DIA JODOHKU ! PART 5

10:38 PM | SATURDAY | 30 OGOS 2014
Asslamualaikum...maaf sangat-sangat sebab tak sempat nak update cerita nih.. bz sangat hari nih tak sempat nak sentuh laptop pun..kesian dekat dila dan dayah tertunggu-tunggu sambungan cerita nih.. meh baca..aisya dah buat sambungan dah.hehehe :")

HILYA ANESSA| RAIMI ISKANDAR | HILYA SOFEA | RAKIF HELMI
Lebih kurang 20 minit aku memandu sampailah aku di sana, dari jauh lagi aku sudah nampak Rakif termenung sambil memandang ke arah tasik.agaknya dia memikirkan apa ya khusyuk sungguh sampaikan aku yang berdiri disebelahnya pun dia tak sedar.
“assalamualaikum Kif” aku buntu samaada mahu mula bicara atau biarkan keadaan sepi macam tu. Dia memandang ke arah ku..pandangannya penuh dengan duka.saat tuh kami masing-masing mendiamkan diri.aku tak tahu nak luahkan macam mana dekat dia.. mungkin dia pun sama.
“waalaikumussalam.duduklah Iya” setelah agak lama kami menyepi barulah kedengaran suara Rakif menyuruh ku duduk.Masa tu aku dalam dua nak duduk ke nak berdiri.kalau aku duduk aku takut aku tak mampu nak melangkah pergi dan kalau aku berdiri aku takut aku tak mampu nak menahan apa yang akan dikatakan oleh Rakif..
“ duduklah. Kif nak cakap sikit dengan Iya.sekarang nih kita cakap macam orang dewasa bukan sebagai pasangan kekasih "
Aku duduk disebelahnya menanti apa yang ingin dikatakan olehnya.
“Kif dah fikir masak-masak Kif memang tak boleh nak teruskan semua nih.jujur Kif beritahu dekat Iya yang Kif sayang Iya tapi family Kif adalah segalanya. Kalau sebab Iya, Kif terpaksa buang family Kif.Kif tak boleh nak teruskan. Minggu lepas papa Iya ada jumpa dengan Kif.kitorang bincang pasal perkahwinan Iya dengan pilihannya Raimi Iskandar.papa Iya cakap perkahwinan tuh memang tak boleh nak dibatalkan lagi sebab semua persiapan dah dibuat.kalau batalkan jugak family Iya dan family bakal suami Iya akan menanggung malu.Kif tak nak jadi orang ketiga.cukuplah family Iya benci Kif tolong jangan buat orang lain jugak benci Kif.Kif pun ada maruah Iya,Kif tak nak hanya sebabkan seorang perempuan Kif nak susahkan family Kif.Kif sedar Kif miskin nak dibandingkan dengan family Iya memang tak bolehlah.tolonglah tinggalkan Kif.pergilah bersama dengan bakal suami Iya.dia lebih layak untuk Iya berbanding dengan Kif nih.”
Lidahku kelu aku tak tahu nak luahkan apa atau jawab apa yang dia katakan.mungkin aku mampu menjadi pendengar sahaja.aku tak sanggup nak duduk lama-lama disitu.kalau itu yang dimahukan oleh Rakif.baiklah aku ikutkan saja.kalau betul aku nih menyusahkan dia.baiklah aku pergi .. aku pergi....
“ Iya nih menyusahkan Kif ke?”
Hanya soalan itu yang terdetik dalam fikiran ku.dia menggeleng bermakna aku tak pernah menyusahkannya.
“habis kenapa Kif tak boleh nak pertahankan hubungan kita?” tanyaku.
“ Iya masih lagi tak faham ke apa yang Kif cuba nak sampaikan nih? Kita berdua tak boleh bersama.Kif ni tak layak untuk Iya.”
“sayang..tolonglah sayang Iya perlukan Kif dalam hidup Iya.selama nih Kif banyak ajar Iya macam mana untuk menempuhi liku-liku kehidupan.Kif selalu beritahu dekat Iya yang kita boleh bersama sekiranya kita mampu menahan apa jewp yang orang buat dekat kita.kenapa sekarang nih Kif jadi lemah?” sekali lagi dia memandangku.agak lama jugak aku tunggu respon darinya tapi tiada apa-apa jawapan.untuk apa lagi aku terus berada disitu.tiada apa-apa yang kami boleh selsaikan.
Tanpa berlengah aku terus bangun dari kerusi yang ku duduk.tak betah lagi aku duduk di sana. Biarlah semua nih bergerak seiring dengan waktu yang berdetik.kami itu jodoh kami,kami akan bersam jugak juga..aku malas lagi nak fikir semua nih.aku meninggalkan Rakif tanpa sepatah kata perpisahan.tak pernah sekali pun terlintas dibenak ku untuk berpisah dengannya.kalau perkahwinan yang diingin nya,akan aku turuti.
Setibanya aku ditempat parking kereta aku menangis semahunya.aku bukanlah insan yang lemah tapi kali nih aku betul-betul tak mampu nak tahan lagi.kalaulah ada orang yang sudi temankan aku time aku ada masalah nih kan best.nak ajak mamat blur nantikan dia fikir bukan-bukan pulak.kang dia kata aku nih syok dekat dia parahlah. Tapi kan aku mana ada kawan,selain Rakif aku mana ada kawan lagi.aku nih langsung tak sama dengan Sofea.Sofea memang ramai kawan yang aku nih pulak lebih suka duduk sorang-sorang melayan blog,twitter dan facebook.hari-hari tuh jela kerja aku.
Dah memang tak ada cara lain dah.aku kena jugak telefon mamat tuh,buat muka tak malu jela.lagipun ajak makan jewp nak tenangkan hati aku yang tengah kusut nih.aku terus mengdail nombor mamat blur,kenapa tak angkat-angkat lagi nih sekarang dah nak masuk waktu lunch takkan tak bawa telefon kot. Ketika aku ingin mematikan talian tetiba bunyi suara seseorang..rasa berdebar-debar pulak hati nih.nak cakap ke tak nak rasanya dia tak save nombor telefon aku nih.Ya Allah berdebarnya dup dap dup dap dah nih..
“hello,assalamualaikum.. sayang kenapa call nih?” tanya Raimi.aik aku ingat dia tak kenal aku rupanya kenal.buat suara cool sikit kang dia tahu aku nangis nahaslah pulak.
“ waalaikumussalam.buat apa tu?sekarang nih lunch kan?makan dekat mana?”
“wohh..wohh kenapa banyak sangat soalan nih sayang.satu-satu lah tak payah nak jadi kereta api express sangat.. slow-slow okey.kalau macam tuh saya jawab satu-satu ya.sekarang nih dah pukul 1 so mestilah lunch kan? Saya tak keluar makan mungkin makan dekat kafe saja dan saya baru saja habis meeting dengan klien dekat Cheras dan sekarang nih saya dah pun sampai ke pejabat .”
Merah padam muka aku dah macam pakai blusher pun ada nih.adoii macam mana aku boleh buat silap,nih gabra punya pasal lah abis berterabur aku cakap.Time serang dia tak ada pulak nak merah-merah nih bila cakap elok-elok macam nih, aku jadi pulak opera cina pulak..atotoiii.... malunya aku mama help me...sob sob ..
Disebabkan aku dah malu tahap gaban nih aku langsung tak balas apa yang dicakapkan oleh si mamat blur tuh dan aku memang tak beru perhatian langsung apa yang dikatakan olehnya.
“ sayang? Yuhuuu ada lagi tak nih?senyap pulak dia erkk.” Bukan senyaplah aku malu nak jawab.aku mana biasa cakap dengan si Raimi nih,selama nih kitorang mana cakap kalau tengok-tengok macam tuh adalah.dah dia nih boyfriend si Sofea takkan aku terhengeh-hengeh nak bercakap pulak,senyapkan lebih baik.
“ ada lagi nih... tak mati lagi. Urmm ingatkan nak ajak awak lunch tapi tak apalah.nampak macam awak sibuk sangat saya tak nak ganggulah.saya letak dulu.” Belum sempat aku nak letak dia dah panggil nama ku..
“ eh Nessa..janganlah letak lagi saya baru jewp nak dengar suara awak.susah tau nak dengar suara awak yang lembut macam nih,selalunya marah-marah jewp dekat saya.comel jugak erkk bila awak lembut macam nih..sopan santun.saya langsung tak busy tau,macam nih lah kita keluar lunch sama-sama.lagipun susah nak dapat peluang macam nih. Mungkin jugak kali nih jewp saya dapat so tak bolehlah lepaskan peluang..tak gitu?”
Suka hati kau lah mamat blur bukan aku peduli pun aku nak kau teman aku lepaskan geram jewp bukan nak buat apa pun.
“okeylah..kita nak jumpa dekat mana?saya tak kisah mana-mana pun.gerai mamak pun saya okey.” Kataku lagi..
“ okey kita jumpa dekat Ikea Mutiara Damaisara.amacam ? best jugak kalau kita makan meat ball.dah lama rasanya tak makan.okey tak? “ tanya Raimi.aku nih memang tak kisah bab-bab makan,makan jela apa yang ada yang penting kenyang cukuplah.
“okeylah kalau macam tuh . kita jumpa dekat sana.” Aku terus mematikan talian.cakap lama-lama dengan mamat blur tuh apa yang aku dapat..padahal aku dah pesan jangan panggil aku sayang tapi macam tuh jugaklah masuk telinga kanan keluar telinga kiri,mana nak dengar bila aku cakap tapi betul ke aku cakap lembut dengan dia tadi?seingat aku,aku cakap macam biasa jewp..dah tingtong jugak kepala aku nih..
Aku tiba disana 10 minit lebih awal dari waktu yang dijanjikan .menyesal pulak datang awal sekarang nih dah lebih 15 minit pun.Fuh penat jugak tunggu lelaki yang tak muncul-muncul nih.alahai mata aku nih pun bengkak lagi,nak buat macam manalah ya.takkan nak pakai cermin mata hitam kot nanti dia kata apa pulak.dalam restoran pakai cermin mata hitam.ehh lantaklah pakai jela dari dia tanya bukan-bukan jenuh aku nak menjawabnya.
“ hai.dah lama tunggu ?” terkejut aku bukannya nak bagi salam ke apa terus hai hai dekat aku.kalau aku nih ada penyakit lemah jantung dalam lama dah aku go.
“awak nih memang tak boleh bagi salam elok-elok ke.hai hai .cara mat saleh jugak yang awak nak tiru ya.” Marah ku..
“okey-okey maaf ya cikgu.assalamualaikum.dah lama tunggu cikgu sayang? nih kenapa pakai cermin mata pulak nih" Eee germanya.aku rasa macam nak picit-picit jewp mulut mamat nih.. orang beritahu elok-elok dia perli pulak.nak jawab apa nih eh dia dah tanyalah..
“suka hati saya lah nak pakai apa pun bukannya minta dengan awak kan?.saya baru saja sampai hah yang awak lewat sangat nih kenapa?janji pukul berapa sekarang pukul berapa.macam nihlah janji orang melayu selalu terbabas.”
“sorry sorry..tadi ada kerja yang perlu saya selesaikan bila dah siap saya terus drive ke sini . maaf ya..okey dah pesan makanan ke?”
Sebelum dia sampai aku memang dah pesan makanan.tunggu dia punyalah lama baiklah aku makan dulu.
“dah order dah yang awak punya pun dah tapi saya tak tahulah awak suka minum apa makan apa.saya main pesan ikut selera saya jewp. Okey ke ?” dia senyum padaku dan menganggukkan kepala.bagus jugak mamat nih erkk tak kisah aku pilih apa pun.selalunya lelaki kaya nih cerewet sikit bab-bab makanan..
“saya tak kisah apa yang awak pilih mestilah yang terbaik untuk saya kan” senyuman dia tuh Masyaallah  memang cairlah gadis-gadis yang tengok,dahlah putih melepak macam hero korea lagaknya.yang aku nih macam heroin tamil pun ada.haha tapi tak adalah sampai macam tu.mungkin sawo matang kot.okeylah tuh cute apa.putih sangat pun tak cantik nampak macam mayat hidup.aku dah bersyukur dengan apa yang Allah bagi padaku dah lebih dari cantik dah nih.kalau tidak takkan mamat blur nih suka dekat aku.kan kan ...
“ heh mengelamun pulak ya..saya tengah cakap dengan awak.awak pulak mengelamun benda lain.ishh ishh penat saya cakap tau” aku tersenyum jela dah memang sah-sah salah aku kan.
Ketika kitorang sedang syok makan ada lah seorang cik kak nih pandang jewp dekat Raimi macam nak telan hidup-hidup geram betul aku takkan dia tak nampak aku dekat depan si Raimi nih.
“awak..awak cuba pandang sebelah kanan tuh.kenapa perempuan tuh asyik pandang awak saja?” tanyaku. Mungkin Raimi nih tak perasaan kot cik kak tuh asyik pandang dia..
“biar jela..dia pandang jewp pun bukan buat apa sikit pun tak luak.biarlah.” aku terus menjeling ke arah Raimi.boleh dia kata macam tuh aku yang tengah makan nih tak selesa tau.asyik pandang sini jewp macam mana aku nak makan tak boleh jadi ni..nih yang buat aku panas sangat nih..
“Raimi..tengoklah tuh dia pandang awak lagi.” Sekali lagi aku beritahu dekat Raimi.
“biarlah sayang..dia ada mata dia nak tengok ke apa yang penting kita habiskan makanan nih dan balik ke ofis.” Senyumnya. Masalah sekarang nih aku yang tak selesa.tak kisahlah kau selesa ke apa aku nih yang tak selesanya.
“saya tak selesa.nak buka mulut pun saya tak boleh.dia asyik pandang awak.kenapa?awak kenal dia erkk?ke dia tuh salah satu koleksi awak?” dah sampai tahap geram dah tuh.aku beritahu elok-elok bukannya dia nak dengar asyik suruh aku makan.macam mana nak makan kalau ada orang asyik pandang macam tuh nak buka mulut pun aku rasa tak selesa. Mamat nih pulak boleh pandang perempuan tuh dan senyum.perempuan tuh apa lagi  balas baliklah senyumannya.Ya Allah panasnya hati aku nih.boleh pulak korang bermadu asmara depan mata aku nih lebih baik aku keluar makan sorang-sorang kalau aku tahu nak jadi macam nih.
“ eh yang awak senyum dekat dia kenapa? Kalau awak rasa nak menggatal dengan dia baik awak pergi duduk dengan dia dekat sana.” Dia senyum memandang ke arah ku.
“sayang marah? Cemburu?” ehh tolong sikit kenapa aku nak cemburu.tak ada maknanya tapi marah tuh memang aku marahlah.tak selesa bila ada orang ganggu aku makan.terbantut selera aku tau.ish ish perempuan nih pandang-pandang aku jolok jugak biji mata tuh baru tahu .. si mamat blur nih pun layan.aku dah cakap jangan layan dia layan jugak..sabarlah wahai hati, kau jangan pedulikan diorang habiskan jewp makanan kau cukuplah...
BERSAMBUNG ...................


