* Sebenarnya Dia Future Husband Saya *

12:42 AM | 16 AUGUST 2013

Assalamualaikum rakan semua. tepat pukul 12 malam tadi genap lah 2 tahun 3 bulan hubungan Aisya dengan dia. Tajuk entry kat atas tuh sengaja jewp nak bagi dramatik sikit.hehehe ! tapi dia memang ehem-ehem Aisya okey ;') hehehe !
Dalam-dalam banyak entry , entry nih yang paling berharga dalam hidup Aisya. nak tahu kenapa ? jeng-jeng coz entry nih khas buat dia yang ku cinta.hehe ~ yang Aisya herannya tiap-tiap bulan dan tahun Aisya selalu lupa tentang tarikh keramat nih. kalau bukan Dia yang wish dulu Aisya takkan ingat. Aisya selalu camtu . tak tahu kenapa selalu camtu.
nak kata tua, muda lagi . urmmm ! too sayang : biey mintak maaf sangat sayang. selama perkenalan kita biey selalu lupa tarikh keramat nih.biey selalu lupa nak jadi orang pertama yang wish . maafkan biey sayang.
Biey jugak nak gthu sepanjang tahun nih biey selalu buat sayang rasa sedih , tawar hati dan terasa hati dengan perangai biey . kadang-kadang biey bz sampai xde masa nak teman sayang. maafkan biey . mungkin nanti bila biey dah abis exam biey akan luangkan masa bersama dengan sayang.
sepanjang kita kenal biey ada sakitkan hati sayang . ada buat sayang menangis , biey mintak maaf. biey tak sempurna sayang. dan biey harap sayang boleh terima biey seadaanya. dan biey tahu sayang memang terima biey apa adanya.
sayang ! biey harap hubungan kita nih akan kekal hingga hujung nyawa.dan akan jadi seseweet zain dengan el okey . hehehe . malah biey harap lebih sweet dari el dan zain . 
Sayang tak pernah marah biey teruk-teruk walaupon sayang marah . sayang nak biey sedar yang biey buat salah . biey selalu lambat reply mesej sayang. kadang-kadang sayang terpaksa antar mesej berkali-kali baru biey reply . biey mintak maaf sayang . Biey selalu tertidur tanpa gthu dulu pada sayang . maafkan biey :(
kadang-kadang biey nih cuai .. biey tahu biey banyak buat salah sepanjang perkenalan kita.
bukan niat biey nak buat camtu sayang. selama perkenalan kita , biey cuba sedaya nya untuk jaga hubungan kita supaya bahagia macam orang lain sayang.. I LOVE YOU SAYANG :*
* Selamat Ulangtahun Yang Ke - 2 Tahun 3 Bulan Sayang * Rasa cepatkan masa berlalu sayang . tahun depan dah nak masuk 3 tahun dah hubungan kita. hehehe . ase bangga pon ada . Tak Pernah Sampai lagi ke tahap nih . biey bangga ada SWEETHEART macam sayang . Nega Saranghaeyo Jagiya :"D

Biey tak perlu Insan Yang Sempurna Untuk Menghiasi Hati ,
Cukuplah Insan Yang Sayang Dan Memahami Biey ,
Sempurna Tak Semestinya Akan Memahami Kehendak Biey ,
   Sayang ! Ada Sayang Dalam Hidup Biey Dah Buat Hidup Biey Cukup Sempurna .

p/s : Kasih Dan Cinta Zulaika Aisya Nawi HANYA Untuk Abdul Basit Rahman . Semoga Cinta Dan Kasih Kita Kekal Hingga Ke Jinjang Pelamin . Amin :) :) :) :) :) :) 



" Sweet ! Apabila Aisya Ieyka Menaip Entry =)) "

