DIA JODOHKU ! PART 7

10:20 AM  | RABU | 24 SEPTEMBER 2014
Assalamualaikum ,, :) nih dia sambungan e-novel aisya ..sebenarnya aisya buat semalam lagi benda nih taip tak sempat nak letak dalam entry blog.. jemput baca ya ...

HILYA ANESSA| RAIMI ISKANDAR | HILYA SOFEA | RAKIF HELMI

Masa berlalu dengan pantas tanpa aku sedar jam sudah bergerak ke angka empat,adoi malas pula rasanya nak pergi ke bilik papa kang macam-macam pulak soalannya, kalau tak pergi Intan pulak yang susahnya.Sekarang nih perasaan aku dalam dua sama ada mahu pergi sendiri atau suruh saja si Intan yang bagi.Setelah berfikir panjang aku terus bangun dan membuat keputusan untuk menghantarnya sendiri nanti pandai-pandai lah aku kelentong kalau papa tanya pape kan ..
Dari jauh aku sudah nampak kelibat setiausaha papa yang memang setia sangat nih,semua yang berlaku dalam pejabat nih dia report dekat papa.
“ hai Kak Su” aku lemparkan senyuman yang paling manis..
“hai Cik Anessa. Nak jumpa Dato ?” soalnya kepadaku. Aku mengiakan saja..pantas betul tangannya menekan butang di telefon,Kedengaran suara papaku menyuruh aku tunggu di luar.nak masuk bilik papa sendiri pun susah punyalah ketat kawalan. Aku mengeluh sendirian ..
“ Cik Anessa duduklah dulu nanti bila Dato dah siap meeting saya akan suruh Cik masuk ya.” Jelas Kak Su...
Situasi yang sangat pelik tanpa berfikir panjang aku terus melangkah ke pintu bilik papa tapi belum sempat aku memulas tombol pintu Kak Su terus memegang tangan ku.
“ Cik Anessa kejap .. Cik nak minum air apa ? saya boleh buatkan lagipun Dato ada discussion dengan client dia mungkin Cik boleh tunggu sambil minum.” Cadang Kak Su padaku . pelik pulak kalau difikirkan balik macam tak logik saja. Aku mengerling jam di tangan sudah pun pukul 4.20 petang takkan lah masih ada client datang jumpa dengan papa,selalunya papa takkan buat discussion petang-petang macam ni .
“minum? Apa pelik sangat Kak Su nih?selalunya papa mana ada meeting petang-petang macam nih Kak Su.papa,dia tak suka buat meeting waktu petang selalunya belah pagi saja.boleh beritahu dekat saya siapa nama client tuh?” tanya ku, ada benda yang tak kena nih.bila aku tenung wajah Kak Su, aku nampak dia keresahan.kenapa sebenarnya nih ada yang tak kena ke.
“Kak Su kenapa nampak gelisah saja,ada yang tak kena ke? Siapa client yang meeting dengan papa saya? Saya kenal ke orang tuh?” soal ku lagi, tak boleh jadi nih aku kena jugak siasat.paksa pun paksalah yang penting Kak Su beritahu padaku.
“ Cik Anessa tak kenal client Dato.urmm apa kata Cik tinggal saja fail-fail yang cik sudah semak itu nanti bila Dato sudah siap meeting saya beri pada Dato.macam mana cik ?” saat tuh aku rasa tak sedap hati macam ada benda yang papa sembunyikan dari aku,nih mesti berpakat dengan PA dia sekali.nih tak boleh jadi aku kena jugak serang bilik papa kalau aku nak tahu apa yang berlaku sekarang nih..