" Sweet ! Apabila Aisya Ieyka Menaip Entry =)) "

DIA JODOHKU ! PART 4

02:17 PM | THURSDAY |28 OGOS 2014
Assalamualaikum rakan blogger semua..Hari nih aisya ada masa yang terluang sikit.so aisya sambung jela cerita nih .. hope korang enjoy ya :)

HILYA ANESSA| RAIMI ISKANDAR | HILYA SOFEA | RAKIF HELMI

“ okeylah sayang.saya keluar dulu.saya pun banyak kerja jugak tapi disebabkan saya nih terlalu sayangkan awak, saya tetap datang luangkan masa bersama awak.”
 Uwekkk loya rasa tekak nih aku tak suruh pun kau datang sini kau tuh yang datang sendiri sayanglah rindu lah ingat aku nih bini kau ke ape..
“ sayang tak baik buat dosa pagi- pagi nih, dengan bakal suami pulak tuh.” Aku menjeling ke arah Raimi..dia apa lagi terus kenyit mata padaku..eeeee berdiri bulu roma aku dah macam cerita seram pun ada nih..
“ bila saya buat dosa?saya tak ada buat apa-apa pon” dia tenung muka aku,,lama jugak dalam 3 minit.
“sayang, tak baik bohong tau.saya tahu mulut awak terkumat kamit tadi awak mengata saya kan ? awak tak cakap pun saya dah tahu .” macam mana dia boleh teka apa yang aku buat ..cehh nak tunjuk dia hebat sangatlah..muka pun macam cenkodok ada hati nak kahwin dengan orang.. rasa macam nak tolak-tolak saje mamat nih.biar dia keluar dari ofis aku . elok-elok ofis aku nih wangi habis bau busuk.errrr geram geram..
“ baguslah kalau awak dah tahu saya mengata awak . maknanya saya bukan kata belakang awaklah.saya kata depan-depan jadi tak berdosalah.awak pun tahu ..betul tak ?” tanyaku.
“suka hati awaklah sayang,asalkan awak gembira cukuplah..okeylah saya keluar dulu.”
Belum sempat aku jawab apa-apa dia terlebih dulu beredar dari ofis ku....eerrr datang aku tak ajak balik pulak sebelum aku suruh kau balik,kau dah pon balik erkk.cantik muka kau..buat ofis aku nih macam ofis kau sendiri...ahhhhh dahlah salam pun tak bagi.macam nih ke suami yang mama dan papa kata baik beriman sangat tuh...
“awak mengata dekat saya lagi ya sayang ?lupa saya nak cakap..assalamualaikum.jangan rindu-rindukan saya tau sayang.” Aku yang tengah pot pet pot pet terkejut monkey tetiba mamat blur nih ada depan pintu ofis aku.ingat tadi dah pergi dari ofis aku rupa-rupanya datang balik untuk bagi salam jewp..salam wajib untuk dijawabkan.. waalaikumussalam. Fuhh aman sentosa hidup ku.tak ada lah stres nak fikir pasal perkahwinan nih lagi..cukup dekat rumah jela..sekarang nih ofis tempat untuk aku tenangkan jiwa aku yang tengah kusut nih..
Tanpa aku sedari aku terlelap untuk ketika . dek terdengar jeritan telefon kesayangan aku.aku terus terjaga..adoii sempat lagi nih tidur dekat ofis.nasib baiklah aku nih anak CEO kalau tidak dah lama aku kena buang kerja sebab buat ofis nih macam ofis bapak aku sendiri tapi ofis nih memang kepunyaan papa aku pun .. blurr kejap...
Aku yang memang tengah mamai nih terus touch skrin telefon untuk jawab panggilan.
“hello assalamualaikum..” senyap seketika..
“hello,,,hello” mataku yang mamai tadi terus terbuka luas.saya teliti skrin telefonku..nombor telefon tersebut bukan dalam contact list aku.agak-agak siapalah nih ya..call aku tapi senyap bisu tanpa kata..
“hello,,,ada orang tak nih?jangan main-mainlah..kang ada jugak yang makan kasut saiz 10 nih.”marahku.
“ hello.” Hah ada pun suara.yang senyap tak cakap apa-apa tuh kenapa..siapalah agaknya nih..suara dia mcam aku kenal.tapi takkan lah kot.suara macam Rakif.tapi seingat aku Rakif tak pernah ada nombor telefon macam nih.
“ ya..siapa nih?” tanyaku...
“ Iya ke nih ?” tanya insan yang aku tak kenali tuh..
Iya? Jangan kata yang call aku nih sebenarnya..sebenarnya... Ya Allah Rakif...memang suara Rakif.lelaki yang aku rindu..hampir seminggu dia menghilang.call dan mesej langsung tak reply.aku rindu sangat dekat dia..
“ Kif ?? you ke tuh?” tanya ku. jantung aku berdebar sangat..aku memang berharap dia adalah Rakif.
“ ya .. nih Kif..Iya ...”
“ ya..ada apa nih Kif.? kenapa Kif menghilang tanpa khabar berita. kenapa Kif layan Iya dingin macam ni.macam Iya nih orang asing dalam hidup Kif...kenapa sebenarnya nih..? jawablah Kif” tanya ku...aku ingin tahu perkara sebenar,kenapa Rakif menghilang selama seminggu dan kenapa sekarang nih baru dia nak muncul.saat aku butuh dia sangat-sangat dia menghilang..Kif, Iya rindu Kif sangat-sangat.kalaulah Kif boleh baca hati Iya sekarang nih kan best..hidup Iya hanya untuk Kif jewp...
“ Iya,sebelum Kif teruskan bicara,Kif betul-betul nak minta maaf dekat Iya,selama nih Kif tak pedulikan Iya.Seminggu Kif hilangkan diri tanpa khabar berita.Kif minta maaf dengan Iya.Kif bingung.dengan cara tuh jewp Kif boleh tenangkan diri Kif”
Saat itu airmata ku mengalir.Ya Allah kenapa tak ada seorang pun insan yang memahami aku.dan menerima insan sebaik Rakif Helmi.aku menangis tanpa kata...
“ Mungkin apa yang Kif nak cakap nih akan lukakan hati Iya.mungkin jugak akan buat Iya bencikan Kif.tapi tak apa ..apa yang Kif buat ni semuanya untuk kebaikan Iya dan kebaikan keluarga Iya.”
Aku rasa tertanya-tanya apa sebenarnya yang Rakif nak beritahu padaku..bunyinya serius tak ada langsung nada gurau.
“ cakaplah.apa yang Kif nak beritahu dekat Iya..Iya dengar nih..” jawabku. Ketika itu aku dengar Rakif menarik nafas yang panjang...dan mengeluh jugak.mungkin hal ini terlalu serius sampaikan dia macam tu.
“ Iya,pertama sekali Kif nak beritahu dekat Iya yang Kif cinta Iya sangat-sangat.selama 4 tahun kita couple Kif tak pernah pandang perempuan lain. hanya Iya seorang saja dalam hati Kif dan hidup Kif.walaupun selepas ini kita berpisah.Kif tetap cintakan Iya seorang saja.tak ada sape pun yang boleh gantikan tempat Iya dalam hati dan hidup Kif.”
Saat aku dengar saja kata-kata dari Rakif, jantungku seolah-olah di carit-carit,jiwaku seakan-akan berada di alam lain.apa maksud Rakif.? Apa yang dia cuba nak sampaikan padaku.Ya Allah aku tak sanggup nak dengar lagi.aku tahu apa yang ingin dia beritahu padaku...hanya orang yang mengalami hal sepertiku sahaja yang akan memahami perasaanku ketika ini.aku tak mampu menahan pedihnya hatiku...biarlah airmata saja yang selesaikan semua nih.
“ Kif tahu semua nih akan buat Iya terluka.tapi luka nih akan sembuh dengan cepat.Iya tahu kan hidup Kif macam mana.? Kif kena jaga mak dan adik-adik Kif.sanggup ke Iya nak hidup susah bersama Kif. Mungkin Iya akan cakap sanggup.Kif kenal Iya macam mana tapi yang tak sanggup tanggung semua nih adalah Kif.Kif tak nak tengok orang yang Kif sayang dan orang yang Kif cinta hidup susah bersama dengan Kif.. Kif tak nak macam tuh Iya..Kif nak Iya hidup dengan gembira walaupun bukan dengan Kif.betol kata papa Iya.Kif nih tak layak untuk Iya.Kif nih menumpang kesenangan Iya saja..biarlah kali nih Kif buat pengorbanan yang besar dalam hidup Kif dan Iya. Jalan terbaiknya kita putus.”
Aku mengangis semahu-mahunya..aku rasa macam nak menjerit saja..rasa nak lepaskan semuanya.aku tahu betapa sakitnya hati Rakif untuk luahkan semua nih.. kami saling mencintai mustahil Rakif tak rasa apa-apa.
“ Kif, kita jumpa kejap..sekejap pun jadilah..Iya nak jumpa Kif.Iya tak nak kita bincang macam nih.kita jumpa dan kita selesai baik-baik.bolehkan Kif?” tanyaku..kalau hubungan nih masih lagi boleh diselamatkan aku akan cuba sedayaku untuk pertahankan semuanya.
“maaf..Kif betul-betul tak nak jumpa Iya.tolonglah jangan ganggu Kif lagi.mungkin nih kali yang terakhir Kif ganggu Iya.mungkin nanti Kif akan hilangkan diri buat selamanya.Iya hiduplah gembira dengan Raimi Iskandar.”
Aku kan cuba semampuku untuk pujuk Rakif supaya setuju untuk berjumpa...aku taknak dan tak ingin langsung hubungan yang kami bina selama 4 tahun hancur macam tuh saja.
“kalau Kif betul-betul sayangkan Iya..Kif mesti jumpa Iya.. Kif nak tengok Iya sihat kan ?” ugutku..dah memang tak ada jalan lain dah yang aku boleh guna..hanya ini saja cara yang boleh buat Rakif ubah fikirannya...
“ apa maksud Iya nih?
“ Kif kenalkan Iya macam mana.bila Iya cakap Iya akan tunaikan.kalau Kif tak nak apa-apa berlaku pada diri Iya nih.. kita jumpa dekat tempat biasa.. okey .. sekarang..” aku terus letak telefon supaya dia tertanya-tanya.mesti Rakif sekarang nih tengah risau pasalku..aku kenal sangat macam mana perangai Rakif.dia takkan benarkan apa-apa pun jadi pada diriku ..
Aku kemas apa yang patut dan aku terus mencapai kunci keretaku lalu keluar dari ofis.ketika aku melintasi meja staf ku.diorang memandang muka aku dengan hairan..macam mana tak hairan kalau mataku penuh dengan sisa airmata.hidungku merah menyala.mesti diorang tertanya-tanya...kebetulan pulak si mamat blur tuh datang ke ofis aku lagilah diorang semua fikir yang bukan-bukan. Biarlah.aku ada hal lagi penting yang aku perlu selesaikan..
“ cik cik cik .. cik nak pergi mana nih?” belum sempat aku melangkah masuk ke dalam lif , Intan setiausahaku pun memanggil.
“ saya ada kerja sikit nih.saya pergi dulu ya.” Belum sempat aku menekan butang close si Intan nih join sekali masuk ke dalam lif bersama aku.
“Cik Anessa.Cik mana boleh pergi macam tuh saja.kalau Dato’ tanya saya macam mana.saya nak jawab apa cik.?” Ahhh dahlah aku tengah pening kepala dengan masalah aku.si Intan nih pun satu nak tambahkan lagi kepala aku yang tengah berserabut nih.pandai-pandai lah jawab. Kata PA aku.
“ pandai-pandai lah awak kelentong.cakap saya jumpa client ke apa.takkan benda kecil macam tuh pun nak saya ajarkan jugak kot.kalau macam tuh buat apa saya upah awak baik saya nih tak payah ada PA.boleh tak sekali jewp .. sekali jewp awak jangan menyusahkan saya nak fikir semua benda tuh.awak ada kepala?ada otak kan ? hah fikirlah .” aku melulu keluar dari lif.si Intan pulak telopong mulutnya bila aku lepaskan amarah.hah kan dah kena...aku dah pesan banyak kali dah bila aku tengah bengang jangan sesekali datang tanya aku apa-apa.aku tak suka dan memang pantang..ada faham.
BERSAMBUNG.....