Cinta Robot part 2

09:59 PM | 13 AUGUST 2013
" Umaira kenapa kamu kata macam tu dekat Fariz ? mesti dia terasa hati dengan kata-kata kamu tadi.Mami nak esok kamu pergi rumah mak ngah dan minta maaf dengan Fariz. boleh kan ? " Puan Suhaila yang tak tahan dengan perangai keanak-anakan Umaira menyuruh Umaira memohon maaf. apa tidaknya Umaira makin lama makin tak tahu nak hormatkan perasaan orang lain. 
tanpa sahutan Umaira terus naik keatas dan masuk ke kamar tidurnya.Puan Suhaila yang melihat gelagat anak perempuan tunggalnya itu hanya mampu gelengkan kepala. ' bilalah agaknya Mai ni nak berubah.sejak si Aiman tu tinggalkan dia macam ni lah perangainya tak nak berubah-ubah ' desis hati kecil Puan Suhaila.
" Jantan tak guna,aku benci kau, kenapa kau datang rumah aku.kau sengaja nak racunkan fikiran mami aku kan . dasar jantan gila " Umaira jerit sekuat mungkin sampaikan suaranya hampir hilang.Puan Suhaila ketika itu sedang mengemas dapur bergegas naik ke tingkat atas dan mengetuk pintu bilik puteri tunggalnya. dia takut perkara yang berlaku lima tahun lalu berulang kembali.
" Mai? kenapa menjerit ni sayang? ape yang berlaku ni? buka pintu ni sayang, cerita dekat mami sapa yang buat Mai jadi macam tu. Umaira sayang buka pintu ni " Puan Suhaila masih lagi memujuk.Umaira ketika itu sudah seperti orang hilang akal. menangis teresak-esak sambil menyebut dia benci lelaki.dia benci hidupnya sekarang.Disaat itu Puan Suhaila berfikir sejenak mungkin belum tiba masanya lagi dia memaksa Umaira buat apa yang Umaira tidak gemar. biarlah Umaira dengan hidupnya yang tidak tentu arah itu . dia lebih rela biarkan Umaira senyap tanpa kata daripada melihat Umaira menjadi seperti ini.
" sayang buka pintu ni .. " Puan Suhaila terus-terusan mendesak supaya anaknya itu membuka pintu.dia risau anaknya akan bertindak tanpa berfikir dengan waras.lima tahun lepas Umaira hampir saja ingin membunuh diri.alhamdulillah Puan Suhaila sempat bertindak sebelum dia berjaya berbuat demikian.
setelah Umaira terdengar ketukan bertalu-talu dari luar pintu Umaira segera membuka pintu kamarnya.
" mami. Mai nak peluk mami " setelah Umaira memulas tombol pintunya Umaira terus memeluk Puan Suhaila dan melepaskan semua kekusutan dan kesedihan yang dia alami saat ini.
" dah dah sayang. jangan menangis lagi. beritahu mami kenapa sayang menangis macam ni sekali ? sapa yang lukakan hati sayang?" tanya Puan Suhaila.