“ kalau saya nih tak kenal client papa kenapa Kak Su tak bagi saya nak masuk bilik papa? Bukannya saya nih orang lain Kak Su, saya nih anak CEO, pemilik syarikat nih.saya tak kira saya nak masuk jugak.Kak Su jangan ingat saya nih bodoh ya,saya tahu Kak Su dan papa sembunyikan sesuatu dari saya.” Marahku... Belum sempat Kak Su memegang bahuku,aku sudah pun menolak daun pintu. Saat daun pintu terbuka aku tergaman melihat kelibat insan yang cukup aku kenali.
“ Rakif....” panggil ku, nafas ku turun naik, kaki ku lemah untuk berdiri.Rakif dan papa memandang wajah ku dengan reaksi yang amat terkejut mungkin mereka tidak menyangka aku akan menyerbu masuk seperti ini .
“apa semua nih papa? Rakif?” tanya ku dengan suara tenggelam timbul. Ya Allah apa yang berlaku nih.kenapa Rakif bersama dengan papa. Airmataku mengalir aku tak faham dengan situasi yang berlaku di depan aku saat ini realiti atau mimpi.
“ Iya.. sayang bawa bertenang.apa yang Iya nampak tak sama dengan apa yang Iya tengah fikir papa dengan Rakif.. kami.. kami ..” belum sempat papa habiskan bicara aku terlebih dahulu memotongnya dengan nada yang amat marah dan kesal ..
“ kami apa papa? Kami apa? Jadi nihlah sebabnya Rakif nak tinggalkan Iya.sebab papa yang suruh dia sebab papa yang selalu ganggu hidup dia. Kenapa papa?apa yang dia buat dekat papa sampai papa buat macam nih?” jerit ku dengan kuat..
Saat itu Rakif bersuara mungkin dia tak nak kami anak beranak bergaduh ..
“ HILYA ANESSA jaga mulut you.you sedar tak yang you tengah bercakap dan yang you jerit-jerit nih siapa hah ? nih papa you orang tua you.you sedar tak nih? jangan kerana sebab i, you nak jadi kurang ajar macam nih dengan parents you.” Rakif memandang mata ku dengan penuh kekesalan. Papa mengeluh dan Kak Su pula menundukkan wajahnya..
“ sayang dengar penjelasan papa dulu lepas tuh kalau Iya nak buat keputusan apa-apa pun Iya buatlah. Papa suruh Rakif datang ke pejabat papa untuk bagi nih pada dia” papa menunjukkan sekeping kertas kepadaku. Bila aku lihat dengan teliti aku pasti itu adalah cek.
“ Cek? Untuk apa papa? Itu syarat untuk tinggalkan Iya ke?” tanya ku dengar nada yang masih bengang dan marah .
“ Rakif .. itu cek kan?kenapa you perlu ambil cek tuh? Kenapa you perlu datang ke office papa i? Kenapa? Apa maksudnya dengan cek itu papa?” persoalanku satu pun tidak dijawab oleh mereka.mereka hanya diam tanpa kata.
“ jawablah.kenapa semua orang diam? Cek itu untuk apa..  PAPA.. RAKIF ..” laungku dengan kuat..jeritan aku yang kuat memeranjatkan staf yang sedang bekerja.sekarang nih aku langsung tak kisah apa pandangan staf padaku.aku betul-betul ingin tahu apa tujuan papa beri cek itu pada Rakif.tangisanku semakin kuat ..