" Sweet ! Apabila Aisya Ieyka Menaip Entry =)) "

DIA JODOHKU ! PART 3

07 : 15 PM | WEDNESDAY | 27 OGOS 2014
Assalamualaikum rakan blogger semua.. thanks sangat coz ada kawan-kawan yang sudi bagi respon yang sangat baik..Aisya terharu .. sob sob * lap airmata * bila korang kata cerita yang aisya buat nih best tetiba jadi semangat nak tulis lagi..idea pon tetiba melimpah-limpah. hehehe . thanks kawan-kawan 
jemputlah baca ya... :") tak baca lagi part 1 dan 2 tekan sini --> PART 1 , , PART 2
“ ape semua nih abang? Ape maksud Iya tuh ?” soal mama pada papa. Aku dengar diorang berbisik-bisik.mungkin cerita pasal kejadian peang tadi. Biarlah .. aku malas lagi nak fikir soal siang tadi.baik aku bersihkan diri solat dan tidur.. lagi okey kot ..
Keesokkan pagi, aku bangun agak awal dari kebiasaan.mama macam biasalah tengah sediakan sarapan dan aku dan papa pulak insan-insan yang akan menghabiskan semua masakan mama tuh . selalunya pagi-pagi nih nasi goreng dan mee goreng jela..aku lebih sukan makan mee goreng.. tak tahulah kenapa sejak sekolah rendah lagi aku selalu suruh mama buat untuk aku .. tapi hari nih perut aku tak pula terasa lapar seperti selalunya..aku bercadang nak pergi terus ke pejabat .. tapi faham-faham jela.. kuasa ibu kan walaupun taknak bersaparan mama akan pujuk jugak supaya aku bersarapan. Sebenarnya aku nih ada masalah kesihatan sikit.pernah jugak lah masa sekolah menengah dulu aku pengsan dekat pustaka sekolah..kawan-kawan aku semua paniklah ,,, diorang pun terus call mama aku . mama aku nih pula memang sejak azali lagi seorang sangat sangat panik. Bukan panik dah sebenarnya tapi kalut.. semua benda tak jadi .. tut tut aku bangun sendiri dan pergi hospital harapkan mama macam tuh jela.. habis semua orang dia nak call. Si Sofea pulak buat tak tahu jewp macam aku nih bukan kakak dia.. bila mama tanya kenapa dia tak peduli pasal aku, macam-macam alasan lah dia bagi . cakap aku nih tak pernah tegur dia dekat sekolah . bla bla bla... malas aku nak ambil tahu pasal Sofea nih.. suka hatilah bukan budak kecil pun .. nasiblah penyakit aku nih tak serius sangat .. darah rendah jewp kot . tapi mama kata penyakit tuh bahaya... yeke erkk ? yela kot.. aku iyakan jewp ape yang mama cakap . malas nak bersoal jawab dengan mama. hehe
“ duduk menungkan apa tuh Iya ? kang lambat pulak nak pergi ke pejabat” tegur mama aku. tuh lah padahal tadi aku nak cerita pasal penyakit aku tetiba keluar nama Sofea pulak . aisshh meluat nak sebut pun..
“mana ada termenung mama, baru pukul 7:30 lah mama...awal lagi nih. Lagipun papa tak siap lagi kan ?” tanya aku .. mama pandang aku semacam jewp . kenapa eh ..
“ kamu nih demam ke ape Iya? Papa lambat ke papa cepat ke . kamu bukannya pergi dengan papa,kamu pergi dengan kereta kamu kan.” Adooiii kenapa lah macm tuh pula..aku garu kepala aku yang memang tak gatal nih. Aku pun dah berjangkit penyakit blurr dengan mamat blur tuh . tak kahwin lagi aku dah jadi blur macam nih ...
bila aku pandang ke arah tangga aku lihat papa sedang menuruni anak tangga dengan pantas aku terus bergegas siap-siap nak pergi ke pejabat “ mama, Iya pergi kerja dulu lah .. banyak sangat kerja yang belum Iya siapkan lagi”.. kalau boleh aku nak mengelak terus dari jumpa papa. nak tahu kenapa.? Sebab  kes semalam tuh lah . aku malu sebenarnya. Bila fikir balik tak patut jugak aku buat macam tuh sepatutnya aku bincang elok-elok dengan diorang.rasanya papa pun takkan marah macam tuh semalam..
“ kenapa dengan puteri awak tuh ? nampak jewp saya turun terus nak pergi kerja..tengok tuh makanan dia pun belum terusik lagi ...”
“takkan awak tak faham lagi abang oii . ke abang nih buat-buat tak faham. Kan semalam abang dengan Iya ada krisis besar,agaknya sebab tuh lah kot dia taknak makan ... dan lagi satu Iya tuh bukannya puteri saya sorang..puteri abang jugak tau” sempat lagi mama dan papa nih borak-borak erkk.yang aku nih plak bila lah nak sampai pejabat nih,jalan jem teruk padahal baru pukul 7 lebih kot.kemanalah semua manusia nih nak pergi erkk. Eh lupa pulak mesti diorang pun nak pergi kerja macam aku nih jugak.ohh mama kenapa aku jadi macam nih .. si Rakif nih pun satu dari semalam lagi tak reply mesej aku ,, aku call langsung tak angkat.sebenarnya ada apa nih . ke ada apa-apa jadi tanpa pengetahuan aku. Dalam kepala aku sekarang nih macam-macam yang perlu aku fikir,soal perasaan family aku, perasaan aku sendiri dan perasaan Rakif. Ya Allah bantulah hambaMu nih . tengah syok mengelamun tetiba bunyi hon kereta rupanya semua kereta dah gerak . tinggal kereta aku jewp yang keras macam patung cendana.kereta belakang apa lagi .. hon lah kuat-kuat.. kat KL nih mana nak sama dengan kat kampung ,, lambat sikit dah bising.bestnya kalau boleh balik rumah nenek dekat kelantan..
Tepat pukul 8.30 pagi aku sampai ke pejabat..semua staf pandang aku.nih kenapa pulak pandang tak berkelip nih.ada masalah ke ape. time tuh aku rasa tak sedap hati sangat...jelingan dan pandangan diorang tuh tak macam selalu..macam ada apa-apa jewp yang berlaku.nak kata sebab semalam tak mungkinlah sebab aku buat hal bukan dekat pejabat nih dekat pejabat uncle Ikmal..takkanlah berita tuh boleh sampai ke syarikat nih kot . pelik bin ajaib nih.. ke ada kes lain pulak nih.aku bergegas masuk ke bilik. Belum sempat aku nak pulas tombol pintu tetiba setiausaha aku datang .. “ good morning cik Anessa." tegur Intan
" Morning Intan.nih kenapa tiba-tiba tarik tangan saya,tak bagi saya masuk nih ? " tanya aku ..
" ermm sebenarnya ada tetamu yang nak jumpa cik Anessa hari nih.saya dah cakap dah yang cik Anessa tak benarkan sesiapa masuk tanpa kebenaran cik Anessa tapi dia berkeras jugak nak masuk cik.saya dah cuba halang tapi tak berjaya.maafkan saya cik Anessa” alahai setiausaha aku nih... yang buat muka macam tuh kenapa.macam aku nih bos yang kejam pulak..bukan aku marah pun ..
“ tak apa lah .. sapa yang datang nih.? dia buat appointment tak ?” sapelah agaknya datang ke ofis aku pagi-pagi buta nih.takkan client datang tanpa cakap dulu dekat aku .. tak mungkinlah ...
“ cik Anessa ?? cik Anessa.. “
“ ye.. macam mana ? .dia buat tak apa yang saya tanya awak tadi .”  tergagap-gagap setiausaha aku nak menjawabnya..
“ sebenarnya.. ermm sebenarnya cik .. ermmm” hah nih yang buat aku hilang sabar nih. bukan nak cakap terus .tergagap-gagap.adalah tuh masalah besar.kalau tidak tak adanya macam nih..
“ sebenarnya apa nih.. baik awak cakap elok-elok sebelum saya sumbat telefon nih dalam mulut awak . cepat cakap ..” aku terus mengangkat ganggang telefon di atas meja..seolah-olah aku nak masukkan telefon tuh ke dalam mulut dia.. setiausaha aku ape lagi,, kagetlah .. kalut semacam.tergaru-garu jugak kepala dia yang tak gatal.dek ugutan aku. Hahaha aku yang tengok nih rasa kelakar pun ada..
“ dia tak buat apa-apa temujanji pun cik Anessa.dia cakap dia tak perlu buat macam tuh.sebab tak lama lagi cik dengan dia nak kahwin.” Bila aku dengar jewp perkataan KAHWIN dari mulut setiausaha aku , mata aku terbuka luas.aku terus melulu masuk ke dalam bilik. si Intan setiausaha aku nih pulak terkejut..panik tak tahu nak buat apa.. ketika itu aku masuk ke dalam bilik dan tutup pintu rapat-rapat ..siap kunci lagi...bukan apa aku nak pastikan yang tak ada sape-sape pon yang akan ganggu aku dengan mamat yang entah pape.aku dah agak dah sape lah yang sanggup datang pagi-pagi macam nih kalau bukan si mamat blur tuh .
Aku merenung muka dia dengan pandangan yang tajam.. dia tersenyum manis pada aku.eh tak kisahlah manis ke pahit ke tawar ke. Yang paling penting apa motif mamat nih datang ke ofis aku .time tuh aku rasa macam nak tumbuk saje muka dia.. tersengih-sengih macam tengah perli aku pun ada.kang ada pula yang makan besi meja nih.
“apa tujuan awak datang sini ? dan kenapa awak beritahu staf saya yang kita nih nak kahwin?”
Dia pandang jewp muka aku nih.nampak gaya macam taknak jawab apa-apa.macam aku cakap sorang-sorang adalah.yang dia tahu senyum senyum jewp.
“I ask you, why do you come here. answer my question. Kenapa ?”
Tiba-tiba saje Raimi bangun dari kerusi yang di dudukinya.dia terus datang ke arah aku dan duduk bertentangan dengan aku. “ awk tanya kenapa saya datang sini ? rasanya awak sendiri pun tahu jawapannya.ingat tak hari nih hari apa ?” time tuh aku memang blur dah macam ji hyo running man pun ada.. tak dapat nak fikir apa maksud mamat nih.. “ hari nih hari rabu ,27 haribulan 8 tahun 2014 .. puas hati ?” Raimi tersengeh sekali lagi.. ada apa sebenarnya nih.berkerut-kerut dahi aku memikirkan pasal tuh.eew geramnya aku ... mamat nih pun satu asyik senyum .. salah ke jawapan aku .?
“ kenapa senyum? Salah ke apa yang saya jawab tuh?” tanya aku..
“ saya tak kata salah pun sayang.Cuma kelakar adalah ...” boleh dia kata apa yang aku cakap tuh kelakar.apa yang kelakarnya.aku tak rasa kelakar pon.biasa jewp ...
“ okey-okey saya taknak peningkan kepala awak yang memang tengah pening tuh sayang. Okey hari nih kita kena pergi butik yang mama awak dan mami saya cadangkan tuh. Untuk fitting baju untuk wedding kita nanti.”
Bila aku dengar apa yang mamat blur nih cakap ,aku rasa macam nak pitam..realiti ke mimpi nih ? macam real tapi dream pun ada... apa semua nih...bila pulak mama dan mami dia buat semua nih. Ya Allah dugaan apa lagi nih.aku taknak .. tolonglah HambaMu ini Ya Allah..
“ hye sayang .... sayang” yang si mamat blur nih pun satu apasal ganggu aku tengah mengelamun nih ..dok lambai tangan dia yang putih melepak tuh depan mata aku.aku tahulah kau putih dari aku.tangan kau pun nampak lembut dari aku..tak payah nak tunjuk sangatlah tangan kau tuh..dahlah tak habis-habis dengan sayang sayang dia tuh..semak betullah.boleh jalanlah kau mamat blur...
“ yang awak beria-ia sayang sangat nih kenapa? Demam ke? Atau dah nak go terus?” geram betul aku dengan mamat nih ..
“ amboi sayang , mulut awak memang terlebih insuran ya.. terus bagi go dekat future husband awak yang handsome nih. kang tak pasal-pasal awak jugak yang nangis kalau saya betul-betul go.janganlah guna mulut awak yang comel tuh cakap benda-benda macam tuh sayang. Tak manis..nasib baik saya nih ada nak kahwin dengan awak.rasanya kalau Rakif tahu perangai awak yang sebenar.dia pun tak nak memperisterikan awak.” aku tak hairan sikit pun dengan lawak bodoh dia tuh . aku langsung tak kisahlah ..bukan aku cinta pun. Perasan jewp kau nih mamat blurr.. errr meluat tahu tak..dan aku memang pantang kalau orang tiba-tiba mention nama Rakif..perlu ke dia perli aku guna nama orang yang aku cinta dan perlu ke dia buat ayat macam tuh... pagi-pagi lagi dah buat aku naik hangin..macam mana nak kahwin..jawapannya hari-harilah cerai. Rasa macam nak cekik-cekik jewp leher mamat nih...

BERSAMBUNG............... 

" Sweet ! Apabila Aisya Ieyka Menaip Entry =)) "

Segmen Blogwalking : When I Was A Kid by Aina Akmal

07:00 PM | WEDNESDAY | 27 OGOS 2014
Assalamualaikum semua... time aisya jalan-jalan tadi ( singgah blog kawan-kawan ) aisya terjumpa entry menarik nih .. terdetik pulak hati nih nak join sekali .. bukan dapat hadiah tapi dapat cari kawan.dapat kongsi apa yang kawan tak tahu pasal kita. hehehe...
nak join ? TEKAN SINI
Time aisya kecik-kecik dulu . tak silap time tuh umur aisya lima tahun ..aisya teringin sangat nak baju jeans yang butang kat depan tuh . camne nak gthu erkk . hope korang fahamlah .. yang tuhlah aisya nak sangat.family aisya ketika tuh susah..nak dapat duit rm10 pun susah.. nak tahu sapa yang ada baju tuh ? cousin aisya lah.. dia tua setahun dari aisya..
Pernah jugak sekali aisya mintak nak pinjam baju dia..nak pakai time tangkap gambar jewp.dia taknak bagi.dia cakap nanti kotorlah baju dia kalau aisya pakai.aisya pun nangislah .. aisya gthu dekat ma aisya.. ma cakap buat apa mintak baju orang .pakai jewp baju sendiri . kita hidup nih kena tahu bersyukur jangan mintak benda yang kita tak mampu miliki... 
Keesokkan harinya, cousin aisya tuh datang bawa baju .dia kata dia bagi aisya pinjam baju dia.. aisya taknak.aisya cakaplah nanti baju dia kotor macam mana..dia cakap takpe nanti mak dia belikan yang baru .. time tuh aisya budak lagi. mana fikir apa-apa pon. ambik jela bila orang bagi .. siap posing maut lagi nih dengan baju tuh.hehehe. nak tunjuk gambar pun takde coz gambar lama dah banyak yang hilang . hehehe 
Untuk pengetahuan korang tuhlah kenangan yang paling manis dalam hidup aisya....
memang kenangan yang aisya tak boleh lupa.. sekarang nih bila hidup dah senang sikit..tak terfikir pulak nak beli baju tuh . time kecik-kecik dulu siap nangis sebab teringin nak pakai .. hehehe .. budak-budak kan :")
TAMAT.....


" Sweet ! Apabila Aisya Ieyka Menaip Entry =)) "

DIA JODOHKU ! PART 2

11:31 PM | MONDAY | 25 OGOS 2014
Assalamualaikum semua..jemputlah baca,,sambungan dari part 1 :) kalau belum baca lagi part 1 . baca erkkk :")

