BUKU BARU | LEBARAN BARU

12:28PM | KHAMIS | 10 DISEMBER 2020 Assalamualaikum semua.. Hampir 2 tahun tak update apa-apa dekat sini.. tak tahu mimpi ape.. tiba-tiba Aisya rasa nak update hari ni . so sape-sape yang selalu follow Aisya..Always stay dengan Aisya okay. Sekarang kita dah sampai penghujung tahun 2020 , macam-macam boleh berlaku dalam waktu yang singkat ni.Sama jugak dengan Sya..Tujuan buka balik blog ni nak clear semua kenangan lama dan nak masukkan kenangan baru . Bila baca balik ape yang Aisya update dulu-dulu rasa kelakar pon ada.. Rasa macam diri ni apelah mak ahhh!! malu nya.. dah macam budak-budak terencat akal. hahahaha ! Sebenarnya Aisya tak tahu nak cerita ape, nak kongsi ape dengan korang..Macam malu pulak nak kongsi dalam ni.. tak tahu ada orang baca tak. bila dah lama tak update kawan-kawan pon dah hilang.. Tapi kalau tak cerita korang tak tahu pulak ape yang Aisya buat sekarang ni. So Aisya cerita lah serba sedikit eh .. Last Aisya update tahun 2019 rasanya..tu pon dah delete.. al maklumlah rasa macam tak nak baca post tu.. macam tak best. so Aisya ganti dengan yang baru ni. Macam tahun sebelum ni .. Aisya banyak merapu entah pape.. So hujung-hujung tahun ni Aisya nak serius sikit! huhuhu .. Guys ! Aisya dah nak masuk 27 tahun.. orang kata usia yang sepatutnya dah kahwin.. tapi Aisya tak kahwin lagi .. Insyallah tahun depan kalau ada rezeki . hehehe 2 3 Tahun ni banyak betul yang berlaku dalam hidup Aisya, dari bercinta 9 tahun. akhirnya putus.. and sekarang bercinta lagi.. Alhamdulillah.. sampai bertunang .. tunggu masa nak kahwin je ni .. Orang kata bukan nak menunjuk ke ape. just nak kongsi dengan korang semua berita gembira ni .. Aisya yang korang sayang sangat ni dah bertunang.. tahun depan kalau takde halangan nak kahwin dah.. dengan siapa? kalau boleh Aisya nak sorok dulu.. bila dah jadi.. dah betul-betul confirm Aisya tunjuk muka "SI DIA" eh.. sebelum tu Aisya gthu dululah.. mukanya macam HERO HINDUSTAN gitueerrr!!! .. hahaha sebab tu akak jatuh hati.. HAH ! ni mesti ada yang muntah hijau ni . loya !! Gurau jela guys.. sebenarnya dalam hubungan ni rupa paras tak penting pon. yang paling penting perangai.. cara dia layan kita.. layan family kita.. tu yang paling penting... satu lagi .. hubungan tu biarlah family kita boleh terima.. bukannya hanya kita yang sayang dia.. biarlah family kita pon sayang dia jugak.
Tu serba sedikit Aisya tunjuk dekat korang.. majlis sederhana je sayang semua.. tu pon dah cukup asal ada ikatan, restu family .. cukuplah tu. so lainkali Aisya update lagi .. ni pon curi masa time keje. hahaha !! Take Care guys, ! nanti Aisya up lagi .. bye-bye !!
" Sweet ! Apabila Aisya Ieyka Menaip Entry =)) "


Small Cute Purple Pointer