“ kenapa semua orang diam?papa, Iya nih betul-betul anak kandung papa ke?kenapa papa buat macam nih sekali dekat Iya?jawablah papa.” Tanya ku dengan tangisan yang sedu sedu.
Setelah agak lama mereka menyepi akhirnya papa bersuara..
“Iya..papa buat semua nih untuk kebaikan kamu,tolong jangan salah faham, papa ada sebab yang tersendiri kenapa papa tak boleh benarkan kamu kahwin dengan Rakif walaupun kamu mencintai dia dan papa jugak tahu Rakif pun mencintai kamu tapi dia bukanlah calon suami yang terbaik untuk kamu, Rakif sendiri pun tahu semua nih. kan Rakif ?...” tanya papa kepada Rakif. papa memandang wajah Rakif untuk meminta kepastian begitu juga aku tapi Rakif pula menunduk bisu tanpa berkata apa-apa pun. Sayu hatiku memandang wajah Rakif yang diam itu.
Otak ku mejadi bingung dan lidah ku menjadi kelu untuk berkata-kata, rasanya tidak ada guna lagi aku berdiri di situ,aku terus meninggalkan Rakif dan papa tanpa menoleh sikit pun.
“  Maafkan saya terpaksa menyakitkan hati awak sampai macam itu sekali tapi apa yang saya cakapkan tadi saya maksudkan nya.” Papa terus menghulurkan cek tersebut kepada Rakif, Rakif memandang cek ditangan papa tanpa berkelip.
" saya tak perlukan cek itu Dato, kalau Dato rasa dengan cek itu saya akan lupakan Hilya saya betul-betul minta maaf,saya tak dapat lakukannya.saya dah cuba sedaya upaya saya untuk pujuk Hilya tapi kalau dia masih lagi berdegil itu bukan urusan saya lagi.tolong jangan ganggu family saya tolonglah.walaupun saya nih miskin saya tetap ada maruah Dato." Rakif menepis tangan papa yang sedang menghulurkan cek kepadanya dan dia pun terus berlalu pergi .. 
papa memandang langkah Rakif dengan penuh kemarahan..
 Saat itu aku yang sudah pun sampai ke bilikku terus mengemas apa yang patut, airmata yang mengalir ku sapu tapi semakin aku sapu semakin kuat ia mengalir.hati ku terasa sakit yang amat.Intan yang kebetulannya masuk kebilik ku terkejut melihat aku menangis tersedu-sedu dibawah meja..
“ Ya Allah cik.. kenapa menangis nih cik? Apa yang berlaku nih?” Intan menggosok bahu ku supaya aku bertenang tapi apakan daya aku tak mampu nak menahan lagi.aku terus menangis dan menangis.Agak lama jugak aku menangis akhirnya aku mampu menenangkan hati aku yang terguris ini. Dengan suara serak dan airmata yang masih lagi terisa aku meneruskan jugak kata-kata ku ..
“ Intan.. dengar sini saya nak pergi jauh dari sini tapi awak janji satu benda dengan saya, awak jangan pandai-pandai beritahu sesiapa pun saya nak pergi kemana walaupun papa dengan mama saya yang tanya awak.rahsiakan hal ini.hanya awak dan saya saja yang tahu, faham tak nih,?” Intan dengan rasa serba salah terus berjanji dengan ku .Aku  terus mengelap airmataku dan berdiri untuk beredar,manakala Intan pula terpinga-pinga dengan perbuatanku ..Tanpa pamit aku terus beredar ketempat rahsia yang ingin ku tuju. Tempat rahsia itu hanya aku yang tahu .