HILYA ANESSA| RAIMI ISKANDAR | HILYA SOFEA | RAKIF HELMI

“ papa. “ panggil aku ...
“ Iya. Sayang buat ape dekat sini . nak jumpa dengan future husband erkk? “
Time tuh aku sikit pun tak terasa nak senyum bila papa melawak macam tuh . 
“ Iya datang sini,Iya nak berterus terang dengan papa dan uncle. Kita bincang jewp dekat sini terus,, selesaikan ape yang patut.Iya dah tak sanggup nak tanggung semua nih lagi papa”
Papa pandang muka aku dengan hairan.. uncle Ikmal pon.
“ kenapa nih Nessa. Kamu ada masalah ke ? ke Raimi nih ada buat masalah dekat kamu.cepat cerita dekat papa kamu dan uncle nih.. kita selesai elok-elok “ 
Aku pandang muka Raimi.nampak tenang jewp takkan tak takut langsung mamat nih.
“ papa, Iya nak batalkan perkahwinan nih, uncle Nessa minta maaf. Nessa tak boleh nak teruskan semua nih. Ape yang Raimi beritahu dekat papa dengan uncle tuh semua nya tak betul . Nessa tak pernah cakap yang Nessa nak kahwin dengan dia uncle..papa Iya minta maaf sebab buat macam nih dekat papa.Iya tahu papa sayang Iya tapi soal hidup Iya biar Iya yang tentukan sendiri ..”
Tidak semena-menanya papa aku menampar pipi aku dengan kuat . semua orang yang berada dekat lobi tuh memandang aku . sakitnya bukan kepalang tapi yang lagi menyakitkan bila papa tampar aku di depan mamat blur. Kenapa papa buat Iya macam nih . Iya nih anak papa.
“ aku tak pernah ajar kau kurang ajar macam nih Hilya Anessa.siapa yang ajar kamu nih. Budak tak guna tuh ke ? Rakif yang ajar kamu buat perangai macam nih. Sebab tuh papa tak berkenan dekat dia.sebab dia ajar kamu benda yang bukan-bukan ...selama nih kamu tak pernah melawan cakap papa .sekarang nih berani kamu buat keputusan seorang diri dan malukan papa depan uncle Ikmal.”
Airmata aku mengalir.aku tak mampu nak menahan sebak lagi.selama aku hidup papa tak pernah nak naik tangan dekat aku . kalau Sofea tuh pernah jugak sekali. Disebabkan lelaki tuh papa sanggup tampar aku .
“ kenapa papa nak kaitkan Kif plak dalam hal nih . dia tak tahu pape pun papa.dia tak pernah ajar Iya buat semua nih. Iya buat sendiri. Pernah tak sekali jewp papa fikir perasaan Iya? Selama Iya hidup nih Iya ikut semua yang papa suruh.dalam pelajaran papa suruh Iya tukar course sedangkan Iya minat dalam pengurusan landskap tapi papa suruh Iya ambik perniagaan.Iya ambil demi papa.Gelang tangan yang Iya beli dengan hasil titik peluh Iya sendiri masa tunggu result SPM  papa suruh Iya bagi dekat Sofea sebab dia nak. pernah tak papa fikir ? pernah tak? Pernah ke selama nih Iya bantah cakap papa ? tak pernah sekali pun.kenapa Iya selalu kena tanggung ape jewp yang Sofea buat.Iya nih betul-betul anak papa ke ? “ 
Aku menangis semahu-mahunya.tak kiralah orang nak pandang ke ape.yang penting aku puas hati ..
“ papa buat semua ni sebab papa sayang kamu. Pasal gelang tuh papa ingat kamu tak kisah . lagipun gelang tuh murah jewp . kalau kamu cakap nak papa boleh belikan yang baru .. “
Aku ingat papa faham perasaan aku selama nih . rupanya tidak .
“ bukan soal murah ke ape papa. Gelang tuh Iya beli dengan hasil titik peluh Iya sendiri.sama jugak dengan perkahwinan nih.Iya dah ada pilihan hati mungkin tak sekaya keluarga uncle Ikmal tapi Iya betul-betul cintakan Rakif papa.tak ada sapa yang faham Iya seperti Rakif faham Iya papa.”
Aku tak sanggup nak tengok muka papa lagi. Hati aku sebak sangat ..aku terus berlari keluar.buat ape aku berdiri dekat situ dan cerita perkara sebenar kalau papa tetap dengan keputusan dia tuh . Raimi dan uncle Ikmal sepatutnya faham yang aku tak boleh terima perkahwinan nih. Macam mana lagi aku nak buktikan yang aku tak cintakan Raimi.
 ‘ papa kenapa papa tak faham langsung perasaan Iya.papa kata papa sayangkan Iya.sekarang nih hati Iya sakit sangat papa... ‘ aku menangis sendirian.
Malam itu aku pulang agak lewat ..tepat pukul 12 malam kereta ku sampai ke perkarangan rumah. Aku nampak kelibat papa dan mama.mungkin diorang tengah tunggu aku . petang tadi pun 12 misscall dari papa dan 10 misscall dari mama. “ Iya, kenapa balik lambat sangat ni  Iya pergi mana? Dari petang tadi lagi mama dan papa call Iya.ada apa-apa yang berlaku ke ni ? “ tanya mama padaku . aku taknak jawab apa-apa sebab semua jawapan aku tuh ada pada papa. Bila aku pandang muka mama, mama macam tak tahu pape. “ Iya .. mama tanya kamu ni . kenapa kamu senyap macam tuh ? “
“ mama, Iya penat sangat nih . tak boleh ke kita bincang esok jewp mama” aku malas nak gaduh lagi dengan mama.cukuplah petang tadi aku gaduh dengan papa.aku tak sanggup dah buat macam tuh dekat family aku ..
“ nanti dulu Iya,,, kamu jawab dulu soalan mama. Lepas tu kamu nak tidur ke nak apa ke pergilah.”
Aku pandang wajah papa, aku nak cakap pun serba salah .. perasaan kecewa tadi masih lagi tersisa dalam hati aku nih . “ macam nilah mama.kalau mama nak tahu sangat apa yang jadi dekat Iya hari nih. Mama tanya jewp papa.takkan papa tak cerita apa-apa dekat mama hari nih? Kan selama nih semua perkara mama dan papa kongsi .” aku terus berlalu dan masuk ke bilik ku .. tak betah lagi aku duduk di sana...selagi semua nih tak selesai selagi tu aku akan tetap macam ni.

" Sweet ! Apabila Aisya Ieyka Menaip Entry =)) "

DIA JODOHKU ! PART 1

09:54 PM | SATURDAY | 23 OGOS 2014
Assalamualaikum semua..jemputlah baca..xtahu menarik ke tidak :)

HILYA ANESSA| RAIMI ISKANDAR | HILYA SOFEA | RAKIF HELMI

Hidup tak selalunya bahagia adakalanya suka adakalanya duka. Sebanyak mana pun kita manusia cuba mengelak Allah itu Maha Kuasa. Jika itu sudah takdir kita ia tetap akan terjadi . sama jugak dengan hidup aku , aku mencintai seorang lelaki tetapi tidak direstui keluarga.mereka sudah ada pilihan untukku . nak mengelak kang kata aku anak kurang ajar.lagipun diorang dah besarkan aku dari kecil telapak tangan sampailah aku dah besar macam nih . kalau bukan sebab adik aku semua nih takkan terjadi. 3 bulan lepas adik aku Hilya Sofea lari dari rumah gara-gara taknak bertunang sedangkan itu pilihan hati dia katanya dia masih belum bersedia lagi. Kalau belum bersedia kenapa buat keputusan terburu-buru sekarang nih aku pula jadi mangsa untuk menggantikan tempat dia. Kenapa? Aku tak sanggup nak hadapi semua nih. Lelaki yang bakal ditunangkan dengan aku pula senang-senang jewp setuju sedangkan kami tak pernah pun berjumpa. Bohonglah kalau aku kata aku langsung tak kenal dia. Muka aku kenal tapi nama dia. Family dia satu pun aku tak tak tahu. Kalau aku terima pinangan tuh macam mana pula dengan kekasih aku . kenapa sorang pun tak faham perasaan aku.
Bila aku beri alasan yang aku tak tahu apa-apa pasal bakal tunang aku tuh, family aku suruh kami berjumpa. Aku tak boleh nak mengelak lagi terpaksa jugak berjumpa. Dari jauh lagi aku dah nampak dia sedang membaca akhbar.. dalam hati aku nih Tuhan jewp yang tahu .. berdebar, kalut semua ada.
“ assalamualaikum. Dah lama tunggu “
Bila aku tegur dia, dia terus letak akhbar yang dia baca tadi diatas meja.dia dongakkan kepala dan terus pandang muka aku macam aku nih orng asing pon ada. 2 minit jugak aku berdiri macam patung di depan dia. Jangan kata nak ajak aku duduk salam yang aku beri pun dia tak jawab lagi.. apehal tenung aku macam tuh. Pelik sangat ke muka aku nih . rasanya biasa jewp.. tetiba aku sentuh pipi kot-kot makeup aku tak menjadi ke .. elok-elok kepala nih tak gatal tetiba jadi gatal.  ‘ apehal mamat nih . nak makan kaki ke apa nih . adoii 
“ awak , boleh saya duduk tak nih ? dah lama tunggu ke ? “
Dia yang masih terkedu tetiba bangun. “ waalaikumussalam ,maafkan saya. jemputlah duduk”
Aku yang memang tengah berang nih ape lagi duduk lah ... sakit kaki aku berdiri.bukannya nak ajak duduk terus siap mengelamun lagi adalah..
“ dah lama tunggu ke ? tanya aku lagi . rasa nya ini dah kali ke 3 aku tanya soalan yang sama.
“ takdelah. Saya pun baru sampai jugak.sambil tunggu awak datang saya baca akhbar nih dulu”
Nampak muka macam macho jewp .. tapi perangai blur.. adoii macam mana nak buat laki nih. Tak pasal-pasal aku nih jadi orang gila dalam rumah nanti ..bercakap sorang-sorang dia plak sibuk mengelamun.macam mana lah Sofea nih boleh tertarik dengan mamat macam nih.
“ okey , saya nak jumpa awak nih sebab nak bincang pasal wedding kita.saya nak awak batalkan semuanya. Boleh kan ? “
Dia tenung muka aku nih macam nak telan aku hidup-hidup , 1 minit berlalu barulah dia buka mulut “ kenapa tiba-tiba jewp. ? bukan ke awak dah setuju nak kahwin dengan saya.kita pun dah buat persiapan kan ? “
 Bila aku dengar ayat dia tuh aku rasa macam nak penyet-penyet jewp mulut dia buat sambal belacan.geram betul aku takkan tak faham lagi yang aku nih tak suka dekat dia.
“ awak sendiri pun tahu yang saya nih langsung takde perasaan dekat awak . cinta dan kasih sayang mana boleh dipaksa.tak pernah sikit pon terdetik dalam hati saya nih nak terima awak apetah lagi kahwin memang taklah “
buat ape pura-pura lagi kan . baik aku terus terang. Masalah pun boleh selesai dengan cepat ..
“ awak mungkin tak cintakan saya,tak sayangkan saya. Tapi saya ikhlas cinta dan sayangkan awak.”
Apehal mamat nih . tolonglah jangan nak buat perangai macam tuh ..
“ awak langsung tak kenal saya.macam mana awak boleh sayang dan cintakan saya. Selama nih bila awak datang rumah saya.kita mana pernah bertegur sapa ke apa. Awak sendiri sedar perkara tuh kan ? “
Tetiba jantung aku berdegup dengan kencang.takut,marah ,sakit hati semua ada.
“ tak semestinya saya kena kenal awak betul-betul baru saya boleh cinta dan sayangkan awak. Orang dulu-dulu pun tak kenal jugak . boleh jewp hidup bahagia. Zaman sekarang nih bercinta bagai nak rak . kehulu kehilir bila kahwin setahun dua tahun bercerai .. buat ape macam tuh Nessa. Berkahwin bukannya nak bercerai tapi nak bahagia dunia dan akhirat.”
Amboi mamat blur kau bagi ceramah dekat aku eh .geram nya aku dekat kau nih . rasa macam nak pijak-pijak jewp.
“ yang awak mengarut sampai ke situ kenapa? Tak semua yang kahwin dengan kekasih akan bercerai ya. Kebanyakkan yang bercerai tuh jodoh yang diatur keluargalah . dan lagi satu yang nak kaitkan zaman sekarang dengan zaman 90’an 80’an tuh kenapa. Diorang lain . sekarang nih zaman baru semua dah majulah .. mana ada lagi perkara macam nih berlaku”
Tak kira ape pun yang dia kata aku tetap akan pertahankan hak aku.ingat aku nih perempuan kena ikut dia jela. Hey sekarang nih zaman modenlah .. kau guna family aku okey sekarang nih aku guna family kau .. nak sangat eh kahwin dengan aku . okey kita tengok macam mana nanti .
“ saya taknak gaduh dengan awak lagi nessa. Apa yang keluarga kita rancang tuh akan menjadi . jangan memandai nak bantah.. titik “
Dia terus meninggalkan aku.toleh belakang pon tidak.lantak kau lah mamat blur.bila aku cakap taknak maknanya taknak.jangan nak paksa aku .
Aku pulang kerumah dengan perasaan yang marah dan sakit hati .senang cerita sakit semualah...
“ Iya, macam mana tadi jumpa dengan Raimi ? semua okey ke ? “
Pulang jewp ke rumah mama aku plak soal aku macam-macam . nak jawab pun rasa malas. Kenapa kau buat macam nih dekat aku Sofea. Kau sengaja nak dera aku ke ape nih . baliklah kahwin dengan tunang kau tuh.
“ takde bincang benda serius pun mama. Benda biasa-biasa jewp . kenapa mama tanya ? “
Mama tenung aku .. “ Raimi ada call papa tadi. Papa yang beritahu dekat mama . kata Raimi kamu setuju nak kahwin dengan dia.dalam masa terdekat plak tuh.. betol ke nih Iya ? mama betul-betul bersyukur kalau kamu terima pinangan Raimi tuh.. dia budak yang baik.  Boleh bimbing kamu jadi isteri yang solehah.”
Aku yang dengar mama kata macam tuh ape lagi terkejut monkey lah .bila masa aku cakap macam tuh ... berani betul kau Raimi si mamat blur. Kau memang cabar aku eh .. tahap kesabaran aku dah kemuncak dah nih. Dah nak meletup. Muka aku merah padam menahan marah .. niat dihati nak berehat bila sampai rumah ... niat tuh aku batalkan .aku terus berlari keluar . mama yang tengok reaksi aku tuh terpinga-pinga.
Aku terus hidupkan enjin kereta dan memandu laju menuju kesyarikat dimana Raimi bekerja.
Setibanya aku dekat sana.aku tengok papa aku,papa mamat blur tuh dan mamat blur tuh ada sekali dekat lobi ,macam mana aku nak serang mamat blur nih.. adoii papa buat ape plak dekat sana.alang-alang datang takkan aku nak balik macam tuh jewp. Serang jela...kang tak serang sekarang aku menyesal plak. Yang lain tuh belakang kira.yang penting sekarang nih aku kena berterus terang yang aku nak batalkan pernikahan nih.
BERSAMBUNG ............

