengan laju tanpa menoleh langsung
ke belakang yang aku dengar hanyalah suara Raimi memanggil ku .
“ Hilya Anessa..tunggu dulu.”
Panggilnya lagi. Belum sempat aku ingin membuka pintu kereta ku,tiba-tiba saja
lengan ku ditarik oleh seseorang dari arah belakang dan menolak tubuh ku kearah
sisi kereta..
“ Hilya Anessa,awak nih kenapa?
Kenapa buat tak tahu bila saya panggil awak tadi,awak tahu tak saya nih dah
macam orang gila duk terkejar-kejarkan awak dekat belakang.semua orang tengok
tahu tak” marahnya..Ketika itu aku tak mampu nak bergerak ,cengkaman di
lenganku begitu kuat..Ya Allah sakitnya..
“ lepaslah Raimi,sakit tahu tak.”
Marah ku.aku cuba untuk melepaskan diri, semakin aku cuba semakin kuat dia
mencengkam lengan ku.aku mengerang kesakitan .
“ sakitlah Raimi,lepaskan lengan
saya nih,sakit tahu tak..lepaslah...lepas..” aku meronta-ronta minta untuk
dilepaskan,tapi semakin kuat pula dia mencengkam lengan ku .
“ saya takan lepaskan kalau awak
meronta-ronta macam nih.” jawab Raimi ..
aku memandangnya dengan pandangan
yang penuh kebencian, mata ku sudah mula berkaca.Aku menangis teresak-esak..
Raimi yang lihat aku menangis sampai macam tuh sekali mulalah kesiankan aku,dia
melepaskan pegangannya yang kuat itu dan menyentuh pipi ku..
“ sayang,saya minta maaf saya tak
ada niat pun nak sakitkan awak,tadi banyak kali saya panggil awak,awak langsung
tak jawab.geramlah jugak saya nih.saya minta maaf ya sayang..shuuuushh..dah
berhenti menangis sekarang,selalunya orang perempuan cantik bila menangis tapi
saya tengok muka awak jadi buruk bila awak nangis,senyumlah sikit” pujuk Raimi.
Aku menepis tangannya, aku benci
lelaki yang cuba nak mengambil kesempatan ke atas diriku,aku terus masuk
kedalam kereta lalu menghidupkan enjin dan aku
menekan pedal minyak untuk cepat-cepat beredar dari situ.
Raimi terkedu dan tidak mampu untuk
menahan perbuatan ku itu.. aku meninggalkannya dengan perasaan yang amat
marah.. sakit di lengan ku ini tidak sesakit seperti hatiku,sakit sangat hati
aku ini dengan perbuatan Raimi tadi ..
‘ aku buat salah ke tadi’ ngomel
Raimi sendirian.
Waktu bertukar dengan begitu pantas
dari pagi sekarang sudah pun malam,malasnya aku nak masak nak keluar apatah
lagi.kalaulah ada superman sanggup hantar makanan dekat aku malam-malam nih
best jugak.hehe tersengeh-sengeh aku seorang diri.Aku baring diatas tilam
dengan beralaskan lengan ku,auchh sakitnya lengan aku nih,terlupa pulak
disebabkan kejadian siang tadi habis lengan aku yang gebu nih lebam,ee geram
betul aku dekat si mamat blur campur sewel nih.Nasib baiklah iman di dada aku nih
kuat lagi kalau tidak dah lama dah aku terajang aku tendang mamat tuh.
Tengah-tengah syok aku bercakap
sendirian terdengar pula bunyi loceng. Dengan malas aku bangun untuk membukakan
pintu,agaknya siapalah yang datang malam-lama rumah aku nih.Sebaik sahaja pintu
terkuak muncul lah Raimi didepan mataku sekarang nih. Dia memandangku dengan wajah
yang penuh berseri dan tersengeh-sengeh, aku sekeh jugakkan kepala mamat nih.
“ nak apa datang sini?” tanya ku
dengan nada yang kasar tak ada langsung nada mesra..
“amboii,,kasarnya tanya, macam nak
tak nak saje cakap dengan saya?” tanya Raimi.
‘Memang aku benci , meluat dan
seangkatan dengannya,tengok muka kau pun aku rasa macam nak pijak-pijak
je.malam-malam pun sibuk nak datang rumah orang macam tak ada tempat tinggal
plak.24 jam asyik ganggu aku saje.’ Huh desis hatiku..
“ oittt mengelamun pulak ya,kot ya
pun bagilah peluang saya nak bagi salam nih dulu.” jawab Raimi.
“urmm” balas ku ringkas.malas nak
layan..
“Assalaimualaikum tuan rumah,saya
datang nih nak ajak tuan rumah makan bersama-sama dengan saya,kiranya macam
candlelight dinner lah. Nak tak?” tanya Raimi dengan muka seposennya.
“ Waalaikumusalam.saya tak ada masa
nak candle candle dengan awak nih,macam mana awak boleh tahu saya tinggal dekat
sini hah? Tadi awak follow saya ya?” teka ku.
“ eh mana ada macam tuh,macamlah
saya nih tak ada kerja nak follow menfollow awak nih.saya tahulah awak dekat
mana bukannya susah pun nak cari awak.lagipun Cameron nih tak adalah besar mana
setakat nak cari awak tuh senang saja.” Dengan muka yang bangga Raimi memberitahu
kepadaku, naik meluat pulak aku tengok muka mamat nih kecil besar kecil besar saja.