" Sweet ! Apabila Aisya Ieyka Menaip Entry =)) "

DIA JODOHKU ! PART 6

10:10 PM | SABTU | 20 SEPTEMBER 2014
Assalamualaikum rakan-rakan semua.maaf sangat-sangat coz dah lama sangat Aisya menyepi langsung tak update blog nih..Kesian korang terpaksaa tunggu lama untuk sambungan E-Novel Aisya..Aisya janji kalau ada masa yang terluang Aisya akan cuba update yang baru okey :) jemputlah baca sambungan part 6 ...

HILYA ANESSA| RAIMI ISKANDAR | HILYA SOFEA | RAKIF HELMI

“ suka hati awaklah malas saya nak layan.” Raimi tersengeh-sengeh memandang ke arahku.
Jam menunjukkan pukul 1.50 tengahari, bilalah agaknya mamat nih nak gerak erkk.aku nih solat pon tak lagi dahlah tadi aku keluar office awal kang masuk lewat aku jugak yang kena dengar leteran papa adoiii .. 
“ bila nak gerak nih?tak  siap lagi ke makan tuh?cepatlah sikit dari tadi saya tunggu awak.berapa lama lagi awak nak bertapa dekat restoran nih.?” tanya ku lagi .. 
bertubi-tubi aku menyerangnya. Bosan campur geram semua ada, bukannya nak makan cepat sikit nih duduk main kenyit-kenyit mata dengan perempuan tuh.apa yang dapatnya,geram betul aku ..
“ Raimi Iskandar.....” laung ku . boleh pulak dia buat tak tahu bila aku bercakap,manusia mana yang tak geram bila kita tengah bercakap dia main benda lain ..
“ye ye ye.. apa dia sayang? Kejaplah tinggal sikit je lagi nih kalau tak habiskan kata membazir pulak.” Aku menjeling 180 darjah kearah nya.macam-macam alasan erkk kau bagi dekat aku macamlah aku nih tak ada mata dari tadi aku nampak kau dok main mata dengan perempuan tuh..
“ Raimi.awak nak makan ke awak nak ayat perempuan tuh? Pilih salah satu.dari tadi lagi saya sabar dengan kerenah awak,apa masalah awak sebenarnya nih?yang keluar makan dengan awak tuh saya,bukannya dia kenapa awak tak pandang saya macam awak pandang perempuan tuh.” Tanya ku .. ketika itu Raimi tiba-tiba saja memusingkan badannya ke hadapan meja dan memandang ke arah ku dengan matanya sikit pun tak berkelip.
 “ ulang balik apa yang awak cakap dekat saya tadi sayang ? apa dia?” tanya Raimi padaku dengan suara yang agak kuat.. masa tuh aku memang kaget sangat-sangat,aku ada buat salah ke sampai Raimi pandang muka aku nih macam nak telan saja.
“mana ada apa-apa . teruskan lah kerja awak tuh.makan perlahan-lahan ya dan pandanglah perempuan tuh puas-puas saya tak halang lagi dah ..
“Nessa,,, sebenarnya Nessa nih ada perasaan dekat Raimi ke ?kalau tidak kenapa Nessa nak meradang macam nih,Raimi pandang jewp bukannya nak mengurat dia,yang depan mata Raimi nih pun tak terjaga nak mengurat perempuan lain pulak memang taklah jawabnya” apa punya soalan tuh buat aku terkejut saja.eleh poyo ayat padahal nak tukar topik macamlah aku nih tak tahu .
“ apa yang awak mengarut nih.?bila masa pulak saya sukakan awak,sikit pun tak ada dalam hati nih perasaan suka dekat awak okey, keadaan yang macam tadi tuh biasalah saya memang tak boleh kalau orang tak beri perhatian pada saya bila saya tengah bercakap bukannya ada maksud yang tersurat dan tersirat pun . tak apalah kalau macam tuh saya nak baliklah ke officelah,kalau nak tunggu awak pon rasanya lambat lagi,lagipun  saya nih belum menunaikan yang wajib lagi..” jelasku.
“ okey..okey .. dah nak siap nih,tunggu kejap saya pergi bayar dulu.tunggu tau jangan nak pergi kemana-mana” aku turutkan saja katanya.
Setelah selesai semuanya aku membuat keputusan untuk beredar terlebih dahulu,ingatkan nak singgah dekat masjid dulu untuk menunaikan solat zohor.kang lengah-lengah nanti terbabas pulak lebih baik aku tunaikan dulu apa yang wajid.aku singgah dekat masjid yang berdekatan dan terus solat ..