" Sweet ! Apabila Aisya Ieyka Menaip Entry =)) "

PERODUA AXIA :")

09:40 AM | WEDNESDAY | 20 OGOS 2014
Assalamualaikum rakan-rakan yang disayangi . hehehe semangat nih . pagi-pagi dah update blog.yang buat aisya excited sangat nak berceloteh pagi-pagi nih disebabkan oleh PERODUA AXIA. korang percaya tak kalau aisya cakap aisya nak beli kereta nih ? hoho :D
Ada lagi ke yang tak tahu pasal kereta nih ? asenya semua dah tahu kan ..nih ada sedikit info aisya nak kongsi dengan korang ..PERODUA AXIA nih ialah model terbaru dari pihak perodua 2014 bagi menggantikan PERODUA VIVA. tempahannya akan dibuka bermula dari harga serendah rm24,900. Ianya telah dirasmikan sendiri oleh pihak perodua.
Tempahan perodua axia nih boleh dilakukan pada hari jumaat lepas 15 ogos 2014 * aisya dah tempah dah .. korang camne ? * nak memudahkan korang . aisya kongsikan website untuk membuat tempahan  secara online http://www.perodua.com.my/ ..
Sebenarnya perodua axia nih terbahagi kepada empat variant yang akan dikeluarkan iaitu standard E ( variasi asas yang berharga RM24,900 ) , Standard G , Special Edition (SE) dan Advance.. kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal variant perodua axia nih tengok sini erkk Harga Dan Spesifikasi Perodua Axia Baru.. dalam blog nih ada memaparkan tentang perodua axia dengan lebih terperinci lagi.. aisya nak terangkan pon tak tahu sangat . jadi korang baca lah blog yang aisya kongsikan tuh :)



 nih lah perodua axia yang aisya cerita kat korang tuh >.< amacam cantik tak ?? :D aisya tak tahu lagi nak pilih warna ape.. cadangan korang ??? mana tahu warna yang korang pilih tuh cantik . hehehe :D mula-mula tu aisya nak warna pink . tapi takde plak... kuningkan takut menyerlah sangat .. so camne ??? bagilah pendapat korang ... aisya dah pening sebenarnya nih..warna apa yang sesuai dengan aisya..
Sebenarnya aisya sendiri tak tahu variant mana yang dipilih sebab semuanya diuruskan oleh abang dan kakak aisya... yang aisya buat bayar jewp tiap-tiap bulan ..
Dijangka kereta yang aisya tempah nih akan sampai awal bulan 9 . Alhamdulillah .. takdelah menyusahkan abang nak hantar dan ambil aisya dekat tempat keje lagi . kalau tidak tiap-tiap hari dia kena hantar.dia kena ambil . kesian jugak dekat dia.. mesti penat .. aisya pon kalau boleh nak orang tolong bawakan. hehehe tak best sebenarnya drive nih.. lagi best kalau kita jadi penumpang jewp .. biar orang lain yang bawa.. kita boleh relax2 xyah susah-susah nak tengok kiri kanan kan . hehehe * dah datang dah penyakit pemalas *
okeylah korang .. jangan lupa bagi pendapat erkk . hehe ... jangan lupa jugak follow blog aisya nih . tak menarik sangat tapi boleh tahan kan ? hahaha Assalamualaikum >.<


" Sweet ! Apabila Aisya Ieyka Menaip Entry =)) "

3 TAHUN 3 BULAN 3 HARI

10:03 PM | TUESDAY | 19 OGOS 2014
Assalamualaikum rakan bloggers, facebookers, twitters.. sihat semua ? nak cerita sikit nih pasal nombor 3 . tetiba plak ada idea . hahaha .. tadi aisya dok check follower blog aisya tetiba nampak benda nih.. menarik betol . korang nak tahu tak ..punyalah semangat aisya nih siap print screen lagi tau .. kejap lagi aisya tunjuk kat korang erkk . hehehe 
Tadaaaa !! tengok kat bawah nih.. nih lah yang aisya nak cerita tuh .. terkejut tak ? hahaha . xdelah sangat kan . aisya jewp yang lebih-lebih .. yang menarik perhatian aisya bukanlah tarikh couple tuh tapi nombor 3 tuh . menarik sangat . coz 3 tahun 3 bulan 3 hari .. so sweet .. camnelah boleh kebetulan camtu erkk . hehehe
Mula-mula tuh tak perasan jugak tapi bila tengok betul-betul baru perasan . hahaha followers punya pasal mana ambik tahu pasal lain dah .. sekarang nih aisya gila follow orang tau . semua blog aisya follow ,, tapi kalau diorang tak follow balik .ada lah jugak rasa sedih nya. tapi takpe . aisya cool . jadi xboleh sedih-sedih nih . hehehe ,
Sebenarnya aisya dah kehilangan idea dah nih.. korang kongsilah idea korang tuh kat aisya sikit ... senang sikit aisya nak update blog. kalau tidak berbulan-bulan aisya biarkan blog aisya nih berhabuk .xtahu nak tulis ape.. kang tulis pasal cinta korang boring . gossip aisya plak yang tak minat .. baca bolehlah . tapi nak tulis tuh . NO NO NO .. aisya tak suka... 
hahh !! aisya ada satu cerita nak kongsi ngan korang . pasal EN.gula .. hehehe iaitu heart aisya.. dia ada masalah sekarang nih . kalau korang lah kat tempat dia. korang akan buat ape ... kawan-kawan dia tuduh yang dia nih talam dua muka. padahal dia tak macam tuh pon . ada orang fitnah dia.. so pendapat korang camne ?? kalau koranglah dekat situasi dia sekarang nih ape yang korang buat ??? dia dah terangkan baik-baik dekat kawan2 dia tuh . tapi xtahulah diorang boleh terima atau tidak . kesian plak aisya tengok .. sebenarnya dia sedih tapi sebab xnak aisya susah hati dia pura-pura gembira... aisya nak tolong pon aisya tak tahu camne . aisya takut nanti keadaan jadi semakin teruk plak..sebab tuh aisya xnak campur tangan . kang pasal-pasal makin teruk aisya plak yang kena ...
Mungkin sekarang nih aisya mampu bagi semangat jewp dekat dia.. supaya jangan give up ..aisya faham perasaan dia.. bila kita gaduh dengan kawan . nak buat ape2 pon tak boleh .. rasa sedih pon ada.. macam-macamlah rasa. tambah-tambah yang kita gaduh tuh bestfriend kita sendiri ... selama nih susah senang kita luah dekat dia.. bila gaduh nih dia maki kita.. kata macam-macam dekat kita.bila kita nak terangkan dia lari .. susahlah ...
Aisya harap sangat yang EN.gula aisya tuh akan berbaik semula dengan kawan-kawan dia.kawan laki nih mudah sikit nak cakap . tapi dengan perempuan kan . aisya tahulah aisya pon perempuan . perempuan bila dah salah faham mana nak dengar penjelasan orang dah .. jadi kalaulah kawan EN.gula aisya nih baca.. mohonlah dengar dulu penjelasan dia. jangan bertindak terburu-buru . dan satu lagi aisya nak cakap . EN.gula aisya bukan perangai camtu . selama aisya kenal dia. dia tak pernah sekali pon burukkan orang walaupon orang tuh burukkan dia. tak tahulah sape yang buat fitnah nih .. harap dia dapat balasan dari ALLAH sebab dah musnahkan persahabatan orang . aisya harap sangat ye..
Aisya taknak mention nama kawan-kawan EN.gula kat sini . hope diorang tahu sendirilah . aisya bukan nak keruhkan keadaan . aisya niat nak tolong persahabatan korang . tuh jewp ... kak R , aisya harap akak lah orang yang paling memahami EN.gula aisya ..dia sayangkan persahabatan nih .. hope kak R faham ... jangan salah sangka lagi .. cuba siasat betul-betul dulu . pastu baru buat kesimpulan ...Assalamualaikum :'D



" Sweet ! Apabila Aisya Ieyka Menaip Entry =)) "