" Mami, Mai tak suka mami suruh Mai berbaik-baik dengan si Fariz tu . Mai tak suka dia , Mai tak suka bila mami selalu sebelahkan dia dan bagi muka sangat dekat dia. kenapa dia selalu datang rumah kita mami? Mai tak suka tengok muka dia mami.Mai benci dia.benci sangat " Umaira meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Fariz sambil menangis teresak-esak.
" sebab itu saja ke sayang? tak ada sebab lain? " tanya Puan Suhaila. Umaira mengangguk-angguk tanda mengiakannya.
" sayang. kalau mami tahu kamu stres sebab itu mami takkan teragak-agak untuk beritahu Fariz supaya jangan datang ke sini lagi. tapi kamu pon tahu kan Fariz dengan keluarga kita macam mana? dia sepupu kamu sayang. mami tak boleh nak halang dia sama ada dia nak datang atau dia tak nak datang. nantilah mami try cakap dengan dia. tapi seelok-eloknya kamu cubalah berbaik dengan dia.mami tengok budak Fariz tuh baik saja dengan kamu.dulu masa kecil-kecil kamu rapat dengan dia selalu main pondok-pondok. kenapa bila dah dewasa kamu jadi benci dia sayang? mami tak nak anak mami ni jadi lemah . kan Mai dah janji dengan mami dan papa tak nak jadi lemah lagi . " Puan Suhaila berhati-hati menyusun kata-kata.dia takut anaknya itu akan melenting dan panas barannya itu akan bertambah-tambah.
" mami, Mai tak boleh tengok muka dia mami. ya mungkin dulu kami rapat selalu main sama-sama, tapi sekarang dah lain mami.dulu kami kecil sekarang kami dah dewasa mami. Mai tak boleh nak jadi macam dulu lagi . Mai yang sekarang tak sama lagi dengan Mai yang dulu. kalau boleh Mai tak nak jadi Mai yang dulu yang lemah . bila Aiman tinggalkan Mai, Mai hanya boleh memandangnya dari jauh. Mai tak boleh buat apa-apa termasuk halang pernikahan diorang. Mai tak suka si Fariz tu . dia selalu berlagak yang dia tu sempurna.kononnya nak nasihat Mai. Mai tak suka mami."
Puan Suhaila mengeluh panjang.dia tidak tahu  bagaimana lagi cara untuk membuat Umaira ubah pendiriannya. sudah agak lama Puan Suhaila memerhati gelagat Umaira sampai sekarang dia tidak mampu cari jalan penyelesaian.
" Kalau macam tu baik lah nanti mami beritahu Fariz jangan datang sini lagi. Ada orang tak suka dengannya." ketika itu Umaira sedar bahawa perbuatannya menyebabkan Puan Suhaila sudah hilang sabar dan putus asa.
Puan Suhaila meleraikan pelukan itu dan menuruni anak tangga. katanya dia ingin mengkhabarkan kepada Fariz supaya tidak perlu lagi singgah ke rumahnya.Ketika itu Umaira hanya memandang kepergian Maminya dengan pandangan yang kosong.
Walaupun berat Puan Suhaila tetap perlu lakukan supaya anaknya tidak mengamuk dan menangis lagi.