Lega rasanya bila dah selesai,aku terus beredar.Jam menunjukkan pukul 2.30 petang.. aku segera masuk ke pejabat ku,dari jauh lagi aku sudah nampak Intan kegelisahan,mata kami bertentangan Intan terus jalan kearahku dan menerkam ku.
“ Cik pergi mana?puas saya call langsung cik tak angkat,cik tahu tak saya risau tambah pulak dengan Dato asyik tanya pasal cik jenuh saya nak menjawabnya cik.” Tak sempat nak duduk lagi si Intan nih dah datang menyerangku. Kesian pulak aku tengok Intan nih.
“ sabar-sabar Intan, cuba awak bawa bertenang dulu.” Tegurku ..
“macam mana saya nak bertenang cik,cik tiba-tiba saja hilangkan diri.fail-fail banyak yang perlu disemak cik,pukul 4 petang Dato nak fail tuh cik.” Terang Intan, setakat semak fail tuh sebenarnya bukan masalah besar pun tapi Intan nih gabra lebih adalah tuh yang tak kenanya.
“ okey-okey,saya minta maaf sangat sebab keluar tergesa-gesa tadi,awak jangan risau masalah fail ke Dato ke saya akan selesaikan sendiri,pandai-pandailah nanti saya jawab okey.awak dah makan ke” tanyaku...
“belum cik,saya tak makan lagi.macam mana nak makan kalau saya asyik fikir pasal cik saja.” Jelas Intan dengan muka sedikit monyok. Kesiannya dekat Intan dapat bos pentingkan diri macam aku nih.
“macam nih,awak keluar makan dulu nanti pandai-pandailah saya uruskan yang lain tuh.Awak tak payah nak peningkan kepala awak nak fikirkan pasal nih,saya akan uruskan semuanya.tugas awak sekarang nih pergi makan..okey?”
“ macam mana saya nak pergi makan cik?sekarang nih waktu kerja bukannya makan dah..”dengan muka yang sedih Intan terus beredar ke kerusinya.adoiii tiba-tiba perasaan bersalah menyelubungi hati aku nih.aku berjalan ke arah meja Intan dan memujuknya untuk makan, mungkin nih first time dalam sejarah kot bos pujuk pekerja..hahaha ada aku kisah ? tak kisahlah dah aku yang buat salah takkan aku nak diamkan diri saja tak tenteram jugak hati aku nih..
“ Intan pergilah makan,saya benarkan awak keluar. Tak bestlah kalau setiausaha saya yang cantik nih sakit nanti saya nak gaduh dengan sapa?nak kawan dengan sapa? Dengan awak je tau saya boleh buat perangai macam tuh.” Sengaja aku cutekan wajahku yang sememangnya tak cute nih untuk hiburkan hati pekerja aku yang sememangnya sensitif nih...
“ betul ke saya boleh keluar nih cik?” tanya Intan, Aku segera mengangguk kepala mengiakan pertanyaan itu..Intan melangkah dengan penuh kegembiraan..happy betul setiausaha aku nih tadi kemain masamnya muka..macam-macam ragamlah budak office aku nih..
Aku segera menyiapkan kerja-kerja ku yang tertangguh itu . Sebenarnya aku bercadang untuk pulang awal ke rumah badan nih penat sangat rasa macam tak mampu nak buat kerja tapi nak buat macam mana bila fikir balik keresahan si Intan tadi aku gagahkan jugak untuk siapkan semuanya...
Fikiran aku masih lagi kusut fikirkan hubungan ku dengan Rakif yang tak ada kesudahan nih tambah pulak dengan si Raimi yang memang tak putus asa tuh. pening sangat kepala nih,bestnya kalau ada adik-beradik ramai nih bolehlah kongsi masalah nih dengan diorang.Ada seorang adik pun tak guna selalu saja bagi masalah pada aku sekali pun tak pernah buat aku gembira.Semua yang jadi dalam hidup aku sekarang nih berpunca dari dia.mama dan papa pulak bela sangat si Sofea tuh,apa aje dia buat betul aku nih jewp yang salah di mata diorang.Penat jugak jadi anak sulung nih tanggungjawab besar..Sofea pulak senang hati saja lepas tangan macam tuh sedangkan puncanya datang dari dia..nak marah pun tak ada gunanya bukan Sofea ada depan mata,kalau dia ada depan mata aku sekarang nih tak lama aku cincang lumat-mulat..geram betul ...