VIRUS EBOLA -..-

10:06 AM | TUESDAY | 19 OGOS 2014
Assalamualaikum semua , hari nih baru sempat nak update blog ,, mungkin benda nih dah lama.mungkin dah lapuk tapi aisya tetap nak kongsi dengan korang semua ...pasal penyakit EBOLA .. sebelum tuh ,, aisya nak ucapkan terima kasih dekat kakak yang cantik nih .. KAK ENA sebab benarkan aisya copy benda nih dari blog dia . THANKS kak ena :)
Penyakit virus EBOLA nih jugak dikenali sebagai EVD dan sekarang nih memang sedang merebak .Penyakit nih jugak bahaya .Ciri-ciri penyakit nih selesema,dan pendarahan dalaman mungkin teruk dan kadar peratus untuk selamat jugak rendah .
Tuh serba sedikit pasal EBOLA nih .. bila fikirkan balik rasa seram sejuk . tambahan pula hari tuh aisya demam .. nak kata xteruk boleh tahanlah .. demam,selesema, batuk, sakit tekak ... nasib baik sekarang nih alhamdulillah dah sembuh .. walaupon masih lagi batuk tapi dikira okey lah ... 
Dalam keadaan cuaca yang macam nih memang mudahlah nak kena penyakit demam dan sakit tekak ..sape-sape yang bercuti overseas tuh berhati-hatilah .. terus pergi hospital yang berdekatan dan check kesihatan korang okey ..
Penyakit sekarang nih kebanyakkannya datang dari haiwan so kat sape-sape yang pelihara haiwan tuh korang kena jaga haiwan korang bersih-bersih . baru tak mendatangkan penyakit .. okey : D
Kalau simptom simptom virus EBOLA nih ada pada diri korang walaupon salah satu jewp . cepat-cepat pergi klinik tapi lebih bagus kalau korang pergi hospital . jangan main-main tau .. tanda-tanda awal boleh lagi diselamatkan .. ambil serius ya ..
Jom sama-sama kita jaga kesihatan.makan makanan yang sihat hindar dari pergi tempat-tempat yang bahaya.. jangan kerap sangat bercuti overseas.kalau nak bercuti jugak korang check elok-elok dulu sama ada tempat tuh selamat atau tidak .. okey .. mencegah tuh kan lebih baik dari merawat .. so korang pandai-pandailah fikir ye.. 
Kita sama-sama doakan virus EBOLA dijauhkan dari kita... InsyaAllah . amin :)
dan tak lupa jugak . sambil-sambil korang baca nih ,, mesti korang ada masa terluang sikit kan .. sama-sama lah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk mangsa-mangsa MH17 dan jugak MH370 .. kepada yang beragama islam semoga mereka semua ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. AMIN ..
Dan tak lupa jugak doa untuk GAZA .. semangat juang mereka takkan mampu kita contohi .. hanya titipan doa jewp yang mampu kita beri .. sama-sama lah kita sedekahkan AL-FATIHAH ya .. :)



" Sweet ! Apabila Aisya Ieyka Menaip Entry =)) "

"Segmen Tingkatkan Trafik Blog by Irsyahealthyhouse"

10:24 PM | SUNDAY | 17 OGOS 2014
Assalamualaikum rakan semua... disebabkan Aisya ada masa yang terluang so Aisya join satu segmen dari kakak yang manis nih ... 

kalau korang ase nak join . KLIK SINI ERKK
Aisya dah join.. korang bila lagi . hehehe .....cepat sebelum tarikh nya luput ... time nih lah kita nak kenal antara satu sama ain . nak eratkan hubungan .. hehehe :D




" Sweet ! Apabila Aisya Ieyka Menaip Entry =)) "

AWAK KEKASIH SAYA KE ? ? ?

09:18 PM | SATURDAY | 16 OGOS 2014
Assalamualaikum rakan facebookers, bloggers.. Aisya takde idea nak update blog nih dengan cerita Aisya . jadi Aisya reka jela cerita. hope korang enjoy erkk bila baca cerita yang Aisya buat nih .. best ke tidak . hehehe :') 

HANNA SAFIYA | SHAHRUL AKIF | ALIA SUHAILA | AIMAN MUIZ | SHARIL IZUAN

Nama aku HANNA SAFIYA BINTI WAN HUSSIN tapi nama aku takde wan erkk , terus hanna jewp. kawan-kawan aku panggil ANNA tak pon FIYA lah kot. panggil jela pape pon asalkan nama aku . okey ?Aku nak cerita lah sikit kisah aku dengan sorang mamat poyo berlagak encem nih tapi memang encem kot. hahaha...Kisah cinta aku bermula disini .. hehehe nak cerita pun rasa malu lah plak tapi cerita jugaklah . hoho ketika aku masih lagi bersekolah tinggi . kiranya form 5 lah aku dah kenal dah jejaka yang bernama SHAHRUL AKIF nih..orangnya takdelah handsome tapi macho lah jugak . hehehe muka dia ala-ala shahrul ridzwan gitu.comel , cute semua ada lah .. nak dijadikan cerita family aku dengan family dia nih kawan baik . memang baik sangat-sangat lah . buat jewp majlis ape mesti keluarga dia akan datang . bukan setakat tolong makan jewp tau . tolong masak, tolong basuh periuk belanga , macam-macam jenis pertolongan lah .. nak gthu korang satu-satu pon susah jugak sebab banyak sangat .
Walaupon family aku dengan family dia berkawan dah lama,aku nih tak pernah sekali pon tegur dia. kalau dia datang rumah , aku tengok-tengok camtu jela. ada jugak lah terlintas dalam kepala aku nih . ' sapelah mamat nih, muka poyo nya ' camtu jela. camne aku tak kata camtu . dahlah datang rumah orang . tegur tuan rumah pon tidak . eh kiranya aku nih tuan rumah jugaklah . dah aku nih anak ma dengan ayah aku kan . ada jugaklah dalam hati aku nih terniat nak tegur dia. bila jewp aku nak tegur dia. dia lari .. hilang entah kemana. selalu camtu . selama 2 tahun family aku nih kawan dengan family dia. camtu lah gelagat dia. ape yang dia takut sangat dengan aku nih.. asyik nak lari jewp . aku bukannya jenis yang makan orang . waras lagi kot .. takdelah otak aku nih terpelanting keluar .. ye dokkk ? hehehehe
Sebenarnya aku nih dah ada bf ,, nama dia AIMAN MUIZ,, orangnya baik sangat tapi dia dari keluarga susahlah.family aku tak berkenan lah dekat dia. tapi aku sayang gler dekat dia. dia lah jantung aku . cinta hati aku . huhu tapi nak dipanjangkan lagi cerita nih family aku nak kahwinkan aku dengan lelaki pilihan diorang . anak kawan diorang jugak . namanya SHARIL IZUAN . budaknya boleh tahanlah , kalau kata peratus tuh 60 peratus boleh ? dia dari keluarga kaya banyak harta ,, belajar plak tinggi tak macam bf aku nih setakat kemahir anjewp kot . dia plak universiti .. tapi si mamat poyo tuh plak SPM jewp ... belajar tinggi ke ape ke kalau tak pandai urus hidup tak kemana jugak kan .. pelajaran memanglah penting tapi sape ke menara gading tuh tak semestinya semua berjaya. ada jugak yang xdapat u pon berjaya lebih dari orang yang masuk u .. percaya ke tidak ? serius aku cakap kat korang nih . terserah koranglah .. okey okey kita sambung balik cerita ...
Pada suatu hari, bulan 3 tak silap aku . family aku bercadang untuk pergi bercuti ke cameron highlands . semua family aku ikut termasuklah kawan-kawan diorang tuh .. iaitu si mamat poyo dan si bisu .nak tahu kenapa aku panggil shahril tuh bisu sebab sepatah pon aku tak pernah dengar dia cakap . duduk pon jauh dari orang . lebih teruk lagi dari mamat poyo tuh.. nak kata tolong orang time kenduri memang taklah .. dia akan duduk sorang-sorang pastu termenung. tuh jewp kot keje nya. yang aku perhati camtulah gamaknya. macam si mamat poyo nih dia rajin . orang tak suruh pon dia buat jugak ..aku memang sukalah dengan sikap dia tuh.
Ketika si mamat poyo nih tengah main dengan adik dia, aku pon cari jalan camne nak tegur dia. time tuh aku tengah sweet couple lah dengan bf aku nih AIMAN MUIZ tapi aku tetap rasa nak berkawan dengan SHAHRUL AKIF . kalau boleh aku nak kenal dia dengan lebih rapat lagi . nak tahu kenapa ? sebab aku suka sikap dia yang caring . yang lemah lembut dengan adik dia. jaranglah lelaki sayang adik sampai makan pon suap, mandi pon dia yang mandikan . sweet betol perangai nya.aku suka lelaki camtu .
Suatu hari aku sengajalah buat-buat nak tengok permandangan sesama dengan dia.. ehem-ehem aku pon mulakan idea bernas aku nih " cantiknya tempat nih kan ? bestnya kalau boleh tinggal dekat sini 