* bagi yang belum baca lagi part 1 : baca sini ( http://aisyaieyka.blogspot.com/2013/08/cinta-robot-rekaan-semata-mata.html ) enjoy ! :'D

" Sweet ! Apabila Aisya Ieyka Menaip Entry =)) "

Cinta Robot part 1 ( Rekaan Semata-mata )

04:45 PM | 11 AUGUST 2013
     
Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di petang hari , begitu sakit kisah cinta yang dialami oleh Umaira Aleesya. Baginya apa yang terjadi adalah sesuatu yang tidak di sangka.Insan yang pernah bertahta di hatinya tinggalkan dirinya begitu sahaja. mungkin dia tidak sempurna seperti insan lain tapi dia adalah dia . Aiman Iskandar memang tidak asing lagi di dalam hidupnya. Umaira terpaksa melalui liku-liku kehidupan tanpa insan yang dia sayang. Demi untuk memenuhi permintaan keluarga tersayang, Aiman Iskandar telah membuat keputusan untuk memutuskan hubungan mereka yang sekian lama terjalin dek desakan daripada keluarga Aiman untuk mengahwini Aiman dengan wanita pilihan keluarganya sendiri. Baginya keluarga adalah keutamaan tanpa keluarga siapalah dia. Setabah dan sekuat mana pun Umaira hatinya tetap terluka seperti di hiris sembilu .
" You betul-betul nak tinggalkan i ke sayang ? tapi kenapa ? i dah beritahu dekat you , i tak kisah hidup bermadu asalkan you sentiasa di samping i. " ujar Umaira sambil menangis teresak-esak.
" You dengar sini , i takkan sesekali menduakan you. i tak nak you hidup sengsara. untuk pengetahuan you mama i dah aturkan semuanya dan lusa adalah tarikh i akan di ijabkabulkan dengan dia. i terpaksa terima . i tak nak jadi anak derhaka. you anggap jela kita berdua ni tak ada jodoh . i tahu you seorang wanita yang tabah " Aiman mengusap bahu Umaira supaya bertenang .
" Senang you cakap . yang alami nya i bukannya you . kan kita dah janji akan bersama selama-lamanya . takkan you dah lupa sayang ? " balas Umaira dengan airmata yang masih lagi bersisa di pipinya.
" Listen okey sayang, you cantik, ramai lagi lelaki yang akan cintakan you. i memang sayangkan you cintakan you . tapi i mesti dahulukan family i . diorang yang besarkan i yang jaga i sampai i jadi insan yang berguna. sayang please .... " pujuk Aiman.
ketika itu nafas Umaira sudah turun naik, Umaira tak tahu sama ada keputusan yang dia buat ini betul ataupun tidak . yang pasti Umaira terluka dengan keputusan itu. kenapa insan yang dia sayang mesti menjadi milik orang lain. selama ini dia selalu berbuat baik. tidak pernah sekali pun Umaira menghasut ataupun membuat Aiman untuk berselisih faham dengan keluarga Aiman sendiri walaupun dia menerima pelbagai makian dan cacian Umaira tetap redha dan dia bersedia terima apa sahaja maki hamun sumpah seranah yang di kenakan pada dirinya . Tanpa berfikir panjang Umaira terus memecut laju keretanya tanpa menoleh  ke belakang . ' sayang ! selamat tinggal . hiduplah bahagia bersama dia ' airmatanya tidak mampu lagi di tahan . akhirnya Umaira menangis sekuat hati sambil menghentak stereng kereta . Bagi Umaira hidupnya sudah berakhir, tanpa kasih sayang seorang insan yang dia cintai bagaimana dia ingin meneruskan hidup pada masa yang akan datang .
5 tahun
Lima tahun berlalu tetapi hidup Umaira masih lagi kucar-kacir dan tidak terurus sama seperti lima tahun lalu. sekarang hidupnya sudah tidak seceria dulu. Dengan dirinya seperti robot, tidak bercakap dan tidak langsung keluar berjalan-jalan yang dia tahu hanya terperuk di dalam rumah ataupun di halaman rumah saja, untuk mendengar suaranya pun susah sepatah di tanya sepatah yang dia jawab . Puan Suhaila iaitu Mami kepada Umaira telah menggunakan pelbagai cara untuk membuatkan anaknya itu bercakap dan bergaul dengan orang lain tetapi satu pun tidak berhasil. hati Umaira terlalu keras untuk dilembutkan.
