SAYA LUPA SAYA BUKAN KAWAN AWAK :"(

12:19 PM | ISNIN | 22 DISEMBER 2014

Assalamualaikum kawan-kawan yang handsome dan cantik . . . .
' jangan hampakan orang lain '. Bila cakap pasal nih teringat pulak pasal permintaan, Aisya pernah hampakan permintaan seseorang, sekarang nih dia dah tak ada. Terkilan sebab Aisya tak sempat nak tunaikan permintaan dia, Aisya dah hampakan dia.
Sebenarnya nak cerita pasal lain terkeluar pulak pasal tuh , hehe . jom kita sambung balik * ambik mood nak cerita nih *
Mula-mula tadi godek-godek facebook saja,dan tertengoklah benda nih, serius Aisya memang taknak tengok cause Aisya tahu bila Aisya tengok benda tuh Aisya akan sedih.
Tapi nak buat macam mana memang dah tengok kan. Terluka betul hati bila orang tak peduli kewujudan kita. Punyalah kita ingat dekat dia, dia buat derr je dekat kita.
Memalukan betul. HAHAHA, rasa nak ketawa jewp kuat-kuat, urmm! betullah kata TUN DR.MAHATHIR MOHAMAD "melayu mudah lupa" .
Rasa macam nak komen jewp dekat gambar diorang ' saya pun kawan awak jugak, kenapa buat tak tahu jewp' tapi bila fikirkan balik mungkin Aisya nih tak layak nak berkawan dengan diorang .
Bila update jewp blog mesti cerita sedih kan ? korang yang baca pon rasa menyampah , hehe nak buat macam mana cerita macam nih jewp yang ada dalam hidup Aisya.
Bila diorang perlukan apa-apa diorang datanglah minta tolong, bila dah tak ada kegunaan dilupakan . teringat pulak dekat cerpen masa darjah 6 , pasal kasut. 
Korang pernah tak buat cerpen tuh ? Aisya pernah . memang apa yang Aisya alami nih sama macam kasut tuh, bila dah dapat kasut baru terus lupakan kasut lama. ohh ! sebak okey T_T
Sebab tuhlah bila ada jewp apa-apa reunion Aisya betul-betul akan fikir sama ada nak pergi ke tidak , Aisya takut kalau Aisya pergi nanti tak ada yang nak layan Aisya, rasa terpinggir pulak. Tambah pulak Aisya kerja sekarang nih , tak boleh nak minta cuti .. 
Mungkin diorang anggap Aisya nih tempat persinggahan jewp kot, kalau taknak ajak ke apa ke takpe tapi jangan kata benda bukan-bukan dekat Aisya.
Harap-harap entry seterusnya lebih gembira kan ? asyik sedih jewp mentang-mentanglah sekarang nih musim hujan dekat kelantan, dengan Aisya sekali nak turut sedih jugak, hehehe
tak patut betul . okeylah korang . Aisya tulis nih bukan nak suruh diorang baca just nak luahkan isi hati . Dalam blog jewp Aisya boleh luah semua nih, hanya teman blog jewp yang faham dengan Aisya, orang lain ? jarang yang peduli. mungkin BFF dan MR.BR jela yang peduli kan? xpe.
mungkin hari nih kita tak happy dan dia happy. mungkin hari lain kita lebih happy berbanding diorang . amin :)
Thanks korang sudi baca celoteh Aisya yang entah pape nih ... hehehe Assalamualaikum !



" Sweet ! Apabila Aisya Ieyka Menaip Entry =)) "

5 ulasan:

Cik_Shiqah berkata...

sorang taknak kawan dgn kita, lebih ramai yg dtg utk kawan dgn kita. So tak pyh nk sedih2 sgt k. hehe :D

AisYa IeyKa berkata...

hehehe ,, thanks shiqah :)

Nor Nadia Syakila Jamal berkata...

Bergembiralah sayang..
Kamu berhak gembira :)

Ada Allah dan ada lagi orang yang akan menyayangimmu !

Princes Yuyue berkata...

dik jangan lupakan tiga orang nih
- orang yg membantu ika semasa kesusahan
- orang yg menyebabkan ika berada dalam kesusahan
- orang yg menghilang diri semasa ika dalam kesusahan
Okay?? tenyum sikit ..:))

aiman mania berkata...

aisyah kot yg overthinking..taper kita boleh jd kawan alam maya...hehehehehe..salam kenal..thank follow my blog...blog lama tak terusik..will be active back in year 2015 ^^ salam kenal!lagu nih lagu infinite kan??tajuk apa dah......shout at shoutbox aiman pleaseeee....

Small Cute Purple Pointer