 . awak rasa camne ? " dia senyap jewp , langsung tak jawab pape .. korang tahu tak masa tuh aku rasa malu sangat , rasa cam nak sorok jewp muka aku nih dalam laci . ase macam nak sepak pon ada mamat poyo nih , berani betol dia tak jawab bila aku tegur.sengaja nak malukan aku ke apa,, 10 minit kitorang senyap .tiba-tiba dia jawab " awak suka tempat sejuk ke ? kalau suka kenapa tak pergi sana ? pergilah tengok bunga . " amboi gayanya macam menghalau aku jewp .. taknak bagi aku borak dengan dia ke ape nih .. time tuh aku nak cover malu , so aku pon pura-pura tanya nama dia. " nama awak IRUL KIF kan  ? " dia tengok aku dengan hairan . " eh taklah nama saya SHAHRUL AKIF, awak nih EMMA kan ? " alamak mamat poyo kau kata nama aku fatihah . hahaha ... aku nih HANNA SAFIYA lah . mana pernah orang panggil aku camtu .. takkan tak tahu kot nama aku ... selama nih selalu jewp datang umah aku .. ape kena dengan mamat nih .. " ermmm salah ke ? " mungkin sebab aku diam , dia pon mula gelisah .. " awak rasa nama tuh sesuai ke dengan saya nih ? tapi maaflah nama saya bukan EMMA , nama saya HANNA SAFIYA. awak ada facebook ? saya suka main facebook . best " aku sengaja jewp nak pancing perhatian dia. tapi nak tahu tak dia jawab ape. dia kata dia tak minat facebook . ada tuh ada tapi langsung tak aktif.. macam badmood jewp cara dia layan aku . ada masalah ape mamat nih. tanya lebih-lebih kang kata aku nih bozbody plak . over nak ambik tahu sal dia lah apelah . blaaa blaaa . jadi aku taknak tanya lebih-lebihlah . stop kat situ jewp..
"awak ada telefon " adeh soalan paling bodoh bengap yang tak patut aku tanya. dah sah-sah telefon ada dekat tangan dia. boleh plak aku tanya soalan camtu . gabra punya pasal . hahaha . lantaklah asalkan dia jawb dan layan aku nih cukuplah .. " nih .. dekat tangan saya nih ape ? telefon kan ? adalah . " aku pon ape lagi mintak lah no dia . konon-konon nya bolehlah kawan . dia bagi plak tuh.. hehehe yess dapat jugak aku kenal dia. 
Nak pendekkan cerita aku dengan dia jadi bff ,, dia selalu hantar msj dekat aku ,teman aku . kiranya dia teman aku selepas bf akulah .. kitorang selalu borak . tapi kitorang dah buat satu perjanjian iaitu family kitorang tak boleh tahu yang kitorang berhubung, kalau salah sorang bocorkan kena denda.. bila SHAHRUL AKIF nih datang rumah aku , aku mesti duduk di ruang tamu yang selama nih aku tak pernah duduk . nak tahu kenapa sebab dia pon duduk dekat situ jugak . dah macam kemaruk cinta pon ada aku nih. padahal dah ada bf tapi macam tak sedarkan diri jewp . bila jewp dia perasan aku tak berkelip tengok dekat dia. mesti telinga dia jadi merah .. muka dia jangan cakaplah memang merah .. sampai satu ketika kakak aku tegur dia " hah rul kenapa muka tuh merah sangat . panas sangat ke duduk rumah nih. rasa nya dah 2 kipas dah pasang nih " aku ape lagi ketawalah .. kelakar oiii . dia jeling-jeling tengok dekat aku . marahlah tuh sebab aku ketawakan dia. 
Bila hubungan kami semakin rapat aku mula ceritakan kisah aku dengan bf aku dekat dia.. aku ceritalah pasal aku nak bertunang dengan bf aku tapi family aku tak bagi.dia nasihatkan aku jangan lawan pape . kalau tak setuju senyap jewp jangan jawab pape. okey boss saya ikut kata awak tuh .. pagi sabtu tuh aku ajak dia keluar . nak shopping sikit . family aku dengan family dia mana tahu . aku cakap aku nak keluar dengan kawan . dia pon sama. kami berjumpa dekat mall .. time aku tengah jalan dengan SHAHRUL nih, aku ternampak bayang bf aku .. tapi nak kata dia bukan kot sebabnya dia kata dia ada dekat rumah takkan lah dia ada dekat mall plak kot. aku percaya dekat dia. dia takkan bohong aku . tambah-tambah aku tengok laki tuh berpegangan tangan dengan perempuan lain . tapi bila makin dekat aku tengok . memang dia bf aku .. ape semua nih . ape yang berlaku nih.time tuh aku rasa macam nak pitam jewp tapi nasib baiklah si SHAHRUL nih ada sebelah aku .. dia tanya kenapa aku pon cakaplah aku nampak bf aku dengan perempuan lain . time tuh tak payah cakaplah dah memang sah-sah airmata aku tak henti-henti jatuh . dah macam air hujan pon ada.. aku rasa macam nak tarik jewp kepala bf aku dengan perempuan tuh . berani dia main-mainkan aku sedangkan aku cinta glerr dekat dia .. aku tak henti-henti menangis.semua yang lalu lalang dekat situ tengok aku dengan pandangan hairan . eh tak kisahlah dah hati aku sakit . takkan nak tahan kot ..SHAHRUL plak panik coz dia tak tahu nak pujuk aku camne. kesian dekat dia. mesti terkejut nih. bila aku dah okey . aku buat keputusan nak balik . jadi nak dijadikan kesimpulannya.aku tak beli pape pon . kitorang pergi dan terus balik . tak sempat nak shopping pon gara-gara aku terserempak dengan mamat kurang asam tuh. sampai jewp dekat rumah aku terus buang barang-barang yang bf aku bagi tuh . tukar no, tutup facebook dan menangis sepuasnya. 
Sebulan aku sedih beb.nasib baiklah SHAHRUL nih sentiasa ada dengan aku ,, sebenarnya SHAHRUL pernah gthu dekat aku yang dia suka dekat aku , sebab aku nih macam bayang-bayang ex gf dia yang dulu namanya ALIA SUHAILA. ada ke patut dia samakan aku dengan ex dia. taknak lah .. tak rela okey .
Keesokkan pagi ,  aku dapatlah berita yang paling mengejutkan dalam hidup aku dan aku tak rela benda tuh terjadi . family aku nak jodohkan aku dengan SHARIL IZUAN.kenapa ??? aku taknak . diorang dah tetapkan tarikh pon. bila aku pandang muka SHAHRUL dia langsung tak pandang muka aku . dia tak rasa pape ke. dia kata dia sayang aku . taknak kehilangan aku .. tak nak aku jadi milik orang lain tapi kenapa dia diam jewp ,, tak cakap pape.. aku plak yang over bantah cakap taknak .si SHAHRUL nih tak kata pape pon .. dah macam cerita hindustan pon ada . tetiba kan . hahaha... aku apelagi terus cekup si SHAHRUL nih..
" Kif kenapa tak cakap pape tadi bila family Iya nak kahwinkan Iya dengan SHAHRIL IZUAN. ? Kif tak sayangkan Iya ke ? Kif tak rasa pape ke ? tak rasa ke macam yang Iya rasa nih? " time tuh jugaklah airmata aku nak keluar. dah macam orang gler pon ada aku nih. dah macam muka tak malu sangat .. menangis camtu . " bukan Kif tak sayangkan Iya. tapi Kif hormat family Iya.takkan Kif nak cakap dekat diorang yang kita nih , kita nih... " tiba2 SHAHRUL AKIF senyap tanpa kata,aku tertanya-tanya ape sebenarnya hubungan kami . rasanya kami berkawan baik jewp tapi kenapa rasa lain plak .. hati aku rasa berdebar, aku rasa malu bila dia pandang aku . bila dia datang ke rumah aku rasa gembira sangat . aku nak pandang dia sorang jewp .. tuhlah perasaan aku saat nih...
CINTA ke tuh ? ? ? " jadi sekarang nih Kif lebih pentingkan perasaan diorang tadi Iya nih? camtu ke maksud Kif ? " aku ape lagi emosilah ... makinlah laju airmata aku .dia hulur tisu dekat aku , dia taknak aku nangis. dia cakap dia sayang aku tapi dia tak boleh nak buat pape..dia taknak jadi penghalang , dia taknak rosakkan hubungan baik family dia dengan family aku ..
Saat yang aku paling benci telah pon tiba. hari nih aku akan di tunangkan dengan mamat bisu tuh SHARIL IZUAN.aku taknak . kalau boleh aku nak menjerit kuat-kuat .. memang semua orang sedia maklum yang aku nih ada penyakit darah rendah . jadi time aku nak ditunangkan tuh.aku tertiba ase macam nak pitam.tak sempat aku nak jalan keluar.aku terus pengsan nasib baik ada orang sambut . nak tahu sape ? SHAHRUL AKIF lah yang sambut aku . mungkin time tuh dia terkejut campur panik agaknya..dia terus mengangkat aku dan letakkan aku di atas sofa. dia tak sedar time tuh semua orang pandang dia. " sayang, sayang bangun sayang. kenapa tiba-tiba nih . kelmarin bila kita jumpa Iya tak macam nih pon, Iya sayang bangun . jangan takutkan Kif. Kif sayang Iya " tuhlah kata-kata dia tadi . time tuh serius memang aku tak sedar. aku tahu pon sebab kakak aku yang cakap . entah betul ke tidak .bila aku tanya dia. dia tak jawab .senyap jewp, malu kot . hahaha :D
Disebabkan kejadian tuh. maka majlis pertunangan aku tidak dibatalkan tapi ditukarkan pasangan nya. aku tak bertunang dengan SHARIL IZUAN tapi dengan SHAHRUL AKIF. disebabkan kejadian tuh semua family kitorang tahu pasal kitorang. AKIF terpaksa cerita semuanya. dari A sampai Z sebabnya family aku tak henti-henti soal dia. dah macam polis pon ada.. sekarang nih lagi 2 bulan kami nak kahwin .aku bahagia sangat dengan SHAHRUL AKIF .. thanks sayang .... 
" sayang ,, awak kekasih saya ke ? " tanya aku .nak tahu ape dia jawab .. " taklah .saya bukan kekasih awak sayang , tapi saya suami awak . hehehe " so sweet .. makin sayanglah saya dekat awak sayang . hehehe :D