Sampailah satu saat , ketika Umaira sedang membaca buku di laman rumah nya . dia terdengar suara orang memberi salam. Umaira macam biasalah tidak sedikit pun berganjak untuk membuka pintu pagar . Dia hanya membuat muka selamba badak saja.
" kejap-kejap. sayang kenapa tak bukakan pagar tu? kesian dekat si Fariz tu tau. susah payah dia datang sini " kedengaran suara Puan Suhaila berteriak .
" Mami kan ada , Mami jela yang bukakan . Mai malaslah nak bangun.lagipun buat apalah lelaki tu datang rumah kita. Mai tak sukalah " Umaira menunjukkan muka protesnya . dia tak suka maminya berteriak begitu padanya dan satu lagi dia tak suka bercakap perkara yang tidak mendatangkan faedah padanya. Puan Suhaila tergesa-gesa membuka pintu pagar sampai terlupa untuk menanggalkan dulu apron yang digunakannya untuk memasak.
" hah Fariz jemput masuk . jangan malu-malu. kamu jangan ambil hati ya. kak Mai kamu tu biasalah angin satu badan semua benda nak mengamuk. Mami suruh buat kerja sikit dah nak mengamuk. " jelas Puan Suhaila kepada jejaka yang bernama Fariz itu.
" tak apa lah Mami .Riz dah biasa dah .selalunya kalau Riz datang sini gitu lah lagaknya. Riz tak ambil hati pun . macam ni lah Mami, Riz pergi sana lah nak sembang sikit dengan kak Mai. " Fariz minta izin Puan Suhaila untuk bertegur sapa dengan kakak sepupunya itu .
Fariz Uwaiz nama yang tidak asing lagi dalam benak fikiran Umaira dalam lima tahun ini dan nama itu juga sentiasa meniti di bibirnya.Bagi Umaira sepupunya itu sangat busybody .semua benda nak ambil tahu dan Fariz juga sentiasa menasihatinya supaya melangkah kehadapan bukan kebelakang. Setiap baris ayat yang di keluarkan oleh Fariz sentiasa mengundang kemarahan Umaira. Bagi Umaira Fariz selalu berpura-pura baik depan Maminya dan sengaja memerlinya secara senyap-senyap.
" Hai kak Mai . baca apa tu ? boleh Riz duduk tak ? " tegur Fariz dengan nada yang mesra.
" kau apahal datang sini ? kau memang tak ada rumah atau kau ni memang suka jaga tepi kain orang hah ? dan satu lagi buat apa kau minta dengan aku .suka hati kau lah nak duduk ke tidak . lagipun dekat kerusi ni tak tertulis pun nama aku . apahal minta kebenaran dengan aku hah ?"
tanpa sempat Fariz menghulurkan tangan untuk bersalaman Umaira terlebih dahulu bangun dan meninggalkan tempat itu serta merta. Perangai panas baran Umaira Sudah di ketahui oleh Fariz sejak dahulu lagi tapi tidak lah seteruk sekarang, sekarang ini makin menjadi-jadi pantang nampak wajahnya Umaira pasti berteriak . itu lah yang ajaibnya . Kata Puan Suhaila, Umaira tidak gemar bercakap dan sentiasa bersendiri tetapi bila nampak sahaja muka Fariz secara automatik Umaira akan berteriak . syukurlah walaupun Umaira hanya berteriak sekurang-kurangnya masih lagi terdengar suaranya .
" Kenapa pula tu ? masuk saja dalam rumah hentak-hentak kaki ? " Puan Suhaila kehairanan lalu bertanya Fariz ..
" Macam biasalah Mami . kak Mai kan tak suka dekat Riz. dia mengamuk tadi bila Riz tegur dia. Macam Mami tak tahu kak Mai kan memang dari dulu lagi tak suka Riz " Puan Suhaila rasa sangat-sangat bersalah apabila dengar suara Fariz yang sayu . ' mungkin dia terasa hati kot ' bisik Puan Suhaila.
" Riz minta diri dulu lah Mami kalau Riz free Riz datang lagi ya . asssalamualaikum " sebelum pergi Fariz sempat menyalami kedua-dua tangan Puan Suhaila. tanpa senyuman di bibir Fariz terus pulang. saat itu Puan Suhaila rasa amat bersalah dengan sikap anaknya yang dikira tidak rasional itu.