" Sweet ! Apabila Aisya Ieyka Menaip Entry =)) "

CABARAN LIEBSTER AWARD

08:20 AM | ISNIN | 15 SEPTEMBER 2014
Assalamualaikum semua..pagi-pagi lagi dah update entry . hoho ..pukul 8 pagi aisya masuk keje dan kebetulan takde keje yang perlu dibuat aisya on PC dan terus buka blog. terjumpalah satu blog nih.. jeng-jeng dia tag nama aisya lah .. baik tau adik ummu aqillah nih . terharu ..:")
tak pernah-pernah join benda macam nih tertiba nak join .. best jugak asenya. 
aisya nak ucapkan terima kasih dekat adik ummu aqillah coz sudi tag blog akak .. :D disebabkan aisya dah join benda nih.aisya kenalah jawab 11 soalan .. memang wajib jawab erkk . hehehe

BISMILLAH...

1.Apakan jenis telefon yang anda sedang gunakan dan berapa harganya.
-LENOVO A516 , murah jewp . RM400
2. Apakah makanan kegemaran anda dan apakah sejarahnya.
-Nasi kerabu . tak pastilah korang tahu ke tidak.kalau di KELANTAN memang terkenallah nasi nih.sejarahnya ialah disebabkan  nak buat nasi nih lah aisya beajar masak . hoho hebat tak ?
3.Kalau anda memenangi wang tunai sebanyak RM 2 juta , apakah yang anda akan lakukan dengan wang tersebut.
-bawa ma dan ayah menunaikan haji lepas tuh buka perniagaan :)
4.Hidup anda bergantung kepada.....??
- pada ibu bapa, adik-beradik,si dia, kawan dan diri sendiri..
5.Apakah nama sahabat baik anda dan adakah kamu menyayanginya? Berikan sebab.
- Nur Asmaini Ismail.Hisma Nabila Kamarulzaman. mestilah sayang.sebab diorang sentiasaada dikala aisya senang dah susah ..
6.Anda mempunyai hobi pelik? Nyatakan.
- ada ,, suka terperap dalam bilik.tak keluar satu hari pon takpe. huhu
7.Adakah anda meminati Korea?? Nyatakan.
- minat... pernah tengok GOT7 ? aisya suka Jb oppa :*
8.Berikan saya 2 fakta tentang diri anda.
- aisya seorang yang penyabar tapi suka jugak marah-marah kalau orang yang cari pasal dulu dengan aisya.
- aisya bukan anak manja.aisya anak yang cool.
9.Apakah benda yang paling anda sayang.
- laptop,telefon dan bear ..
10.Jikalau muka anda ditumbuhi jerawat, apakah yang anda akan lakukan?
- cepat-cepat cari ubat .. nak rawat jerawat xnak tinggal parut dekat muka.
11.Apakah perkara yang pertama yang anda akan lakukan sekiranya anda memenangi sesebuah pertandingan sukan.
-aisya akan raikan kemenangan tuh bersama family da kawan-kawan.sambil tuh berselfielah ..

akhirnya selesai sudah aisya menjalankan amanah Liesbter Award ni. jadi aisya akan bagi panduan untuk sesiapa yang bakal ditag oleh aisya kejap lagi ya.
panduan Cabaran Liebster Award:
1. Mention blogger yang tag korang tu.
2. Jawab 11 soalan yang diberi
3. Calonkan 11 blogger yang followers nya kurang 1,000
4. Buat 11 soalan untuk ditanya kepada 11 blogger tersebut
5. maklumkan kepada 11 blogger tersebut.
********************************************************

*Soalan yang aisya akan ajukan kepada korang semua adalah:
1. Apakah jenis telefon yang  anda guna sekarang ini ? nyatakan sebab memilih model tersebut.
2.Jika anda diberi peluang untuk melancong ke luar negara. negara apa yang mejadi pilihan anda.Nyatakan alasan.
3. Anda seorang yang pemalu ? ya atau tidak. Nyatakan alasannya.
4. Adakah anda seorang kaki kpop? lagu hits terbaru yang anda tahu .
5. Apakah makanan kegemaran anda ? Sila nyatakan sebab anda memilih makanan tersebut.
6. Jika anda terserempak dengan artis kegemaran anda.Apakah yang ingin anda katakan padanya.
7.Jelaskan kepada saya tentang perwatakkan anda .
8. Jika ada seseorang lelaki tiba-tiba memarahi anda,Apakah yang akan dilakukan oleh anda?
9. Apakah perkara pertama yang akan anda lakukan sekiranya anda memenangi wang sejumlah 1 juta.
10.kata-kata yang menguatkan semangat anda ..
11.Adakah anda mempunyai hobi yang pelik ketika lapang. Nyatakan ...