“ i’m so tired of you so talk to my
hand” aku terus mengangkat telapak tangan ku.
“ angkat telapak tangan nih nak
suruh saya kiss ke apa?” Raimi tersengeh-sengeh mukanya sebijik macam perogol
bersiri,berdiri tegak bulu roma ku..eeee gatal betul mamat nih nampak muka
macam baik saja..tak boleh jadi nih aku kena balas biar
padan muka dia.
“ apa awak kata?awak ni memang tak
ada adab kan,dahlah malam-malam buta nih datang ke rumah saya.awak sedar tak
awak tu lelaki dan saya nih perempuan,kalau orang tengok apa pandangan diorang
dekat saya nanti.cubalah fikir sikit.” Marah ku..
“ woo woo relax lah sayang,tak
payahlah nak marah sampai macam tuh sekali.saya bukannya nak buat apa-apa dekat
awak just nak ajak makan saja.salah ke kalau saya ajak makan? Lagipun dekat
sini saya hanya kenal awak seorang saja.”
‘Hah banyaklah kau punya
sorang,habis yang kau kata kau datang sini sebab kerja tuh kenapa,habis pekerja
kau tuh apa.takkan tak kenal aku sepak jugak kang mamat nih.loyar buruk tak
habis-habis.’ Bebel ku di dalam hati.
“ okeylah nak makan dekat mana? Saya
bagi masa 30 minit saja lepas tuh hantar saya balik,saya nak rehat penat sangat
nih.” cadangku.
“ okey.. tak ada masalah.jom keluar”
ajak Raimi. Aku memandang baju yang tersarung dibadanku,takkan aku nak keluar
dengan pakaian tidur macam nih,dah gila ke apa mamat ni.
“ eh kejap,takkan awak nak suruh
saya keluar pakai baju tidur macam nih?” tanya ku dengan nada yang hairan.
“ keluar jela,ada masalah ke?
Bukannya awak bogel awak pakai baju kan .” Raimi terus ketawa,aku rasa macam
nak menjerit saja.geram betul dengan mamat nih.kalau tak menyakitkan hati orang
tak boleh ke asyik nak cari pasal saja,takkan tak boleh cakap baik-baik
sikit.benci betul.
“ tunggulah kejap saya nak tukar
baju, gila ke apa saya nak keluar macam nih
nanti orang cakap saya tak siuman pulak.” Aku terus beredar.
“ cantik jugak rumah yang awak sewa
nih Nessa,kalau tahu saya tinggal dekat sini saja taklah membazir duit saya
nih.”
Terkejut beruk aku dibuatnya,alamak
aku lupa nak kunci pintu.memang tak ada adab lah mamat nih sesuka hati dia saja
masuk rumah orang agaknya dia ingat bapak dia yang bayar semua nih.
“ eh kenapa awak masuk sini? Kenapa
tak tunggu saja dekat luar? Kan saya dah cakap saya nak bersiap dulu,awak
sepatutnya tunggu saja dekat luar tuh” aku menunjukkan jari telunjuk ku kearah
pintu supaya Raimi keluar tapi bila aku pandang wajahnya dia buat muka selamba
saja.
“ ala saya bukannya orang lain
dengan awak,saya tunang awak,salah ke kalau saya nak masuk sini.tak salah kan?”
tanya Raimi.
Cakap banyak pulak kau nih sekali
aku lempang berterabur gigi tuh baru tahu,tersengeh-sengeh aku dibuatnya. Raimi
memandang dengan hairan, mungkin dia pelik apa yang melucukan sampai aku
tersengeh tuh.Untuk cover tak nak bagi malu aku terus menukar topik..
“awak belajar dekat tuk guru mana yang cakap
bila dah bertunang boleh masuk bilik tunang sesuka hati awak? Sapa yang ajar
awak hah? Kita nih masih ajnabi lagi tau, selagi kita tak akad nikah selagi tuh
awak dan saya tak boleh duduk dalam keadaan yang mencurigakan macam nih.” marah
ku ...
“ pandai awak nak nasihat saya
Nessa,saya nih tak gila lagi nak buntingkan anak dara orang,takkan saya nak
berdiri saja dekat luar lagipun pintu tuh terbuka kan salah ke kalau saya
masuk, dan satu lagi.layak ke awak nak nasihat saya,nasihat diri awak tuh
dulu.awak pun belum menunaikan apa yang wajib sepenuhnya, kenapa tak pakai
tudung? Belum bersedia? Islam tak pernah ajar kalau tak bersedia tak perlu
pakai , kan?” panjang lebar si Raimi nih berceloteh,panas betul telinga aku
nih.
“ awak nak cari gaduh
dengan saya ke sekarang nih sampai macam tuh sekali awak nak melalut tak tentu
pasal.keluar .... keluar sekarang” laung ku dengan
kuat.sakitnya hati aku dengan mamat nih,elok-elok aku dah nak keluar kau buat
aku marah pula.
“ baiklah saya
keluar,buang masa saya saja datang sini.perempuan ego macam awak nih hiduplah
sorang-sorang.jangan ingat saya nih terhengeh-hengeh sangat dekat awak.” Raimi
terus beredar dari rumah ku.benci ku kepadanya semakin meluak-luak.
Mungkin sudah tiba
masanya aku balik ke rumah,dah terlalu lama aku dekat sini dan mungkin jugak
kerja ku dekat office dah banyak yang tertangguh. Aku cepat-cepat kemas barang
untuk pulang kerumah.