" Sweet ! Apabila Aisya Ieyka Menaip Entry =)) "

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

02:22 PM | 7 AUGUST 2013
Assalamualaikum rakan-rakan yang sweet lagi cun nih. sihat tak ? mesti ade yang sakit perut , demam atau seangkatan dengannya kan ? ala mesti korang ase tak best . coz ESOK RAYA . hehe sabar jela ~ tuh dugaan tuk korang tahun nih mana tahu tahun depan Aisya plak yang kena kan? macam mana persiapan raya ? eh-eh baru nak tanya kan , padahal esok nak raya dah . HEHE ~
Maaflah korang , Aisya tak sempat lah nak update blog . hari nih ade masa terluang sikit Aisya update lah .sebenarnya kan Aisya pon Kureng lah jugak nak raya tahun nih . nak tahu kenapa ? coz ade lah parasit yang asyik ganggu Aisya. mungkin dia ase hebat bila dia dapat bash orang. dan tuk pengetahuan parasit tuh Aisya sikit pon takkan melatah okey . takkan marah-marah . coz sekarang prinsip Aisya " Tuhan sentiasa ada bersama orang yang benar dan jujur " kalau nak terasa or pape silakan .
Tak lupa jugak . Aisya tahu nih mesti ada spy parasit tuh baca blog Aisya kan ? so Aisya nak gthu lah baik takyah baca kalau nak mengumpat ke or nak pergi lapor kat parasit tuh . buang masa korang jewp . baik korang tolong mak kat dapur boleh lah jugak hasilnya kan . dan lagi satu takyah kot nak bodek kuat sangat . nampak cam korang batak nak famous tau . oppss~ sori guna bahasa kasar sikit. xde niat tapi tertaip plak . huhu xD . ade bunyi gedik cam parasit tuh tak ? hoho . plezz lah ase cam nak muntah pon ade .
Tapi disebabkan hari nih hari last puasa Aisya nak gthu lah sikit mohon maaf nih kan bukan setakat hari raya jewp . bukan hari raya pon boleh mohon maaf tau . dan kalau ase hati tuh tak ikhlas nak mohon maaf . jangan mohon maaf . nampak cam talam bermuka-muka plak * main hentam jewp * dan satu lagi depan kemain baik tapi belakang dok kutuk-kutuk . tak elok camtu k .>.<
Okey lah kita stop dulu cerita pasal makcik yang bergolongan parasit tuh .now kita cterr pasal raya . agak-agak lah kan raya tahun nih meriah tak ? semestinya meriah . hehe . Malam nih ada SETIA HUJUNG NYAWA RAYA PUKUL 9 TV3 siap promote lagi nih. tak sabar nak tengok zain buat gwiyomi . mesti comel angat-angat . hahaha :'D
Nak tanya nih , tema baju raya tahun nih warna ape ? Aisya warna hijau . macam biasa lah .Aisya kan mesti lah hijau . hehe , bukan berkaitan politik okey tapi Aisya memang minat hijau . cantik sangat * bukan puji diri sendiri tapi puji baju * ngeee !
Disebabkan esok raya dan Aisya pon terlambat update blog , di sini Aisya ingin menyusun 10 jari memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa or terperli atau ter ape jela. Aisya harap korang boleh maafkan Aisya. Aisya pon manusia jugak kadang-kadang ade benda yang boleh kawal dan tak boleh kawal jadi Aisya harap korang maafkan Aisya . Aisya kalau boleh taknak lah berdendam dengan sape-sape . tak kira bulan ramadhan ke syawal ke  . Aisya kalau boleh nak berbaik dengan semua orang  nak nak hidup eppy. bukan sindir menyindir tapi apekan daya walaupon Aisya ikhlas mohon maaf tapi ade jugak manusia yang tetap dengan perangai dia yang suka mengata tuh so Aisya tak boleh nak buat apelah . terima seadanya jela kan ? :') oleh itu SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN dari Aisya dan family.
Rasa nak makan kuih free atau nasi minyak free jemputlah datang umah Aisya ye . pintu sentiasa terbuka . tapi raya pertama jela yang lain tertutup . hehe >_^
Sebelum syawal tiba Aisya sempat lagi snap pic. hehe nih dia jangan pening lalat plak tengok pic Aisya ye coz memang di jamin edit . dan sori ye . kot-kot ade jewp yang tak nampak batang hidung . hehe * ayat perli tuh . kalau terasa ke or pape maaf lah ye saya guna style awak nih cik PARASIT . :O



Cantik tak cantik tuh belakang kira yang penting Aisya bersuykur sangat Allah kurniakan muka camni kat Aisya . terima kasih Ya Allah <3 * plezz jangan RIAK *
" Sweet ! Apabila Aisya Ieyka Menaip Entry =)) "

Yeah ! Cuti Sekolah Dah Bermula * 2 minggu *

10:16 PM | 1 AUGUST 2013

Assalamualaikum rakan bloggers , facebookers , dan tweets . sihat-sihat semua ? camne puasa ? mesti dah ade yang tinggal nih ,tambah-tambah orang pompuan kan ? hehe ~ jangan marah ye.......