SEKIAN.TAMAT SUDAH . hehehe thanks sudi baca cerita yang Aisya buat nih . tak best pon korang buat-buat best jela erkk . hehehe sebab ringkas sangat .. assalamualaikum . nite . dan jangan lupa.. doakan aisya dapat buat tuk ujian bertulis esok . majlis daerah pembantu tadbir. hehehe <3 




" Sweet ! Apabila Aisya Ieyka Menaip Entry =)) "

SELAMAT HARI RAYA :D MAAF ZAHIR & BATIN

08:44 AM | MONDAY | 4 OGOS 2014
Assalamualaikum rakan-rakan semua . walaupon terlambat aisya tetap nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin ya..harap raya tahun ini memberi kenangan baru tuk korang . apa yang aisya lihat dan baca di facebook, raya tahun nih macam meriah jewp ... hari nih sudah masuk raya yang ke-8 kan .. tapi masih ada lagi kawan-kawan kita yang berada dalam mood raya . hehehe .. * kuat teh rayo nyoh * kalau puasa sebulan maknanya raya pon sebulan lah . amboi . hehehe :')
Agaknya berapa pasang baju yang korang jahit nih .. sampaikan raya ke-8 pon masih beraya lagi .... ada jugak style pelik sikit ... semata-mata nak selfie sanggup tukar baju 4 5 6 kali ... tak penat ke ? jawapan diorang " biasalah tuh kami nak cantik, kami nak nampak anggun nanti nak post dalam facebook . kenalah pilih yang lawa " hahaaha macam tuh plak erkk ? okey -okey suka hati korang , asalkan korang bahagia dan gembira.. tak gitu . hehe >.<
Aisya plak macam biasalah ... tak beraya sangat .... ala kadar jewp ... kerja aisya untuk raya tahun nih ialah jeng-jeng GOSOK BAJU RAYA .. hahaha tuh yang paling penting . lepas tuh cucuk sate... tak meriah asenya raya tanpa sate, lemang, ketupat dan kuih raya ...tahun nih keluarga aisya hanya buat ketupat dan kek jewp, yang lain semuanya beli . 
Disebabkan permintaan yang ramai terhadap nasi berlauk kan gulai ayam ,daging dan itik serati maka ma aisya pon buatlah benda tuh time raya ... tak jadi jugaklah kak aisya nak buat nasi arab .. kalau ikutkan aisya, aisya nak makan nasi lemak tapi nasi lemak tuh macam tak moden sangatlah . macam dah lapuk . hahaha .... 
Jangan sape-sape tanya erkk kenapa aisya xde pic raya .. nanti aisya marah . hehe cehh !! gurau jewp . takmarah pon . kenapa nak marah dekat pembaca setia blog aisya nih .... tak baik kan . tambah2 bulan syawal lagi nih ...korang huahuaaaa T_T * nangis kejap * 
Aisya tak sempatlah nak snap pic macam raya tahun lepas . dahlah aisya gemuk sekarang nih . nak snap pic pon malu tau .. hukhuk . insyaallah raya haji nanti aisya snap pic banyak-banyak coz time tuh akak aisya nak buat aqiqah asenya tuk bakal baby yang akan lahir nanti . 
errrrrr nak cerita apa lagi nih erkk . nak post gambar , gambar pon xde . so jom pakat-pakat komen jela entry nih .. boleh ? xde benda lain dh aisya nak cerita... asenya semua aisya dah cerita,, sekarang giliran korang baca dan kongsi raya korang tahun nih .. amacam ??? okey ?? :D

" Sweet ! Apabila Aisya Ieyka Menaip Entry =)) "

Small Cute Purple Pointer