DOA DAN TAWAKKAL! ESOK HARI YANG MENDEBARKAN | BATCH '99

10:18 AM | AHAD | 21 DISEMBER 2014

Assalmualaikum semua . . . . 
Cepatnya masa berlalu kan , hari berganti hari tup tup sekarang dah bulan disember pun. Aisya masih lagi sama memikirkan masa depan .. :)
Korang ingat tak esok hari apa ? hehe apalah Aisya nih tuh pun nak tanya korang kan .. Aisya tahulah esok hari isnin tapi korang tahu tak yang esok 22 DISEMBER 2014 result PMR @ PT3 dah keluar.
Mesti adik-adik batch '99 berdebar sangat. Aisya pon pernah alami semua tuh. langsung tak dapat nak lelapkan mata bila fikir soal tuh.
Dengar kata yang dapat straight A 80 orang jewp , betul ke nih? agaknya sistem baru bukannya menolong pelajar tapi menyusahkan pelajar kan. tengok form 6 macam mana , asalnya sistem pembelajaran biasa tetiba tukar jadi sistem pembelajaran bertaraf U hah habis budak-budak gagal , beberapa orang jewp yang dapat A yang lain hampeh dapat pasir jela , :3
Nak buat macam mana mungkin sistem yang kementerian buat nih untuk memudahkan pelajar tapi para pelajar tak dapat nak menguasai sepenuhnya lagi , mungkin masa yang diberi tak cukup untuk mereka.
Adik-adik jangan takut jangan gusar , mungkin result PT3 adik-adik tak sebaik yang diharapkan tapi mana kita tahu kan nanti SPM adik-adiklah yang cemerlang. Result nih bukannya boleh menentukan apa-apa pun . mungkin aliran jela. Kak Aisya nak kongsi sikit dengan korang . adalah sorang yang Kak Aisya kenal nih  ( nak cterrr pasal Akak, Akak tak pandai sangat. hehe ) dia pelajar paling malas dalam kelas, masuk jewp kelas mesti tidur ,, kelas tak payah cakaplah selalu ponteng , cikgu masuk dia keluar , cikgu keluar dia pun masuk ..
Kita yang tengok nih geleng kepala ,, ishh ishh  tak masuk U dah budak nih, keje asyik ponteng jewp .. tengok-tengok sebulan nak exam dialah orang pertama yang ulangkaji tanpa rehat ,, kalah budak sains nih.
Sanggup pinjam buku kawan-kawan, fotostat lagi ... nak buat macam mana dia mana pernah buat nota. bila cikgu panggil ke bilik kaunseling dia buat bodoh jewp tapi bila hari izin ilmu dia minta maaf dengan semua guru ,,,
Hari nih dialah yang masuk U , dapat UPSI lagi .. kita pulak yang terlopong cause dia lebih hebat dari kita. Sorang lagi Kak Aisya  kenal plak macam nih dia tergolong dalam pelajar cemerlanglah, selalu dapat anugerah bila masuk form 4 dia jadi malas, ulangkaji pun kadang-kadang jewp bila exam dia tak dapat nak buat sangat ,, sekarang dapat U tapi dapat course komputer jewp . rugilah sebab dia asalnya budak pandai. kan ?
Jadi adik-adik pun masih lagi mampu kalau nak berjaya , berusaha lah .. form 1,2,3 lain dengan form 4 dan form 5 . Adik-adik walaupon tak dapat aliran sains, aliran sastera pun menjamin masa depan jugak tau . macam sains biasa lebih berguna kalau korang gagal fizik, kimia dan biologi.
Jangan putus asa ,, adik-adik ada 2 tahun lagi untuk usaha , asalkan semangat ada mesti korang akan berjaya . Kak Aisya dah tak boleh nak belajar dah . koranglah pulak gantikan Kak Aisya ya belajar bersungguh-sungguh .
Sekarang nih korang berdoa dan tawakkal ya. apa jewp result yang korang dapat esok itu yang terbaik. ADIK-ADIK SENYUM SIKIT, JANGAN KECEWA KERANA MASA DEPAN ADIK-ADIK MASIH LAGI LUAS :)

" Sweet ! Apabila Aisya Ieyka Menaip Entry =)) "

2 ulasan:

maz asraf berkata...

Memang berdebar anak saudara saya pun amik pt3 ni.mmg nervous.
Jemputlah ke blog saya
healthyglowing13.blogspot.com

AisYa IeyKa berkata...

@maz asraf hehehe ,, msti diorg tgh sedih sekarang nih kan ?? anak saudara aisya pon sedih glerr jugak :)

Small Cute Purple Pointer