WHAT EVER YOU DECIDE TO DO, MAKE SURE IT MAKES YOU HAPPY :)

08:37 PAGI | ISNIN | 24 NOVEMBER 2014

Assalamualaikum rakan bloggers yang disayangi semua,setelah sekian lama menyepi akhirnya Aisya muncul kembali dengan entry yang terbaru. 
Maaf sangat-sangat sebab tak luangkan masa di blog nih, sape-sape yang visit blog Aisya mesti boring sebab entry yang sama tertampal di dinding blog Aisya kan.
Dulu takpelah kalau nak mengadap laptop 24 jam pun, sekarang nih bila dah kerja  banyak pulak komitmen lain yang perlu Aisya dahulu kan. Kalau dulu lah kan pukul 1 2 3 pagi tuh masih awal untuk Aisya sekarang nih sejak mula bekerja pukul 10 malam tuh dah cukup lewat untuk Aisya.mungkin penat kerja kot sebab tuh asyik nak tidur awal saje.
Hari nih pun Aisya update guna komputer tempat kerja Aisya coz laptop kesayangan Aisya rosak . hukhuk T_T sedih betul.punyalah Aisya sayang dekat dia, asyik panggil "baby baby" tup tup rosak lah pulak. Sekarang nih gaji tak dapat lagi nak beli keyboard baru pun tak cukup duit.
Abang Aisya cakap laptop Aisya rosak disebabkan keyboard so Aisya kenalah simpan duit dan beli keyboard baru. Sejak pakai kereta sendiri nih duit selalu saje tak cukup . hukhukhuk >.< ohh! sedihnya hidupku , nak beli laptop dan telefon baru pun tak boleh .
Rupanya banyak benda yang perlu dilakukan bila beli kereta baru nih, kena bayar roadtax lagi . Tak lama lagi kena pergi servis kereta pulak manalah nak cari duit nih, bukannya murah benda tuh semua. gaji Aisya pun rm600 saje coz Aisya kerja biasa-biasa saje. Bayar kereta tiap -tiap bulan rm380 lepas tuh kena isi minyak lagi. bayangkan lah sekarang nih yang ada dalam beg Aisya rm30 saje. lepas tuh nak beli nasi bawa pergi kerja lagi . hukhuk ,, macam kerja tanpa gaji lak pulak.
Kadang-kadang tuh teringin jugak nak pakai barang baru macam kawan-kawan tapi nak buat macam mana diorang boleh lah macam tuh coz diorang belajar ada duit PTPTN tapi Aisya nih kerja kecil jewp. tapi bila diorang kerja nanti diorang kena bayar pulak duit PTPTN tuh,sebenarnya sama saje. kan ?
Tapi walaupun macam tuh Aisya tetap bersyukur coz ma dan ayah Aisya banyak bantu Aisya, bayar muka kereta pun Ayah Aisya yang bayarkan bukan guna duit Aisya pun, kadang-kadang pulak minyak kereta Ayah Aisya yang isikan mungkin diorang tahu yang anak diorang nih tak ada duit. hehehe thanks ma ayah .. sayang kamu berdua sangat-sangat.
Masa kecil-kecil dulu bila mak ayah kita suruh belajar kita malas,semua benda taknak . lepas tuh bila tegur macam-macam lah kita menjawabnya. bila dah besar macam nih baru kita sedar betapa susahnya kehidupan dan baru lah kita tahu kenapa mak dan ayah kita desak kita supaya belajar bersungguh-sungguh.
Jadi untuk adik-adik yang belum lagi menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) belajarlah bersungguh-sungguh dan dengar cakap ibu bapa tuh. apa yang diorang buat adalah untuk kebaikan diri kita bukannya untuk kebaikan mereka, ganjaran yang kita dapat ialah  ilmu dan kerja yang elok-elok, manakala ganjaran untuk ibu bapa kita pula ialah kebahagiaan melihat anak-anak membesar dengan baik.
Adik-adik atau yang sebaya dengan Aisya yang tidak dapat meneruskan impian ke menara gading korang jangan sedih-sedih teruskan usaha dan menjadi orang yang berjaya okey. Aisya pun tengah mencuba mana tahu nanti dapat buka kedai sendiri. hehehe :')
Thanks sebab sudi baca celoteh Aisya yang entah pape nih. . Assalamualaikum ...........

" Sweet ! Apabila Aisya Ieyka Menaip Entry =)) "

Small Cute Purple Pointer