 
Nak gthu sikit nih pic Aisya yang kat atas nih tak edit tau . takde cantik sangat kan . kata orang gf cantik nih buat hati bf tak tenang . so baik lah muka cam Aisya nak kata cantik tak nak kata tak cantik pon tak . kihkih . dua-dua no komen gtu :') sebelum Aisya melalut baik kita tukar topik...
Korang nak tahu hari nih last sekolah bagi negeri Kelantan, Terengganu, Dan Kedah. Oh yeah memang seronok sangat.coz cuti 2 minggu . tapi takde lah seronok sangat sebenarnya. Bila buka sekolah nanti Aisya ade peperiksaan percubaan STPM . ah ! stress nye degan PBS yang tak siap lagi . tambah ngan homework yang bertimbung lagi . nih lah dugaan sebagai pelajar sekolah . hoho * agak sedih kan ?
Agak-agak korang lah kan raya tahun nih meriah tak ? bila on tv Aisya tengok lah program yang akan bersiar bila hari raya nanti . cam tak best jewp. cuma satu jewp yang best . *SETIA HUJUNG NYAWA * lah weh . hehe tak sabar nak tengok zain nyanyi lagu gwiyomi dekat ersalina. sweet betol diorang tuh. tapi time gaduh , gaguh sakan jugak . nak future husband yang sweet camtu jugak boleh ? hehe ~ yang tuh kena tanya Mr.Bunny Aisya nak tak jadi camtu ;'D
Sempena cuti sekolah nih kan Aisya nak ambik lah kesempatan yang ada nih nak ucapkan selamat menunaikan ibarat puasa yang semakin menghampiri penghujung nih. tak sabar asenye nak raya. tadi kan Aisya ade mintak dengan ma Aisya . Aisya nak baju jubah satu . ma kata boleh-boleh nanti ma belikan . hooray ! bersorak gembira lah Aisya.
anak saudara Aisya tengok pelik tau . nape nye ? selama nih teruk sangat ke Aisya nih . hoho tetiba buat drama plak kat sini . masalah sekarang kita dok cerita pasal holiday kan . tetiba kuar sal nih plak. hehe '
Dalam seminggu last nak cuti nih Aisya langsung tak belajar tau tak . asyik tekan PBS jewp . tuh pon masih lagi salah . kena baiki lagi . sabar jela ye. tadi pon borak-borak jewp ngan cikgu .
hukhukhuk ~ sedih lah tahun nih cikgu tak bagi duit raya pon. * sengaja raih simpati nih * kalau bagi seringgit pon Aisya dah hargai . asalkan cikgu bagi .hehe
Sebenarnya ada benda lagi yang lebih eppy hehe tapi Aisya taknak gthu . bahaya nanti adelah kambing-kambing nak mengembek buat sakit hati Aisya jewp . pastu Aisya jugak yang tanggung dosanya. aishh ~ so baik lah Aisya gthu camtu jewp . takyah mention nama kan ? :'D
Tapi nak gthu jugak lah kat orang tuh . esok hati-hati . kita tunggu awak . hehehe ;)
Sekatakt nih jewp kot Aisya Berceloteh . nanti kalau ade masa lagi . Aisya update lagi . k .jangan lupa ye FOLLOW blog Aisya yang tak seberapa nih . KOMEN sekali ye . daaa ~ Assalam (Y)

" Sweet ! Apabila Aisya Ieyka Menaip Entry =)) "

Small Cute Purple Pointer