SELAMAT MENJAWAB... >.<

" Sweet ! Apabila Aisya Ieyka Menaip Entry =)) "

KENANGAN TIME KANAK-KANAK DULU :D

02:54 PM | SELASA | 9 SEPTEMBER 2014

Assalamualaikum ... sekian lama tak update blog akhirnya adalah juga idea nak update nih . Korang semua mesti ada kenangan yang memang korang tak boleh nak lupakan time kanak-kanak dulu kan.Samalah macam aisya..aisya pon ada kenangan yang xdapat aisya lupakan ... Bila ingat balik zaman kanak-kanak dulu rasa kelakar pun ada. mana taknya dulu aisya nih suka tau pakai dress singkat paras lutut macam baju sekolah jepun gitu.serius memang lawa sangat baju tuh.bukan aisya cakap aisya yang lawa eh .hehehe :")
Korang nak tahu tak masa kecik dulu aisya nih orang kata memang kaki buli lah ..selalu gaduh ngan abang aisya,bila dah besar sekarang nih takde pon nk buat macam tuh .. dia tarik rambut aisya dan aisya pulak tarik telinga dia..sampai sekarang nih telinga dia dah jadi telinga gajah  .hehehe sorry chik ,, 
Chik tuh abang aisya lah, yang aisya selalu gaduh tuh .pelik ke? jangan macam tuh sebenarnya aisya memang tak panggil abang dekat abang aisya.aisya dah terbiasa dengan panggilan " pokchik ". sorang lagi pulak "udo" dah macam anak saudara pon ada aisya nih.. aisya ada tiga orang abang jewp .. yang abang sulung tuh aisya panggil "abe" . . . baca betul-betul amboi kemain manjanya ya. hahaha . . macam kakak-kakak pulak aisya memang panggil diorang kakak..dengan abang2 aisya yang handsome dan macho tuh mungkin umur kitorang tak jauh sangat sebab tuh aisya tak boleh nak panggil abang dekat diorang ... lupakan hal tuh kita cerita pasal zaman kanak-kanak eh ..
Jom baca .. nak tanya nih ..korang pernah main layang-layang dekat sawah padi ? dulu belakang rumah makcik aisya ada sawah padi .tapi aisya tak panggil sawah padi aisya panggil " pade " .kawasan tuh memang sesuai main layang-layang.aisya ingat lagi time tuh umur aisya 5 tahun . angin kuat sangat sesuailah main layang-layang.selesai mai layang-layang abang-abang dan kakak-kakak aisya ajak aisya pergi tangkap belalang.. belalang yang warna hijau tuh . arwah nenek aisya kata belalang tuh boleh makan ... disebabkan aisya nih memang tak tahu pape.kecik lagi time tuh,aisya pergi tangkap dan suruh arwah nenek aisya goreng. perhh memang sedap .rasa dia macam udang goreng tapi sekarang nih bila dah besar langsung tak boleh nak makan..aisya rasa loya .dekat belalang pon ika takut hahaha .. hebat tak ? hebat tak ?
korang mesti terkejut nih coz korang tak biasa buat kan ? aisya dulu dikira nakal jugaklah ..suka kawan dengan sepupu-sepupu laki . bila raya kan diorang suka main mercun.aisya pon join sekali main mercun dengan diorang. pakai baju kurung nih tapi main mercun siap campak mercun dalam air lagi..hahahaha brutal tak aisya ? bila ingat balik lucu lah pulak . masing-masing dah besar sekarang nih .cakap pon x .kalau dulu mana malu siap main kahwin-kahwin lagi . hahaha .sengal kan ?
Pernah tak korang main "too nusuk" . tahu tak apa tuh ? hah meh sini aisya cerita. aisya bagi hint lah sikit dekat korang . lepas tuh korang cuba teka ya. permainan nih boleh jewp main berapa orang pon yang penting mesti ada sorang yang akan kira 123 then cari yang lain . tugas yang lain pulak menyorok jangan bagi yang sorang nih jumpa. amacam korang dah dapat teka ke? permainan apakah itu ? hahahaha jeng--jeng...
kalau tahu PM aisya ye. cehwahh. hahaha
Sebenarnya ada banyak kenangan yang kita tak boleh nak lupa ada yang gembira, sedih dan kecewa.semua ada.yang paling aisya susah nak lupa ialah kenangan time aisya xcident motor. orang yang bawa motor tuh adalah abang aisya.dia tak berapa nak mahir sangat bawa motor tapi dia selalu bawa aisya jalan-jalan.time tuh aisya darjah 3 . nak buat macam mana kan malam tidak berbau .tetiba jewp ada sorang pakcik nih bawa motor entah pape menyebabkan abang aisya nih hilang kawalan dahlah dia memang nervous time tuh . aisya tercampak dalam hutan .dah macam drama aksi pon ada nih,  korang kenal kan dawai besi ? hah benda tuhlah tersangkut ke tercangkut hah . apa-apa jela asal korang faham. benda tuh lah yang menyebabkan aisya tak dapat nak jalan selama seminggu .. nak pergi sekolah pon susah.sampai sekarang masih ada lagi parut tuh dekat lutut aisya.mula-mula tuh aisya tak nangis pon sebab tak tahu kaki aisya berlubang sampai nampak tulang,sakit tuh memanglah ada.. tapi ingatkan sikit jewp coz tuh aisya relax jewp jalan.bila abang aisya tegur yang kaki aisya berdarah,aisya terus nangis.terus tak boleh nak jalan.dramatik sungguh nih.hahaha
Jadi tak peliklah kalau aisya fobia sangat dengan motor. korang pon dah tahu kelemahan terbesar aisya.huhuhu
.pernah jugaklah kawan-kawan aisya ajak naik motor dengan diorang.aisya selalu tolak,tak beranilah .. bila sebut pasal nih aisya teringat plak masa aisya tingkatan 3.
Aisya ingat lagi time peperiksaan PMR . hati tuh hari last PMR, nak dijadikan cerita hujan pulak tiba-tiba turun jadi susahlah sikit aisya nak balik rumah.masa tuh ayah aisya keje lagi jadi dia xboleh nak tinggal keje dia kebetulan plak aisya habis pekse awal, nasiblah kena balik dengan teksi .. lepas tuh adalah sorang kawan aisya nih dia kecian tengok aisya kena hujan tunggu teksi nak balik rumah .. dia nak tumpangkan aisya.aisya nih memang takut nak naik motor. fikir puya fikir dan pujuk punyalah pujuk aisya setuju nak ikut dia balik. punyalah baik hati sedangkan kitorang bukannya sekelas.dia janji dengan aisya yang dia xbawa laju .. time tuh aisya memang menggigil dan seram sejuk dah ..sampai berpeluh2. aisya pon mintak nak pegang bahu dia sebab aisya takut sangat dan dia pon kata boleh . aisya peganglah .. sampai jewp depan jalan rumah aisya,aisya tengok baju dia dah terkoyak .. Masyaallah .kecian dekat dia.. nasib baiklah dia faham aisya macam mana.malu aisya tau..hehehe
tapi tuhlah indahnya zaman kanak-kanak nih . kalau korang ada zaman kanak-kanak yang kelakar share lah dengan aisya .. tag okey .. aisya pon nak tahu jugak . hehehe 

" Sweet ! Apabila Aisya Ieyka Menaip Entry =)) "

Small Cute Purple Pointer